Bab 29 - 32

311 7 0
                                    

29. Karen Yap

Semua gambar dan artikel yang ditulis berkaitan pencerobohan kawasan setinggan itu telah diterbitkan di media luar negara. Banyak media di negara lain turut mengambil berita itu untuk dikongsikan. Kejadian itu disamakan dengan layanan kerajaan Afrika Selatan ke atas penduduk kulit hitam di bawah dasar Apartheid di mana mereka tidak diberikan layanan yang sama rata. Penduduk di kawasan perkampungan haram di luar Gombak itu turut dilayan seperti binatang. I telah pastikan semua sudut yang boleh dicungkil dan dijadikan kontroversi telah diliputi dalam semua terbitan artikel. Sebagai artikel tambahan, I memuat naik gambar balairaya yang baru disiapkan dan jamuan bubur pada malam terakhir kami di sana. Cerita mengenai usaha Fina dan pasukan Gersik untuk memulakan kegiatan kemasyarakatan di sana turut diselitkan. Hasilnya, penerbitan utama dunia Times Magazine telah menghubungi I untuk mengetahui lebih lanjut keadaan di sana. Mereka turut bersedia menampilkan sebuah edisi khas sepanjang dua muka surat penuh dalam majalah yang dibaca oleh semua pemimpin utama dunia itu. Perjuangan kami makin sampai ke penghujung. Semua kebobrokan dan pekung-pekung telah kami tonjolkan. Sekarang kerajaan Malaysia hanya tinggal untuk berhadapan dengan tindakan apabila mahkamah dunia bersidang dan Intan Mastura membawa kes itu ke hadapan. Namun, terdapat sesuatu perkara yang mengganggu fikiran I. Apa yang berlaku antara Adam Musa dan Intan Mastura pada malam itu? Sehingga sekarang Adam Musa tidak bercakap tentangnya.

"I want the truth." I memecah keheningan pertemuan kami. Sejak kejadian malam itu, I merasakan seolah-olah ada kekosongan. Selagi perkara ini belum dijelaskan, I takkan boleh duduk diam. Hati tidak tenteram.

"Hmm..." Adam Musa melirik I sebentar sebelum merenung jauh. Dia mencapai cawan air dan meneguk. Kemudian dia memegang genggaman tangan I di atas meja. I melarikannya cepat-cepat. Jika benar Adam Musa mempunyai hubungan dengan Intan Mastura maka hati I terguris.

"I tahu you marah dan tak ada alasan yang I boleh bagi untuk memohon kemaafan." Adam Musa memulakan bicara. Suaranya dalam dan serak-serak basah. Suara yang tidak pernah gagal menidurkan I setiap kali dibelai.

"You should've told me earlier." Mata I mula berkaca tetapi I tahan dengan sepenuh hati.

"I tak tahu apa nak cakap dekat you."

"What about 'Can you help me rescue my girlfriend', why don't you start with that?"

"Karen." Sekali lagi Adam Musa mencapai tangan I lalu digenggam dengan lebih erat. I menggelengkan kepala dan tunduk. Mata dikejapkan menyebabkan setitis air mata meluru turun.

"Sayang, look at me please." Adam Musa mencuit dagu I bangun.

"I wanted to tell you but the moment we met, I felt the vibration. You know what I mean right?" Lelaki itu meneruskan kata-katanya sambil dia mendekatkan kerusi ke sebelah. I hanya mendiamkan diri. The vibration. Apa yang sering dikatakan oleh Adam Musa setiap kali bersama dengan I. Bagaimana mungkin I menafikan kerana I turut merasainya malah kini?

"I dah buat salah but I'm clear now. Apa yang I rasa, apa yang I mahu. Semuanya masih sama seperti ketika you ada di sisi I dahulu." Suara Adam Musa dibisikkan ke telinga I sambil dia lentokkan kepala I ke bahunya.

"Dan you memang dah ada di sisi I, bukan?" Lelaki tersebut mengesat air mata di pipi I. Redup matanya memandang wajah I. Senyuman nipis tampil terukir.

"Dan you?" I bertanya.

"Dan I..." Adam Musa bangun berdiri mencapai sesuatu di dalam poket jaketnya. Sebuah kotak merah kecil dikeluarkan. Adam Musa melutut di sebelah I, membuka kotak itu dan memegang jari-jemari I erat.

"I bukan lelaki paling hebat atau romantik. I buat kesalahan dan kesilapan. Namun apakah itu cinta antara dua jiwa jika bukan tentang menerima kekurangan dan kelemahan supaya kita mampu bersama mencari makna kesempurnaan? Kita pernah bersama dan berpisah dahulu. Sekarang kita bersatu kembali dan perasaan I masih sama, tidak pernah luntur. Jika you mahu memberi peluang kepada manusia biasa seperti I, I hanya mampu serahkan segala yang I ada untuk buat you gembira mulai saat ini. So Karen... Will you marry me?"

KASTA - sebuah novel Noer WahiWhere stories live. Discover now