thejeon. 18

5.8K 559 170
                                    

***

Haemi menyiapkan sarapan dalam diam , namun Jungkook pergi tanpa bersarapan. Haemi yang biasanya membebel kalau Jungkook tidak bersarapan sekarang hanya diam. Sejak kejadian itu , Haemi tidak mahu melihat wajah Jungkook.

Sekarang ntah kenape dadanya terasa sesak , bila mengingati balik kejadian semalam. Di mana Haemi melihat phone Jungkook dan terdapat gambar Jungkook bersama perempuan lain , malah Jungkook tersenyum. Tersenyum dengan perempuan itu , sempat Jungkook memarahi Haemi kerana tiba-tiba bermain phonenya.

"Esok aku akan ke luar negeri untuk perjalanan bisnes" kata Jungkook namun Haemi sama sekali tidak menjawab.

"Aku akan pergi dengan perempuan tu"

Prang.

Tiba-tiba gelas yang dipegang Haemi terjatuh lalu pecah di lantai. Jungkook dengan cepat menuju ke arah Haemi untuk memeriksanya.

"Saya tak apa-apa"

"Biar aku yang bersihkan" kata Jungkook dengan nada risau.

"Tak perlu"

Haemi menolak perlahan badan Jungkook , sekilas Jungkook memandang Haemi. Perubahan sikap Haemi yang tiba-tiba , Jungkook yakin bahawa perempuan itu sudah jatuh cinta dengannya. Namun Jungkook tidak boleh mencintai perempuan lain selain Shanon.

"Baiklah , aku rasa kau perlu waktu untuk sendirian" kata Jungkook lalu meninggalkan dapur itu.

Haemi hanya dapat mendengar derapan tapak kaki yang menjauh dan bunyi pintu ditutup. Jungkook baru sahaja meninggalkan dia.

"Aw!"

Kerana mengelamun , Haemi tidak sengaja melukai jari telunjuknya. Haemi hanya diam sambil memandang darah yang mengalir keluar.

"Luka ni pun tak boleh ditandingi luka di hati aku"

Dia tahu bahwa dia yang bersalah , mencintai lelaki yang jauh berbeza darjat dengannya. Dia hanyalah sorang pembantu hina yang jatuh cinta dengan seorang lelaki kaya.

***

Jungkook berjalan keluar dari apartmen menuju je basement. Banyak hal yang telah terjadi di Korea. Bermula dengan Taehyung yang memberikannya seorang perempuan untuk dijadikan hadiah.

Jujur Jungkook berasa Haemi membuatnya menjadi ketagih , ketagih kulit lembutnya , pelukkannya dan semua yang ada pada Haemi. Namun semua itu tidak boleh diganti dengan cinta pertama Jungkook pada Shanon William.

Jungkook berasa bahawa dia terlalu teruk melayan perasaan perempuan bahkan tidak berterima kasih , Jungkook mengeluarkan phonenya lalu menghantar mesej kepada Haemi untuk memperbaiki hubungan mereka.

***

Malam ni kita makan kat luar , jadi jangan memasak. Aku akan jemput kau

Mesej itu masuk ke dalam phone Haemi. Haemi membaca mesej itu berulang kali kerana tidak percaya. Tanpa sedar senyuman terukir di bibirnya , dia segera bangun dan menyelesaikan semua kerja rumah yang tersisa. Dan buat pertama kali Haemi akan keluar dengan lelaki kacak dan bergaya.

Jadi dia akan tampil dengan sempurna malam ni.

***

Shanon dan Seolhyun sedang berjalan di mall , Shanon terpaksa mengikuti Seolhyun kerana Seolhyun mendesak untuk berteman. Seolhyun ingin mencari hadiah untuk kawan perempuan nya sempena hari ulang tahun perempuan itu.

the jeon ∽ jungkook ✔Where stories live. Discover now