***
Sudah hampir seminggu , Taehyung selalu datang ke pejabat Jungkook. Hatinya terus memaksa melihat keadaan Jungkook.
Jungkook pun sudah terpaksa dengan keberadaan Taehyung yang hanya diam sambil memandangnya.
"Yaa Jungkook , jangan diam je" keluh Taehyung pada akhirnya.
"Habis tu aku nak cakap apa?" Soal Jungkook
Taehyung mengangkat kedua bahunya.
"Okay , aku takkan tanya macam-macam. Tapi sekurangnya bagi la Haemi keluar , dia boleh stress kalau kau kurung macam tu je"
Jungkook memandang Taehyung namun Taehyung hanya mengabaikan nya.
"Aku akan berhentikan semua informasi berkaitan Shanon , dan Jimin dah call aku kata yang dia akan berhenti cari omma kau buat sementara waktu. Jadi aku harap kau dapat bersikap lebih baik"
Kata-kata Taehyung membuatkan hati Jungkook terasa panas. Dia sedikit pun tidak ada niat jahat dengan Haemi. Dia cuma tak nak Haemi menjalinkan hubungan dengan lelaki lain , dalam perasaaan tiada rasa cinta atau suka. Dia cuma taknak miliknya direbut orang lain.
"Aku pergi dulu , aku akan ambil cuti buat beberapa hari. Kau tahu kan aku boleh mengurus 10 perusahaan sekaligus kalau aku minat"
"Aku faham" balas Jungkook
Taehyung tersenyum , lalu dia keluar dari pejabat Jungkook. Meninggalkan Jungkook yang hanya berdiam diri.
***
Haemi hanya masakan sedikit sahaja sejak kejadian itu. Memang selepas kejadian malam itu Jungkook tidak lagi menyentuhnya tapi itu membuat Haemi muak.
Air matanya menitis , dia memeluk kedua kakinya yang hanya memakai kemeja besar milik Jungkook. Mukanya amat pucat sehingga dia kelihatan seperti zombie.
Cklek.
Pintu biliknya terbuka.
Seperti hari sebelumnya , Jungkook datang dengan satu plastik makanan. Haemi betul-betul merasa bahawa dia tidak ubah seperti haiwan peliharaan.
"Makan" arah Jungkook dengan suara perlahan
"..."
Tidak ada jawapan. Jungkook mengeluh lalu duduk di sebelah Haemi di atas katil. Jungkook menghulurkan tangannya , membuatkan Haemi mengejut dan dengan refleks Haemi mengundur sehingga badannya terhalang di papan katil. Jungkook membetulkan rambut panjang Haemi yang menutup separuh wajahnya.
"Kau tak perlu takut macam tu sekali , aku bukan orang jahat"
Mendengar kata-kata Jungkook itu membuatkan Haemi ketawa kecil.
"Awak? Bukan orang jahat?" Sindir Haemi dengan ketawa kecilnya.
Jungkook terdiam sambil memandang Haemi yang kelihatan lemah. Haemi bahkan tidak dapat lihat dimana celah kebaikan Jungkook.
"Maafkan aku , malam tu aku terpengaruh dengan emosi dan.."
"JANGAN BERALASAN! AWAK HANCURKAN HIDUP SAYA! LEBIH BAIK SAYA MATI! BUNUH SAYA! BUNUH!" Kata Haemi dengan kuat sambil memukul dadanya sendiri , air matanya tidak henti turun membuatkan Jungkook terkejut.
YOU ARE READING
the jeon ∽ jungkook ✔
Fanfiction■ complete ■ BOOK 1 : First Generation Of The Jeon Family "Lepaskan saya! Saya nak balik!" Bentak Haemi tiba-tiba. Haemi baru sahaja ingin berlari menuju ke pintu namun Taehyung terlebih dahulu menahan tangan Haemi lalu mendorong Haemi ke lantai ya...