Aku bermimpi..
...perkara yang sama setiap kali aku memejamkan mata..
Di seksa...
Di pukul...
Di hina..
Dan di caci..
Masyarakat memulaukan aku..
...menjauhiku...
...sejak aku berumur 3 tahun lagi..
Aku masih ingat..
Ketika itu aku ingin ke kedai untuk membeli barang..
"Pergi pembawa sial! Aku benci tengok kau di sini! Pergii! Jangan kau datang ke kedai aku lagi!"
Tetapi aku dihalau seperti anjing kurap..
Apabila aku berjalan-jalan di perkampungan pula..
"Kejar pembawa sial tu! Pukul dia! Belasah dia sampai mati!"
..aku dipukul penduduk kampung secara beramai-ramai..
..ada yang sepak teranjang tubuhku..
...ada yang memukul aku dengan kayu..
...ada juga yang melibas cemeti ke tubuhku..
Aku menangis..
...namun tiada siapa yang datang membantu...
Ayahanda dan kakanda yang kebetulan lalu di situ..
...hanya memandangku tanpa rasa simpati sedikitpun..
Malah boleh lagi mereka berkata..
"Pukul dia lebih kuat lagi! Biar dia mengerti bahawa yang dia tak diterima di sini!"
Hatiku bagai direntap.
Pedihnya hati apabila darah dagingku sendiri berkata seperti itu..
Mujurlah ketika itu,
...ada seorang lelaki tua yang sanggup membantuku..
Dia baik..
Dialah yang berikan makanan apabila setiap kali aku kelaparan...
Dialah yang bercerita kisah dongeng antara putera dan puteri sebelum aku tidur..
Dialah yang menjaga makan pakaiku..
Dialah tempat aku meluah rasa ketika aku dipulaukan..
Dialah yang mempertahankan aku apabila setiap kali aku dibelasah..
Semakin lama,semakin aku jatuh sayang padanya dan mengangapnya sebagai atukku sendiri..
Tapi kebahagiaan hanya muncul sedetik sahaja..
Tiba-tiba lelaki tua itu mati dalam keadaan yang mengerikan ketika tidur..
Matanya tersembul keluar..mukanya tampak kebiru-biruan bagaikan ada sesuatu yang mencekiknya..perutnya pula pecah terburai..
Kata orang,lelaki itu mati kerana sumpahanku!
Aku sedih..
Mengapa orang yang aku sayang..berkesudahan seperti ini?
Sejak umur 3 tahun lagi aku berdikari diatas kakiku sendiri..
Memasak,jemur baju,menjahit pakaian,menanam sayur..
...semuanya aku lakukan sendiri .
Aku terpinggir..
Pedihnya hatiku hanya aku seorang saja yang mengerti..
Saban hari aku menangisi nasibku..
Mengapa aku dilahirkan bersama rambut biru dan mata biru yang menyusahkan ini?
Namun semakin lama,aku semakin lupa cara untuk menangis..
Walaupun sedih..tetapi aku tetap tak dapat menangis..
Tiada air mata yang dapat mengalir lagi dari mataku..
Mataku sudah hilang fungsinya..
Aku dah lali..
Aku dah pasrah..
Aku lebih rela hidup menyendiri daripada menyakiti insan lain dengan menggunakan sumpahanku ini..
Pedih..
Tetapi lebih pedih lagi apabila saban hari aku terpaksa melihat..
...mayat bonda yang digantung berdiri di hadapan istana..
...dalam keadaan tiada kepala pada badannya.
Tiada sesiapa yang memahami perasaanku..
Tiada sesiapa.
→to be continued..
YOU ARE READING
The Cursed Elves
FantasyAku puteri Elf yang terbuang. Berambut biru dan bermata biru. Tinggal di pinggir kota. Berseorangan. Kesunyian. Dipinggirkan. Kononnya aku ini disumpah dan sebab itulah rupa parasku begini.Berbeza benar dari Elf yang lain. Hari ini aku berumur 24 ta...