Areavin POV:
Aku berjalan ke ruang tamu bersama sebuah buku rujukan Elves di tangan.Penuh lelah aku duduk bersandar di atas sofa empuk tersebut. Buku yang ada di tanganku itu lantas dibelek kiri dan kanan.Boleh tahan juga tebalnya.Kulitnya pula keras dan dicacahkan dengan tulisan Elf purba.
Aku mengeluh lalu melentokkan kepala ke belakang.Siling istana yang putih itu dipandangku dengan pandangan kosong.Otak aku sekarang ni berserabut.Untuk cari buku ni saja,aku terpaksa 'mengali' perpustakaan istana selama 1 jam!
Urgh..
Semua ni memang memenatkan,tetapi sangat berbaloi bagiku.Sebab kenapa ia berbaloi? Sebabnya adalah,aku mahu tahu dengan lebih lanjut mengenai rantai yang aku jumpa tadi. Apa yang pernah aku tahu,rantai itu sebenarnya 'bermasalah'.
Aku mengeliat sedikit. Segala urat sendi yang terasa kebas,diregangkan sebelum aku menatap buku rujukan itu kembali.
"Baiklah! Mari mulakan!"
Helaian demi helaian kertas mulai di selak dan di bacaku sepintas lalu.Namun,malang sekali semua maklumat yang tertera di situ langsung tiada kena mengena dengan apa yang ingin kucari.Dahiku mulai berkerut seribu.
Hairan.
Aik? Mana maklumat tentang rantai yang aku jumpa tu? Bukan ke sepatutnya maklumat tu ada dalam ni?
Dengan rasa bingung yang teramat,aku menyelak setiap helaian dengan semakin pantas.Namun begitu,maklumat yang aku mahukan masih tak ada. Tiga kali aku mengulang baca buku tersebut,tetapi maklumat itu langsung tiada.
"Argh!" Jeritku dengan rasa tertekan. Buku tersebut aku hempaskan ke meja kopi.Hrrh.Geramnya aku! Takkanlah satu jam yang aku bazirkan untuk mencari buku ni,hanyalah usaha yang sia-sia? Huh!
Aku terus saja meraup wajah,cuba untuk meredakan rasa amarah yang mengila ini.Nafasku lantas ditarik sedalam mungkin. Fuh..bertenang Areavin. Bertenang. Maybe kau ada terlepas pandang di mana-mana kut.Aku cuba untuk menyedapkan hatiku yang gundah-gulana ini.
Dengan harapan yang kembali membara,aku mengambil buku rujukan itu semula. Setiap helaian dirujuk satu per satu.Kali ini dengan lebih teliti. Namun begitu,maklumat yang aku ingin cari masih tiada.Aku hampir saja berputus asa untuk kali keduanya.
Sehinggalah suatu ketika..
..aku terjumpa satu mukasurat yang terlekat pada mukasurat yang lain.Jika dilihat betul-betul,mukasurat yang terlekat itu adalah mukasurat 100 dan 101.Keadaannya yang kelihatan seolah-olah sengaja di lekatkan,membuatkan aku jadi musykil.
Perlahan-lahan,aku cuba untuk memisahkan kembali kedua-dua mukasurat yang terlekat itu.Seluruh tanganku terketar-ketar seperti diserang penyakit Parkinson.Aku takut seandainya aku terkoyakkan mukasurat itu,sekaligus menghancurkan harapan terakhirku ini.Shakk..
Di saat kedua-dua mukasurat itu berjaya dipisahkan,aku jadi kaget untuk seketika.
Apa yang terpapar di hadapan mataku kini adalah,sebuah lakaran rantai yang serupa benar dengan rantai yang aku terjumpa tadi! Tajuk besar mukasurat itu adalah, Rantai Lagenda. Aku melihat pula di mukasurat sebelahnya. Segala tulisan yang ada di situ, aku baca dengan teliti.
"Setiap genapnya 400 tahun,tepat pada malam Bulan Berdarah,akan lahirlah seorang The Chosen Leader yang baharu. The Chosen Leader ini akan dikurniakan seutas rantai pelantikan sebagai bukti untuk membezakannya dengan Elves yang biasa. Setiap rantai yang dimiliki The Chosen Leader,melambangkan kuasa-kuasa yang berlainan. Setelah cukupnya umur 25 tahun,The Chosen Leader akan..."
YOU ARE READING
The Cursed Elves
FantasyAku puteri Elf yang terbuang. Berambut biru dan bermata biru. Tinggal di pinggir kota. Berseorangan. Kesunyian. Dipinggirkan. Kononnya aku ini disumpah dan sebab itulah rupa parasku begini.Berbeza benar dari Elf yang lain. Hari ini aku berumur 24 ta...