thejeon. 03

8.1K 860 27
                                    

***

Haemi betul-betul tidak boleh melarikan diri dari apartmen Jungkook. Sepanjang hari dia menghabiskan meneliti apartmen mewah itu atau sesekali menonton televisyen.

Tiada bahan makanan di dapur dan dia bahkan sangat lapar. Di sebabkan banyak waktu terluang , Haemi membuka phonenya lalu melayari internet untuk mencari informasi tentang usahawan muda itu. Dan mereka adalah cukup terkenal dan tergolong dalam keluarga terpandang di Korea.

Yang satunya iaitu si pembeli. Kim Taehyung, dia merupakan pengusahaan property kelas pertama. Dia banyak memberi sumbangan pada lembaga pendidikan dan lembaga penelitian. Umurnya baru 23 yang berlaku berbeza 3 tahun dengan Haemi , Haemi baru sahaja berumur 20 tahun.

Dan yang satu lagi si penerima. Jeon Jungkook, seorang pengusaha bertangan dingin. Dia adalah original Korea dan tinggal di Jepan untuk melanjutkan bisnes barunya. Umurnya baru 22 tahun. Seorang pengusaha bidang periklanan dan fashion. Dia mampu menyandang sebagai calon suami idaman bagi para wanita.

"Dunia memang berbeza , sehinggakan mereka buatkan aku macam sampah" keluh Haemi sambil melirik jam dindingnya.

Biar betul , ni sudah jam 7 malam dan lelaki tak guna tu belum balik untuk memberikannya makanan. Perlu ke dia berlutut untuk mendapatkan makanan?

Cklek

Pintu apartmen itu terbuka , Jungkook masuk sambil melonggarkan tali lehernya. Matanya membulat apabila mendapati afa seorang perempuan tengah duduk di sofa di ruang tamu. Nampaknya dia lupa bahwa dia telah mengurung seorang perempuan muda di dalam apartmennya.

"Siapa kau?" Soal Jungkook dingin.

"Awak tanya saya siapa?" Balas Haemi tidak percaya.

Jungkook memejamkan matanya beberapa saat. Kemudian dia menganggukkan kepalanya.

"Aahh..Kau, pembantu baru. Kau boleh je kan duduk di atas lantai? Aku tak suka berkongsi barang aku pada perempuan asing"

Haemi membuka mulutnya tidak percaya. Baru sahaja Haemi ingin bersuara namun jungkook bersuara dulu.

"Kau tak nak aku bagi balik kau pada Taehyung kan?" Kata Jungkook penuh ancaman.

Membayangkan sahaja betapa kasarnya Taehyung padanya lantas membuatkan Haemi menggeleng laju.

Haemi dengan kesal dan berat hati perlahan bangun dari sofa dan duduk di atas lantai. Sumpah dia merasa bahawa ini adalah satu penghinaan.

Jungkook duduk di atas sofa lalu menukar siaran tanpa persetujuan Haemi . Buat apa juga kerana seluruh barang dalam apartmen ini adalah miliknya .

"Um , maaf. Boleh tak bagi saya gaji?"

"Gaji?"

"Saya perlukan duit , atau awak boleh berbincang dengan syarikat di mana saya bekerja dan-"

"Kau dah tak bekerja kat sana" kata Jungkook dengan pantas.

"Saya tak faham , saya hanya disuruh hantar file kertas dan semua jadi macam ni" terang Haemi.

"Kau masih tak sedar? Syarikat kau perlukan dana untuk menyambung usahanya dan kawan aku Taehyung, beri dana pada syarikat tu tanpa membayar balik. Tapi dia ambil kau, sebab dia dengar kau adalah pekerja terbaik di situ. Jadi itu menarik perhatiannya"jelas Jungkook panjang lebar.

"Syarikat tu maksudnya menukar? Ah.. bukan jadikan aku sebagai jaminan?" soal Haemi

"Tidak. Lebih tepat lagi menjual kau"

Mendengarkan itu membuatkan hati Haemi semakin sakit. Selama ni dia berusaha keras untuk syarikat tu dan Kenapa mereka membalas macam ni?

Tanpa sedar air matanya menitis. Haemi menangis tanpa suara , Jungkook sama sekali tidak berniat untuk menenangkan Haemi.

"Maaf ...boleh saya berehat lebih awal?" Soal Haemi dengan suara serak.

"Silakan" jawab Jungkook tanpa menoleh ke arah Haemi.

***

Tidak terasa bahawa sudah dua minggu Haemi tinggal di apartmen itu. Dan dia belum bagitau kepada keluarganya tentang hal ni. Haemi menuju ke dapur tanpa arah tuju. Dia tidak fokus untuk memasak.

"Kau buat aku jadi pening" kata Jungkook apabila Haemi terus berjalan dan berpusing tanpa tujuan.

"Ah , maaf"

"Sarapan?" soal Jungkook

"Um..roti bakar boleh?"

"Buat saja"

Jungkook bersedia di meja makan dengan tablet di tangannya. Walaupun hari ni adalah hari cuti umum, dia perlu memeriksa laporan kewangan dan prestasi bisnesnya.

"Maaf , boleh saya minta sesuatu?"

Jungkook tidak memandang Haemi tapi terus bersuara "tentang gaji? Taehyung kata aku boleh buat apa je pada kau tanpa bagi gaji".

"Tapi saya betul-betul terdesak perlukan duit"

"Ni berkait dengan hutang appa kau?"

"A-apa?"

"Min Haemi , atau aku lebih suka panggil kau pembantu. Lahir pada 10 Feb, dan masih muda. Appa kau ada bisnes yang maju tapi berakhir dengan tragis yang menyiksakan hutang sebanyak 80 juta USD. Sepupu kau Min Mina yang berjaya itu membayarnya setengah. Bunga hutang itu akan dinaikkan setiap bulan. Bersyukurlah , bahkan ada yang dinaikkan harian atau minggu"

Haemi tidak dapat mempercayai apa yang didengarnya.

"Berterima kasihlah pada Taehyung"

Hal yang paling di benci Haemi adalah setiap perbualan singkat mereka pasti akan dikaitkan dengan nama Taehyung.

Nasib belum lagi dia mengatakan bahwa dia lebih sempurna dan menjadi suami idaman ramai. Pada kenyataannya dia belum lagi mempunyai kekasih , ataupun lelaki ni gay?

"Mungkin dia ni gay" bisik Haemi tapi sayangnya ia dapat di dengar oleh Jungkook.

"Apa kau kata tadi? Gay? Siapa? Aku?"

"A-aniy , lupakan je!"

"Berani ya kau ni"

Jungkook mula bangun dan menghampiri Haemi. Dia terasa bahawa dirinya telah diperlecehkan.

"Kau nak aku buktikan?"

"A-apa?" Soal Haemi

Jungkook menolak semua pinggan dan gelas yang berada di atas meja sehingga berselerak di atas lantai. Lalu bunyi pinggan pecah membuatkan Haemi terkejut. Muka Jungkook mendekatkan dengannya.

"Sa-saya minta maaf"

"Kenapa? Kau takut?"

Jungkook meraih pinggang Haemi dan mengangkat tubuh ramping Haemi lalu di dudukkan di atas meja. Haemi tidak dapat lari kerana tangan Jungkook memegang pinggiran meja. Jungkook tersenyum sinis dan itu amat menakutkan.

"Aku akan tunjukkan siapa Jeon Jungkook , jadi bersedia lah"

Jungkook berkata dengan nada perlahan. Jungkook menjauh dari Haemi lalu dia mengambil sekeping roti. Tubuh Haemi terasa melemas.

Perasaannya menjadi tidak enak. Haemi akan mula berhati-hati sekarang. Haemi masuk ke dalam bilik kecil yang telah di siapkan Jungkook.

TO BE CONTINUE

Vote [/]
Comment [/]

Itsmaniesa

the jeon ∽ jungkook ✔Where stories live. Discover now