Bab 10: Puak Reds

6.5K 518 32
                                    

"Booooo~! Show off terlebih! Booooo~! Ruven berlagak dah muncul! Booooo~! Tak boleh blah! Boooo~"

    Kedengaran suara sumbang yang mengejek Ruven di sebalik kesepian suasana.Tak lain tak bukan,orangnya adalah Ascal yang berbaju hitam.Siap lagi tangannya membuat tumbs down kearah Ruven.

    Pipi Ruven serta-merta memerah menahan rasa.Dia berpeluk tubuh.Matanya dipejamkan namun sebelah keningnya asyik benar terjungkit-terjungkit naik.Senyuman dia juga sudah bertukar menjadi senyuman janggal.

    "Ascal.... Baik kau jaga mulut kau tu sebelum.." Ruven berhenti berbicara untuk seketika.Perlahan-lahan pelupuk matanya dibuka.Dia kemudiannya membuang pandang kearahku dengan pandangan misteri.

    "Sebelum aku...culik Lycra dan jadikan dia isteri aku.." Senyuman ngerinya terserlah.

  Errk! Takut aku dibuatnya.

     Astral pula sudah berwajah masam.Lantas dia menarik aku ke dalam pelukannya.Matanya tajam memerhati Ruven bagai nak telan.

   "Ruven.Aku rasa,kau yang patut jaga mulut kau tu dulu.Lycra ni aku yang punya.Milik aku.Kau tak berhak cakap macam tu mahupun berangan-angan nak kahwin dengan dia.Faham?" Penuh dingin dia mengutarakan bicaranya.

    Diam.Senyuman Ruven mati.Dia dan Astral berpandangan sesama sendiri seperti musuh yang lama tidak berjumpa.

    Tak lama kemudian, Ruven mengeluh perlahan.Rambut merahnya dikuak penuh bergaya ke belakang.Lantas senyuman kepura-puraan diukir.

    "Bertenanglah,Divisav.Aku cuma ingin bercanda sahaja.Kenapa kau serius sangat? Hmm...?" Ucapnya penuh selamba.

   Dia kemudiannya duduk di sofa yang kedudukannya bertentangan dengan kami.Sayap hitamnya dirapatkan agar ruang di sofa dapat memuatkan sayapnya itu.Kakinya disilangkan sebelum tangannya ditongkatkan ke dagu.Anak mata jingganya tajam memerhati Astral.

    Astral terus saja mendengus kurang senang.Namun begitu,pelukannya masih tidak dilepaskan malah ia lebih diperketatkan.Aku pula hanya tertunduk diam di situ,memikirkan tentang status diriku ketika ini.

    Aku ni...

        ...anak luar nikah?

Dan aku ni...

         ...salah satu puak Blues?

     Tetapi,bagaimana?

    "Oh ya,Lycra.Aku lupa nak terangkan sesuatu pada kau tadi. Lycra...sebenarnya puak Blues mempunyai rambut yang berwarna biru gelap.Jika rambut mereka disinari cahaya matahari,kau boleh nampak dengan jelas yang ia sebenarnya berwarna biru berkilauan.

    Setiap keturunan raja puak Blues mempunyai garis-garis putih di rambut mereka.Tetapi rambut Astral dan kau sahaja yang terlalu ketara perbezaannya.Rambut Astral akan mengeluarkan cahaya kebiru-biruan jika disinari cahaya bintang manakala rambut kau pula,kelihatan bersinar-sinar apabila terkena cahaya bulan." Terang Ruven,panjang lebar.

   Diam.Suasana senyap untuk seketika. Aku nampak,Ascal yang kebosanan sudahpun bermain memintal rambut panjang abangnya iaitu Aesar.Dipintal-pintal rambut abangnya itu sehingga ia kelihatan seperti dandanan rambut wanita.

   Terasa geli hati jugaklah apabila Aesar kelihatan seperti rela saja diperlakukan sebegitu.Comel juga apabila dua adik-beradik bersama.Tetapi itu bukan yang ingin aku utarakan.

    "Tapi Ruven..kalau saya ni puak Blues seperti yang awak cakapkan tadi,bagaimana saya boleh berada dalam Puak Hazels? Tadi awak cakap yang awak ni puak Reds kan? Kenapa awak cakap yang awak ni ditugaskan melindungi Puak Blues? Lindungi Puak Blues dari apa? Dan...Astral,kenapa awak cakap yang saya ni anak luar nikah? Apa yang istimewa sangat dengan subang tu?" Soalku,sebak.Diluar jangkaan,terlalu banyak soalan yang telah aku soalkan.

The Cursed ElvesWhere stories live. Discover now