Siap.Aku sudah selesai menukar bajuku.Baju kemeja lengan panjang Astral sememangnya longgar dan agak labuh bagiku.Begitu juga dengan seluarnya yang juga panjang meleret hingga ke lantai.
Terpaksalah aku melipatkan hujungnya agar tidak kelihatan pelik.Rambut biruku pula disanggul tinggi.Leher jinjangku jelas terserlah.Aku beku seketika di hadapan cermin,perlahan-lahan memegang pipiku sendiri.
Asrian.Pipiku masih lagi terasa pedih akibat ditampar abangku itu petang tadi.Ianya tampak bengkak sedikit.Aku mengeluh perlahan.Hatiku dilanda perasaan sedih.
Aku cemburu dengan Elf yang lain.Mereka ada keluarga yang menyayangi mereka,tak seperti aku.
Dipinggirkan.
Sentiasa berseorangan.
Hatiku tertanya-tanya, benarkah sumpahan tentang diriku itu benar-benar wujud?
Jikalau tidak,tetapi mengapa pula ramai dayang yang pernah menjagaku semuanya mati dalam keadaan yang mengerikan?
Cara kematian mereka sama sahaja.Mata mereka semuanya tersembul keluar.Perut mereka pecah terburai.Wajah mereka biru bagai dicekik sesuatu.Dan...ada urat-urat hitam yang timbul di badan mereka.
Bagaimana pula dengan hal itu?
Jelas sekali yang ianya bukan kebetulan!
Sumpahan tu wujud! Dan...ia telah membunuh mereka dengan kejam!
Hatiku sebak.Aku cuba nak menangis, tetapi tak mampu.Inilah yang membuatkan diriku sengsara sepanjang hidupku! Perasaan sedih yang dipendam,membuatkan aku 'beku' sama sahaja seperti patung yang tidak bernyawa!
Dengan langkah longlai,aku menuju ke arah pintu.Kuncinya dibuka.Lantas kakiku melangkah keluar dari situ.
Kelihatan Astral kini sedang terduduk di birai katil bersama sebuah buku di tangannya.Pada kulit buku tersebut,terpaparnya sebuah tajuk besar yang tertulis dalam bahasa Elf.Namun malang sekali,aku ni buta huruf.Tak pernah belajar menbaca sepanjang hidupku.
"Eh..?!"
Astral yang tekun membaca,kelihatan tersentak melihatku yang sudah pun terjonggol di situ.Bukunya terlepas dari tangan lalu terhempas jatuh ke lantai.Dia kelam kabut mengutip semula buku tersebut sebelum meletakkannya diatas meja tidur.
Aku pula hanya tertunduk memandang lantai.Kakiku pula tidak henti menguis-guis permadani yang berwarna biru gelap itu.Hal ciuman tadi membuatkan aku rasa janggal untuk berdepan dengan Astral.
"Ehem.. Ce-cepatnya kamu bersiap?" Soal Astral dengan wajah yang berona merah.Entahlah mengapa dia bereaksi sebegini,aku sendiri pun tak faham.
"Emm.. Ya.Tak perlu ambil masa yang lama pun untuk pakai baju yang semudah ni.." Balasku sambil mendepakan tangan,menunjukkan betapa longgarnya baju ini ditubuhku.
"Hahaha!" Astral ketawa lucu.
Aku hanya terpingga-pingga melihat dirinya.
"Kenapa ketawa?" Soalku,tidak mengerti mengapa dia mentertawakan aku sebegitu.Aku tunduk memandang tubuhku sendiri.Pelik.Tiada apa yang melucukan yang dapat kulihat.
Astral bingkas berdiri.Dia tersenyum sumbing kepadaku.Dia berpeluk tubuh.Diriku dipandangnya atas bawah,lagaknya seperti seorang juri pertandingan ratu cantik.
"Okey.Kamu nampak comel sebegini.Mari.Ikut beta.Tadi beta sudah titahkan para dayang untuk sediakan pelbagai jenis makan bagi meraikan kehadiran kamu di sini.Beta harap kamu akan sukakannya.Marilah kita turun."
YOU ARE READING
The Cursed Elves
FantasiaAku puteri Elf yang terbuang. Berambut biru dan bermata biru. Tinggal di pinggir kota. Berseorangan. Kesunyian. Dipinggirkan. Kononnya aku ini disumpah dan sebab itulah rupa parasku begini.Berbeza benar dari Elf yang lain. Hari ini aku berumur 24 ta...