Tanpa perasaan,aku melangkah masuk ke dalam bilik air.Pintunya sengaja ku biarkan terbuka luas tanpa ditutup.Aku takut.Takut jikalau kisah silamku berulang lagi.Aku pernah terkunci di dalam bilik air dan tiada sesiapa yang datang menolong.
Bukan.
Bukan terkunci tetapi dikunci.
Aku dikunci di dalam bilik air selama dua hari semasa aku berumur tiga tahun dahulu.Asrian.Kakanda ku itulah yang mengunci diriku.
Dia sememangnya membencikan diriku sejak dari dahulu lagi.Malah,dia juga seringkali cuba mencari peluang untuk membunuhku.
Dayang yang pernah menjagaku ada menceritakan bahawa...ketika aku masih bayi,Asrian pernah cuba untuk melemaskan aku di dalam air.Dia benar-benar berniat untuk membunuhku.
Bukan sekali tetapi berkali-kali.Dia pernah cuba untuk membuang aku dari balkoni.Dia juga pernah mencekup wajahku dengan bantal.
Asrian yang gila.Dia tidak pernah kenal apa itu erti kasih sayang.Aku sahaja yang bertepuk sebelah tangan; tetap menyayangi dirinya sampai ke hari ini.
Baru hari ini aku sedar,betap bodohnya diriku.
Mengapa aku sahaja yang terkejar-kejar kasih sayangnya sedangkan dia membenciku sama seperti musuhnya?
Lupakan.
Lupakan sahaja kisah hidupku ini.Aku tak mahu mengingatinya lagi. Hatiku pedih.
Perlahan-lahan penutup kotak rawatan dibuka.Isinya dikeluarkan satu demi satu.Ada kain pembalut,iodin,serbuk herba-herba yang entah apa namanya,Healing Potion yang berwarna merah terang,jarum,benang dan juga gunting.
Aku mengaru-garu kepala yang tidak gatal.Hmm...
Nak mula dari mana ya?
Hmm... Rasa-rasanya,lebih baik aku jahit luka aku dulu.
_________________👑________________
Selesai.Akhirnya aku sudah selesai menjahit luka di bahuku ini.Basib baiklah kesan cengkaman Raksasa Malam itu tidaklah terlalu dalam.Jikalau tidak,sudah pasti aku akan mati lantaran kehilangan darah yang banyak.
Bahu yang sudahpun ditempek penampal besar,disentuhku perlahan.
Keluhan berat terlepas dari bibirku.Entah mengapa sejak kebelakangan ini aku banyak sangat mengeluh.Mungkin... Mungkin kerana nasibku yang sentiasa malang ini.
Baru saja aku ingin melangkah keluar dari bilik air tersebut,tiba-tiba saja mataku tertancap pada sesuatu yang baru aku sedari kewujudannya di segenap penjuru bilik.
Langkahku mati.
Beku.
Ya.Aku benar-benar beku.
Tak,tak.Bukannya beku seperti ais tetapi aku diam membeku di hadapan sesuatu yang benar-benar tampak janggal di mataku.
Peliknya.
Ia memantulkan bayangan wajahku sendiri.
Adakah ini adalah salah satu magik yang Astral hasilkan?
Permukaan benda itu disentuhku perlahan.Jari runcingku diseretkan diatasnya berulang kali.Nampaknya permukaan objek ini lincin dan mengeluarkan bunyi berdecit ketika diseret.Permukaannya juga sejuk.
Dahiku berkerut seribu.
Apa bendanya ni? Aku tak pernah melihat benda ini seumur hidupku.Benda tersebut kelihatan seperti bongkah ais yang leper,tetapi aku pasti yang ianya bukan ais kerana ia tidak menghasilkan asap sejuk.
YOU ARE READING
The Cursed Elves
FantasiaAku puteri Elf yang terbuang. Berambut biru dan bermata biru. Tinggal di pinggir kota. Berseorangan. Kesunyian. Dipinggirkan. Kononnya aku ini disumpah dan sebab itulah rupa parasku begini.Berbeza benar dari Elf yang lain. Hari ini aku berumur 24 ta...