thejeon. 35 | final |

8.1K 760 202
                                    

***

Wonwoo memandang kondisi Jungkook yang semakin hari semakin memburuk. Jungkook seperti tidak lagi mempunyai keinginan untuk hidup. Lelaki itu menghukum dirinya sendiri.

Jungkook menyalahkan diri sendiri.

Dia tidak pernah menyalahi orang lain.

Kalau Jeon Sungmi tidak pernah melahirkan Jungkook kedunia ini , mungkin perempuan itu akan hidup dengan aman tanpa ada penderitaan.

Kalau saja dia tidak pernah lahir , maka dia tidak akan bertemu denagn Shanon dan melibatkannya dalam kisah rumit ini.

Kalau saja dia tidak pernah ada dalam dunia ini , mungkin Haemi sekarang sedang hidup gembira denagn keluarnya sekarang.

Jungkook tidak pernah menyalahkan Tuan Jeon ataupun Sungmi , kerana semua orang berhak untuk jatuh cinta. Tidak ada manusia yang sempurna.

Bahkan Jungkook sendiri menangis untuk pertama kali di dalam alam bawah sedarnya. Matanya tidak pernah terbuka dan itu telah berlangsung selama seminggu.

Di sisi tempat tidurnya ada Junghyuk yang melihatnya denagn risau.

"Macam mana keadaan Haemi?" Soal Junghyuk pada Wonwoo.

"Dia ada di bawah penangan doktor. Beberapa hari ini kondisinya membaik." Jelas Wonwoo.

"Junghae?"

"Dia dijaga oleh pengasuh keluarga kita"

Junghyuk mengangguk kepalanya.

"Jangan risau Jungkook , Haemi dan Junghae baik-baik je. Cepatlah sedar" kata Junghyuk denagn perlahan.

"Maaf , sudah waktu Jungkook untuk dirawat" kata seorang doktor yang masuk ke dalam bilik Jungkook.

Wonwoo dan Junghyuk keluar dari bilik itu. Di luar bilik itu sudah ada yang menunggu. Yoongi , Jessica , Namjoon , Jackson , Jin , Mingyu , Hoseok , Jimin , Yugyeom dan Jiae yang baru sahaja pulang dari London.

"Macam mana keadaan Jungkook?" Soal Jiae.

"Belum sedar" balas Wonwoo perlahan.

Mereka semua mengeluh perlahan. Malah Tuan Jeon masih berdiam di dalam biliknya , melakukan rutin hariannya seperti biasa.

"Saya akan berbincang dengan uncle Jeon" Jessica mula bersuara.

"Aku pasti yang uncle Jeon akan dengar apa yang kau nak bagitau" kata Jin.

***

Haemi memandang tingkap biliknya denagn kosong. Dia tidak dapat berhenti berfikir tentang Jungkook.

Dia malah tidak mendapat sebarang berita pun tentang Jungkook.

"Haemi"

Haemi kenal suara itu , Yoongi.

"Jungkook? Macam mana keadaan dia?" Soal Haemi dengan cepat.

Yoongi menghela nafasnya.

Pagi ini Jessica sudah berbincang dengan Tuan Jeon namun Tuan Jeon masih mempertahankan pendapatnya. Dia percaya bahawa Jungkook akan sihat walaupun tiada Haemi di sisinya.

"Saya nak jumpa dia sekarang" Haemi mula menangis kecil , wajahnya pucat.

Yoongi terdiam di situ , sedang berfikir tentang masalah sekarang.

the jeon ∽ jungkook ✔Where stories live. Discover now