Asrian POV:
Aku menuju ke arah dewan makan bersama wajah masam.Mood aku sebenarnya tak berapa nak baik hari ni.Sudahlah aku ni mengantuk nak mati tapi dipaksa bangun awal pula.
Ah? Bangun awal? Pukul 12 tengahari pun dikira awal ke? Erm... Lantaklah! Tetapi bagi aku, ianya tetap awal.
Aku sempat membelek jam tanganku untuk seketika. Sekarang ni,waktu sudah menunjukkan pukul 1 petang.Ah... Waktu sarapan pagi aku dah terlepas! Dan aku sekarang ni betul-betul dah lambat untuk makan tengahari.
Ktap! Ktap!
Derapan kasutku bergema setiap kali aku melangkah.Suasana istana kelihatan sunyi tanpa sebarang suara. Aneh...tetapi aku malas nak ambil peduli.
Baru saja aku menjejakkan kaki di muka pintu dewan makan,mataku terpandangkan Elfrian yang sedang duduk menikmati hidangan di meja makan. Dia sedang berbual mesra bersama Easta yang sedang duduk disebelahnya kini.Sekali sekala,gelak ketawa mereka kedengaran.
Melihatkan kemesraan mereka itu,aku terus saja mencebik penuh benci. Seleraku tadi serta-merta patah setelah melihat wajah tua Elfrian itu.Hish! Masa aku datang nak makan,masa tu jugaklah si tua tu nak muncul! Hatiku merungut tak puas hati.
Mahu saja aku angkat kaki dan blah dari tempat ni sekarang! Tetapi,kalau difikirkan balik pula...perut aku dah pedih sangat ni sebab dah lama sangat menahan lapar.
Erm... Apa lagi yang boleh aku buat?
Dengan langkah yang berat,aku melangkah jua ke situ.Kerusi yang berada bertentangan dengan Elfrian lantas ditarik. Aku duduk menghadap Elfrian,iaitu setan tua yang paling aku benci.
"Eh,Asrian? Lambatnya awak turun ke sini? Bukan ke tadi saya suruh awak bersiap cepat-cepat?" Easta yang berada di sebelah kanan Elfrian, menyoalku penuh hairan.
"Diamlah kau.Jangan nak menyibuk urusan aku." Aku membalas dingin.Geram apabila di soal itu ini.Rasa menyampah pun ada.
Lantas air susu yang tersedia di situ,aku tuang ke dalam gelas. Dua keping roti gandum dicapaiku lalu diletakkan di atas pinggan.
"Huh! Orang tanya tu pun nak marah-marah.Garang betullah Asrian ni." Rajuk Easta seraya mencebik.
Aku hanya buat tak peduli.Apa yang penting sekarang ni,aku nak isi perut dan lepastu blah dari sini cepat-cepat.
Kini tanganku lincah menyapu jem blueberry pada permukaan roti.Sekeping lagi roti diambil lalu ia diapit pula pada roti yang disapu jem tadi. Dan akhirnya...siap sudah sandwich aku tu.
Aku mengunyah kasar sandwich tersebut dengan muka masam. Kerana malas nak menghadap muka Elfrian,pandanganku kini dilontarkan pada Easta. Dia masih lagi membuat wajah merajuk di situ.Makanan di dalam pinggannya dikuis-kuis dengan hujung sudu.
'Nampak comel pulak bila Easta merajuk..' Sempat lagi hatiku memuji Easta a.k.a tunangku itu.
Di luar sedar,aku tersenyum memerhati gelagatnya itu.
"Asrian.Kau dah siapkan ke perancangan yang aku suruh kau buat semalam?" Tiba-tiba saja Elfrian menyoalku dengan suara garang.
Mendengarkan soalannya itu,aku terus saja mengalihkan pandanganku ke arah Elfrian. Wajahnya tampak kelat sekali.Anak matanya pula tajam memerhati diriku.Dia menghirup perlahan air teh yang terhidang,menunggu aku untuk bersuara.
Diam...
Aku hanya berpura-pura tidak mendengar soalan si tua itu. Hatiku masih lagi sakit kerana ditamparnya semalam lantaran Lycra hilang tanpa dikesan.Pedihnya masih lagi terasa,tahu?
YOU ARE READING
The Cursed Elves
FantasyAku puteri Elf yang terbuang. Berambut biru dan bermata biru. Tinggal di pinggir kota. Berseorangan. Kesunyian. Dipinggirkan. Kononnya aku ini disumpah dan sebab itulah rupa parasku begini.Berbeza benar dari Elf yang lain. Hari ini aku berumur 24 ta...