"Astral! Awak ni gatallah! Ciuman apa ke bendanya? Sudah! Ja-jauhi saya! Awak ni miang! Si gatal! Menyesal saya tanya awak tadi! Ke-keluarlah sekarang! Macam mana saya nak tukar baju kalau awak ada dekat sini?" Penuh kelam kabut aku cuba untuk menjauhkan Astral dariku.
Badannya ditolak-tolak olehku namun Astral seekan-ekan tidak mahu berganjak.Malah boleh lagi dia ketawa lucu.
"Hahaha! Beta tak akan pergi selagi beta tak dapatkan ciuman beta." Ucapnya dengan nada mengoda.Matanya yang berwarna bak bunga violet itu dilirik manja kearahku.
Gulp! Air liur yang terasa kelat,ditelanku.Jantungku tiba-tiba saja berdegup kencang.Ah... Peliknya perasaan ini!
"Tak nak! Saya tak nak! Gelilah!" Balasku,geram.Namun nada suaraku tetap dikawal agar Astral tidak terasa hati.
"Oh... Tak nak ya?"
Tanpa ku sangka,tiba-tiba sahaja Astral memaut pinggangku.Aku terlekap pada dada bidangnya.
Terkedu.Aku beku apabila dipeluk sebegitu.Jantungku berdegup pantas.Arghh! Rasa macam nak pengsan saja sekarang ni!
Tak lama kemudian,terasa jari runcing Astral menyentuh daguku.Wajahku didongakkan olehnya.Astral tersenyum kambing.
"Lycra.. Kamu ada tak perasaan suka pada beta..?" Soalnya secara tiba-tiba.Anak matanya menikam lembut anak mataku.
Aku semakin terkedu! Terasa lemah lututku kini! Lantas wajahku dipalingkan kearah lain.
"T-tak!" Balasku,gugup.Hatiku resah.
Diam.
Astral senyap untuk seketika.
"Jadi...kamu tak sukakan betalah ya? Sampainya hati kamu... Kamu sudah hancurkan harapan beta..." Dia bersuara sedih.Macam kecewa saja bunyinya.
Aku bingung untuk seketika.
"Tak! Tak! Bukan macam tu! Saya sukakan awak! Suka sangat-sangat!" Diam.Kini giliranku pula untuk terdiam.Aku mengigit bawah bibir.Argh! Baru aku sedar yang aku sudah terjatuh di dalam jerat bicara Astral!
Perlahan-lahan aku mendongak semula,memandang wajah Astral.Senyuman mekar indah di bibirnya.Tampaknya seekan-ekan seperti senyuman kemenangan.
"Oh.. Adakah ini juga bermakna yang kamu juga cintakan beta?" Soalnya lagi,cuba untuk menjeratku lagi.
Pipiku terasa panas! Arghh..! Malunya! Mengapa tiba-tiba sahaja dia menyoalku begini?!
"A-apa yang awak sedang cakapkan ni?! Saya tak faham!" Dalihku penuh resah.Aku jadi tidak keruan.
Mendengarkan bicaraku yang resah itu,senyuman Astral semakin melebar.Dia kemudiannya mendekatkan wajahnya ke wajahku.Dahinya dilagakan perlahan pada dahiku.
"Kamu suka dan cintakan beta. Beta tahu. Lihatlah reaksi kamu ini yang jelas menujukkan kamu...cintakan beta." Ucapnya tanpa berselindung.Senyuman masih tidak lekang di bibirnya.
Diam.Tiada suara yang mampu keluar dari anak tekakku lagi.Astral sudahpun berjaya mentafsirkan reaksiku sebentar tadi.
Chupp..
Tiba-tiba kucupan hangat menyinggah pipi kananku.Aku tergamam dan dalam masa yang sama...terkejut beruk! As..Astral telah mengucup pipiku sebentar tadi! Aku yakin yang beruk juga tidak akan terkejut sama sepertiku!
Terasa nyawaku melayang naik ke atas ketika ini.Oh tidak... Mengapa... Mengapa dia mengucup pipiku..? Ayahandaku sendiripun tak pernah berbuat sebegini...
Perlahan-lahan Astral menjarakkan wajahnya semula dari wajahku.Dia tersenyum manis.Pipiku diusapnya,perlahan.
Aku hanya mampu terdiam segan di situ.Suaraku bagaikan hilang untuk seketika.
Kami berpandangan sesama sendiri.Lama.
Satu minit..
Dua minit..
Tiga minit sudah berlalu...,namun Astral masih tidak melepaskan pautannya di pinggangku.
Aku pulak yang rasa kurang senang sekarang ni.Kenapa Astral pandang aku tanpa berkelip langsung ni? Aku akhirnya tunduk memandang lantai.
"A-awak.. Ke-keluarlah... Macam mana saya...nak tukar baju kalau awak ada dekat sini..?" Ucapku,segan.Langsung tidak berani untuk mengangkat wajah.
Astral tersentak dari terus merenungku seperti tadi.Pipinya juga turut memerah.Pautan di pinggangku perlahan-lahan dileraikannya.
"Oh.. Oh ya.Lupa pula.Ma-maafkan beta." Ucapnya dengan tangan yang mengaru-garu kepala.Bagaikan baru tersedar dari mimpi yang panjang.
Dia menekup wajah.
"Maafkan beta.. Beta tak bermaksud untuk.. Ma-maafkan beta.. Be-beta...tunggu kamu di luar." Bagaikan ribut,dia berlari keluar dari bilik air.Pintu ditutup rapat dari luat.
Aku hanya terpinga-pinga melihat keadaan yang pelik ini.Kepala yang tak gatal,digaruku perlahan.
Kenapa Astral berkelakuan pelik? Adakah dia berkhayal? Hish.. Gerun pulak aku memikirkannya.
Lantas aku menuju ke muka pintu.Di luar sedar,aku menguncinya dari dalam.Aku tersandar di situ.Pipi yang dikucup Astral tadi kemudiannya dipegangku dengan rasa tidak percaya.
Masih lagi berbekas kesan kucupan Astral seketika tadi.
Entah kenapa aku merasakan yang diriku disayangi ketika ini.
Ini kali pertama kali aku berperasaan sebegini.
Peliknya...
Peliknya perasaan ini..
__________________👑_______________
Astral POV.
Aku menghempaskan tubuhku diatas katil.Wajahku disembamkan di situ.Aku malu! Malu!
Kenapa? Kenapa aku cium pipi dia?! Di luar sedar pulak tu! Aku macam terasa dirasuk tadi! Dirasuk!
Arghh! Gilanya aku ni!
Sangka ku,aku cuma ingin bergurau dengannya. Namun benda lain pula yang jadi! Aduhai! Memalukan sungguh!
"Arggh!" Tiba-tiba ada kesakitan yang mencengkam,datang menerpa diriku.
Aku kemudiannya mengubah kedudukanku kepada posisi duduk.Dada kiriku lantas dipegang.Dahiku berkerut seribu.
Kesakitan itu...
Ianya semakin menjadi-jadi..
Lantas poket diseluk.Penuh sukar aku mengeluarkan botol kecil yang mengadungi pil-pil kecil di dalamnya.Penutupnya dibuka.Beberapa biji pil dicapai lalu ditelan tanpa air.
Sebak di dadaku usah diceritakan.Peritnya terasa bagai ditusuk kaca bertubi-tubi. Aku menepuk dada berulang kali,cuba ingin mengurangkan kesakitan itu.
Nafas lega kemudiannya dihela.Syukurlah kesakitan itu semakin berkurangan sedikit demi sedikit.
Botol kecil tadi perlahan-lahan ditenungku dengan pandangan sayu.Penuh erat aku mengenggamnya.
Rahsia.
Aku perlu rahsiakan hal ini dari Lycra...
...walau apa cara sekalipun.
Aku tak mahu dia tahu yang aku ni sebenarnya...
...sedang sakit.
→to be continued..
Pesanan dari Author: POV adalah singkatan daripada Point Of View.Selepas ni,byk 'POV' yang akan digunakan.Harap maklum! XD
YOU ARE READING
The Cursed Elves
FantasyAku puteri Elf yang terbuang. Berambut biru dan bermata biru. Tinggal di pinggir kota. Berseorangan. Kesunyian. Dipinggirkan. Kononnya aku ini disumpah dan sebab itulah rupa parasku begini.Berbeza benar dari Elf yang lain. Hari ini aku berumur 24 ta...