Astral POV:
BAMMM!
"Astral! Bangun Astral! Bangun!" Satu suara menyergah yang disertai dengan bunyi hempasan pintu,mengejutkan aku dari tidur yang lena.
"Hah?! Apa?! Apa yang dah jadi?! Apa?!" Dalam kemamaian,aku menyoal panik.Salah satu bantal ditarik lalu aku gunakannya menutupi atas kepala.Mataku liar memerhati sekeliling,risau seandainya ada sesuatu yang bakal menyerang.
"Astral..! Astral..! Astraalll..! Sekarang bukan masa untuk berlawaklah! Ada hal kecemasan! Kecemasan!" Suara itu menjerit lagi.Serentak,aku merasakan sesuatu yang berat menerkam diriku dari arah tepi.
Gedebukk!
"Arghhhh!"
Aku terjerit di saat tubuhku rebah diatas katil semula! Ditambah lagi apabila kepalaku pula terhantuk pada bucu katil! Mamaiku tadi kini sudah digantikan dengan rasa sakit dan...lemas! Mataku terpejam menahan kesakitan yang tidak tertanggung. Aduh.. Siapa yang tindih badan aku ni?! Berat betul!
Lantas aku membuka mata.Wajah Ascal yang kini hanya seinci dengan wajahku,dipandang dengan pandangan maut.Argh! Ascal rupa-rupanya?! Patutlah berat! Hish.Apalah yang ayahanda bagi abang aku makan ni sampaikan berat dia dah hampir nak sama dengan badak? Padahal badan kecik je?
"Urkh! Woi..! Turunlah! Aku tak dapat bernafas!" Jeritku,berang.Tubuh Ascal yang menindih diriku kini,lantas ditolak ke tepi.Dia serta-merta jatuh terduduk diatas lantai,mengusap punggungnya yang pedih.
Aku pula sudah mengubah posisiku kepada posisi duduk semula.Kepala yang terasa sakit,diusap laju.Tak guna! Sakit kepala aku dibuatnya! Setiap pagi aje,mesti dia gerak aku dengan cara kotor ni! Argh! Macamlah takde cara lain ke nak gerak aku?!
"Huwaaa! Astral jahat! Berani Astral tolak kakanda sampai jatuh?! Kakanda mengadu dekat ayahanda nanti! Kakanda bagitau bonda jugak! Astral kejam! Astral suka pukul orang! Apa salah kakanda?! Apa?!" Ascal meraung bagaikan anak kecil.Dia meronta-ronta di situ dengan tangan yang rakus menarik bantal dan selimutku hingga jatuh ke bawah katil.
"Diamlah kau..! Nak tuduh-tuduh aku pulak?! Kau yang serang aku dulu kan? Dan..berhenti sepahkan bilik akulah! Pergilah sepahkan bilik kau! Harap je kau ni abang aku,tapi perangai macam budak-budak! Sudah! Berhenti!" Aku menjerit marah.Selimut dan bantal yang ditarik Ascal,direntapku semula.
"Astral jahat! Astral jahat! Macam mak tiri! Kakanda benci..! Benci!" Ascal membalas semula dengan jeritan.Tak cukup lagi,dia menarik kuat kedua-dua belah kakiku sehinggakan aku jatuh katil! Tepat-tepat disebelah Ascal pulak tu!
"Hahaha! Padan muka! Blekkkk!" Ejeknya,bersama jeliran lidah.Rambut pendekku diserabaikannya sesuka hati.
Aku pula,sudah pun mengetap gigi,menahan rasa.Kalaulah dia ni bukan abang aku...dah lama aku tendang dia keluar dari bilik aku ni.Dahlah masuk tanpa di undang! Haish.. Sabar jelah..
"Apahal kau masuk bilik aku ni? Ada urusan penting?" Aku menyoalnya dengan gaya berpeluk tubuh.Sakit hatiku tentang peristiwa semalam,masih lagi berbekas.
"Oh ya! Lupa pulak!" Ascal memetik jari sebelum wajah cerianya tadi,bertukar kepada wajah serius.Mata biru gelapnya memandang tajam diriku.
Gulp.. Aku sudah meneguk air liur.Er.. Apahal abang aku ni? Dah dirasuk jem-balang ke? Maklumlah kan..setahu aku,Ascal ni suka makan jem dari balang.Kalau dicampur ayat 'jem' dan 'balang',maka ia akan menjadi 'jembalang'.
Tapi perbezaannya,'jembalang' tak dapat dimakan manakala 'jem balang' boleh dimakan.Betul tak?
Eh? Apa yang aku mengarut ni eh? Dah terlajak tidur sangat ke?
"Astral..! Dengar sini!" Tiba-tiba saja,Ascal menjerit kuat.Kedua-dua belah bahuku dicengkamnya! Aku pula apa lagi? Terkejutlah!
"Hah?! A..ada apa?" Aku membalas gagap.Jantungku pula sudah berdegup kencang.Jarang benar Ascal meninggikan suara seperti itu.
Ascal langsung tak membalas soalanku.Wajahnya masih lagi kekal serius seperti tadi.
"Astral! Tadi ada kekecohan berlaku! Hal kecemasan! Hal kecemasan!" Ascal menjerit-jerit bagaikan orang gila.Bahuku digoncangnya berulang kali sebelum tapak tangannya melekap pada wajahku.
Oleh kerana kurang selesa,lantas aku menepis tangannya dari terus memegang wajahku.
"Kekecohan? Kekecohan apa? Aku tengok,kaulah yang kecoh sekarang ni.Hm.. Aku tak fahamlah apa yang kau cuba sampaikan ni.Hal kecemasan apa bendanya? Boleh tak kau bagitau aku dengan lebih terperinci? Kau ingat aku ni ada kuasa telepati ke?" Balasku bersama rengusan kasar.Bantal yang berselerakkan diatas lantai,lantas dikutip lalu dibaling semula ke atas katil.
"Astral..! Kekecohan tadi berlaku..adalah disebabkan Lycra..! Dia...! Dia dah larikan diri! Kakanda nampak dia lari keluar dari jendela bilik Astral..! Kakanda dah cuba kejar! Tapi..tak dapat! Dia lari laju sangat..! Hal kecemasan pula..dia berlari tanpa memakai kasut! Kaki dia berdarah di sepanjang jalan! Kita kena cari Lycra cepat! Kerajaan Puak Blues ni terlalu besar baginya! Berkemungkinan besar untuk dia sesat,adalah sangat tinggi! Dia mungkin dalam bahaya sekarang ni!"
Bicara Ascal itu,membuatkan mataku terbuntang luas! Lycra larikan diri melalui jendela?! Tetapi.. bagaimana?
Ah! Baru aku perasan sekarang! Langsir bilik aku dah hilang! Takkanlah...
Dengan keresahan yang mengila,aku bingkas berdiri.Kaki melangkah menuju kearah berada.Hatiku pedih di saat aku dapati,langsir bilikku kini sudah berikat kuat pada pagar batu jendela.
Rasa-rasanya,melalui ikatan langsir itulah,dia berjaya melarikan diri.
Wajahku diraup kasar,cuba menenangkan kegalauan hati.Namun begitu,rasa perit di hati masih tidak mampu di hilangkan! Terasa bagai kehilangan sesuatu yang berharga di lautan yang dalam! Ingin diraih tidak mampu! Ingin di capai tidak terdaya!
Lycra...
Sanggup kau..tinggalkan aku begitu sahaja? Mengapa...? Mengapa kau tegar melakukan sedemikian rupa?! Aku cintakan kau,tahu tak?!
"LYCRA!!!!!!!!" Sekuat hati aku menjerit namanya,dengan harapan dia akan kembali.
Aku risaukan Lycra! Kerajaan Puak Blues terlalu besar baginya! Bagaimana kalau dia tersesat?! Dan bagaimana pula kalau dia diculik orang?!
Setitis air mataku jatuh menuruni pipi.Buat kali pertamanya, aku rasa kehilangan.Betul-betul rasa kehilangan.
Aku perlu cari Lycra!
Dia tak harus dibiarkan berseorangan di luar sana!
→to be continued...
YOU ARE READING
The Cursed Elves
FantasyAku puteri Elf yang terbuang. Berambut biru dan bermata biru. Tinggal di pinggir kota. Berseorangan. Kesunyian. Dipinggirkan. Kononnya aku ini disumpah dan sebab itulah rupa parasku begini.Berbeza benar dari Elf yang lain. Hari ini aku berumur 24 ta...