Opening

15.1K 774 48
                                    

Kesunyian. Hidupku sebagai seorang puteri buangan negeri,sememangnya sunyi.Ayahanda aku,Lord Elfrian tak pernah mengakui aku sebagai anaknya.Abang aku pula,Asrian tak pernah menganggapku sebagai adiknya.Malah mereka mengasingkan aku sedari kecil.

     Aku tak boleh makan bersama mereka.Malah hendak bercakap dengan mereka pun dilarang sesama sekali.

Elf yang lain pula tidak mahu mendekatiku.Mereka takut jikalau aku bakal menukarkan mereka kepada sesuatu yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

     Mitos lagenda yang dipercayai sejak berzaman,telah menjadikan mereka sedemikian rupa.Ketakutan menguasai mereka sehinggalah ke hari ini.

    Lagenda itu pernah mengatakan,akan lahirlah seekor Elf perempuan yang berambut biru dan bermata biru bak air lautan yang bakal membawa sumpahan kekal bersamanya.

   Jikalau ada sesiapa mendekatinya,maka keesokannya mereka akan ditemui mati dalam keadaan yang sungguh ngeri.

    Apabila cukupnya hari kelahiran 25 tahun Elf tersebut,sumpahan itu akan bertambah sehinggakan aura yang dihasilkannya mampu membunuh setiap makhluk yang berada di sekeliling.

   Kononnya untuk menghapuskan sumpahan ini,ayah kepada Elf tersebut perlulah menikamnya tepat-tepat di jantung semasa hari lahirnya yang ke-25.

   Tetapi...

  Seandainya Elf yang disumpah itu mati sebelum tiba hari lahirnya yang ke-25,maka seluruh penduduk kampung bakal ditimpa sumpahan yang sama dengannya.

   Merana sehingga nafas yang terakhir.

Itu mitos kepercayaan kaumku sejak dahulu lagi.

    Dan rasa-rasanya....mitos itu memang benar-benar sedang berlaku.

Akulah Elf perempuan yang dimaksudkan itu.Berambut biru dan bermata biru.Elf perempuan yang disumpah.

    Sesiapa yang berkawan denganku,akan ditemui mati pada keesokan harinya.

Pelik bukan?

   Penampilanku juga langsung tidak menyerupai Elf yang lain.Mereka berambut perang dan bermata coklat.Tak sepertiku.

Tiada seorang pun yang berambut biru melainkan aku.

    Kerana sedih dengan diri sendiri,aku hidup bersendirian di pinggir kota.Menanam sayur-sayuran untuk membazirkan masa yang terluang.Dan bercakap dengan burung yang langsung tidak memahami bahasaku.

Aku seronok hidup begini walaupun agak sunyi.

   Saban hari aku menadah tangan..

...berdoa...

   ...moga-moga Dia menemukan aku dengan seseorang yang tidak membezakan aku dengan Elf yang lain.Yang bakal menyayangi aku.Yang tak kenal erti takut kepadaku.Dan yang akan membawaku pergi sejauh-jauhnya dari sini.

Tetapi aku tahu...

        ...ianya mustahil.

Akulah puteri Elf yang disumpah.Lycra Elfrian namaku.Seorang puteri terbuang yang selalu menghitung hari-harinya.Apabila cukupnya umurku 25 tahun nanti,..

    ...aku akan dibunuh oleh ayahandaku sendiri.

Sadis bukan?

    Hari ini...

    ...aku sudah berumur 24 tahun 11 bulan.

Pada bulan hadapan,...

   .....upacara pengorbanan itu bakal berlangsung.

Kalau boleh,aku tak mahu semua ini terjadi kepadaku.Aku tak mahu dilahirkan hanya semata-mata untuk mati! Sungguh aku tak sanggup!

   Mengapa....

   Mengapa Takdir terlalu kejam kepadaku?!

   Aku tak mahu mati! Aku tak nak!

_•••••♦Mempersembahkan♦•••••_
The Cursed Elves

_•••••♦Mempersembahkan♦•••••_The Cursed Elves

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lycra Elfrian

The Cursed ElvesWhere stories live. Discover now