Bab 21 - 24

326 6 0
                                    

         

21. Karen Yap

Kami berjalan beriringan menuju ke surau. Waktu sudah mencecah senja. Matahari menyinar merah lembut di ufuk langit. I diberikan sepersalinan baju kurung yang dikatakan sebagai milik arwah isteri Pakcik Mani ketika dia muda dahulu. Setelah menyarung baju kurung tersebut, Adam Musa terpegun melihat I. Dipadankan dengan subang di telinga dan rantai emas putih, I berjalan di sebelah Intan Mastura sementara Khairil Adha dan Adam Musa menanti kami di hadapan.

"Awak nampak cantik berbaju kurung." Intan Mastura memuji. Begitu juga dia yang memakai selendang dengan baju kurung bercorak bunga setelah beberapa lama menyamar seperti seorang budak lelaki. Adam Musa turut menyarung baju Melayu sementara Khairil Adha hanya memakai t-shirt dan jeans. Mudah untuk bergerak katanya.

"Terima kasih. You pun nampak cantik. Beruntung Khairil." I cuba mengusik Intan Mastura.

"Ish awak ni mengarut je." Intan Mastura ketawa kecil sambil menepis bahu saya.

Setelah sampai di surau, kedua pemuda itu naik ke atas sementara kami, kaum wanita disuruh pergi merewang di dapur. Intan Mastura nampak bersedia menyingsing lengan baju sambil mencapai pisau di meja tengah. Beberapa orang makcik sudah mula mengupas bawang dan kentang. Di belakang, seorang lagi sedang menjaga api nasi.

"Marilah Karen." Intan Mastura memanggil I yang berdiri tak tahu nak buat apa. I merapati Intan Mastura, dia menyuakan pisau ke tangan I.

"Kupas bawang ni." Dia memberitahu. I melihat di hadapan kami, di atas meja ada berbakul bawang besar,bawang kecil, bawang putih dan kentang. I teragak-agak mahu mengambil bawang untuk dikupas kerana I memang tak pandai buat kerja-kerja dapur. Sepanjang hidup I, I makan di restoran dan kafe. Jarang-jarang sekali I memasak kecuali buat telur goreng atau roti bakar. Intan nampak I terkial-kial lalu dia menyigung lengan I.

"Awak tunggu apa?" I hanya mampu tersengih sambil mencapai sebiji bawang besar. I melirik ke tangan Intan yang sedang mengupas kulit bawang dengan cekap cuba untuk meniru pergerakannya tetapi ternyata I kekok. Habis bawang besar yan I pegang dipotong-potong oleh pisau. Melihatkan bawang di tangan I, Intan menegur lagi.

"Laa, tak pandai kupas bawang ke. Emm, awak tolong potong dadu je lah." Intan menyua bakul bawang yang sudah siap dikupas kepada I. Potong dadu tu macamana? Tapi I malu nak bertanya. Awal malam itu, I melalui pengajaran dan pembelajaran di dapur. Selain daripada mengupas dan memotong bawang, I turut belajar memotong ayam serta menumis. Aktiviti merewang yang I sertai itu memang sangat menyeronokkan malah kami tidak putus ketawa bertukar-tukar cerita dengan makcik-makcik sekampung. Biarpun semua orang sedang merasai tekanan ekoran tindakan kerajaan, mereka tetap nampak ceria pada malam itu. Selepas selesai memasak, kebetulan kenduri doa selamat juga sudah sampai di penghujung. Imam sedang membacakan doa yang kedengaran di pembesar suara. Semua orang di dapur menghentikan pekerjaan dan menadah tangan untuk mengaminkan doa tersebut. Satu tindakan seragam yang I kagumi. Ternyata semangat satu-padu dalam bermunajat di kalangan mereka memang patut dicontohi.

Selepas itu, pemuda-pemuda lelaki datang mengambil talam berisi lauk-pauk untuk dihidang kepada para jemaah yang turut serta membaca doa selamat. Orang perempuan turut makan di balik tirai di belah belakang. I juga diajak menyertai mereka walaupun I tidak menutup rambut. Mereka nampaknya begitu terbuka dan senang menerima kehadiran I dan Intan Mastura. Selesai makan, orang lelaki mengambil-alih tugasan membasuh pinggan mangkuk sementara kami mengemas dapur.

"Macamana Karen?" Intan Mastura yang sedang menyapu lantai tanah yang digunakan sebagai dapur kami bertanya. I menghentikan pekerjaan mengelap kelengkapan dapur yang sudah siap dibasuh dan melihat ke arahnya.

KASTA - sebuah novel Noer WahiWhere stories live. Discover now