Bab 33: Ruined Date

7.9K 515 219
                                    

Lycra POV:

   Gulp! Aku menelan air liur yang terasa kelat.Wajah seorang demi seorang pengawal yang bengis itu,dipandangku sepintas lalu.Hatiku tertanya-tanya,apakah kesalahanku sehinggakan pedang dihalakan ke arahku seperti ini?

   "Korang semua ni..siapa? Apa salah saya?" Soalku,ketakutan.Risau seandainya mereka ni adalah orang suruhan Asrian yang telah dikerah untuk mencariku.

    "Jangan banyak cakap.Bangun cepat!"

   Malang sekali,soalanku tadi dibalas dengan jerkahan salah seorang dari mereka.Tanganku direntapnya,cuba memaksaku berdiri tegak.Cengkamannya betul-betul menyakiti pergelangan tanganku.Aku pun apa lagi? Takkanlah ingin membiarkan saja?

  "Astral! Tolong saya,Astral..!" Tanpa teragak-agak lagi,aku terus saja menjerit dan meronta semahu-mahunya!

    "Lycra!" Astral yang terdengar jeritanku,serta-merta tersentak dari tidurnya.Matanya membulat tatkala dia menyedari bahawa kami berdua sedang dikepung! Dirinya menyingga di saat terpandangkan pengawal yang sedang mencengkam kuat tanganku tika ini.

   "Don't touch her,you bastard!" Sepantas kilat,Astral menghayunkan penumbuknya ke arah pengawal yang mengasari diriku tika ini.

   "Urkh!" Cengkaman yang menyakitkan tadi automatik terlerai.Pengawal itu terus sahaja jatuh tersungkur di atas tanah.Dia mengerang kesakitan di situ sementara pengawal yang lain sudah berura-ura untuk menyerang Astral.

   "Lycra! Berlindung di belakang saya!" Arah Astral,tegas.Aku hanya akur dalam ketakutan.

  Kini sang jejaka melindungiku di belakangnya dengan tangan yang didepakan,mungkin cuba menghalang diriku dari di apa-apakan.

  Manakala para pengawal itu pula mulai berjalan mengelilingi kami berdua,lagaknya seperti sudah bersedia untuk menyerang pada bila-bila masa.

   "A-Astral.Siapa diaorang ni?" Soalku dengan suara yang terketar-ketar.Peluh sejuk mulai merenik di dahi.Aku rasa macam nak pengsan je sekarang ni!

   "Diaorang semua ni pengawal ayahanda saya.Dari tadi saya dah dapat agak,pergerakan kita sedang di intip.Argh.Damn it! Siapalah yang hantar mereka semua ni?!" Ucap Astral,berang.Dia nampaknya begitu bengang dengan semua ini.Terlalu bengang.

    "Aku yang hantar diaorang semua ke sini.Puas hati?" Sampuk satu suara garau tiba-tiba.

  Di kala itu juga,muncullah seorang jejaka yang baru saja menyelit masuk di antara celahan pengawal-pengawal bengis itu tadi.Senyuman sinisnya tampak begitu mengerunkan bagiku.

   "Ruven! Ceh,kau rupanya.Apahal kau datang sini? Bukan ke kau mabuk tadi?" Perli Astral dengan wajah menyampah.Lantas tangannya dijatuhkan semula dari terus didepakan seperti tadi.Tiada apa yang perlu di risaukan,agaknya.
   
   Ruven hanya tersenyum,seolah tak terusik dengan sindiran Astral itu.Perlahan-lahan,dia menapak ke arah Astral.Tatkala dia tiba di hadapan Astral,tangannya pantas mencekik kolar sang jejaka.

   Dengan senyuman kejam,dia merapatkan wajahnya ke wajah Astral.Matanya dijengilkan.

  "Astral.. Aku masih tak puas hati dengan kau! Tadi sesedap roti je kau tinggalkan aku berseorangan di rumah orang asing? Dalam keadaan aku sedang mabuk pulak tu? Dan sekarang ni,boleh pulak kau selamba dating dengan Lycra dekat sini?!" Jerit Ruven,garang.Kolar Astral digoncangnya,membuatkan tubuh Astral terdorong ke belakang dan ke hadapan berulang kali.

   Namun begitu,Astral masih tetap dengan wajah selambanya.Seolah tidak terusik sedikitpun.

   "Ah.. Sorrylah dude.Tadi semasa aku dah tau di mana Lycra berada,aku terus je terlupakan kau dan tertinggalkan kau di belakang.Sorrylah weh." Ucap Astral,tanpa perasaan.Nampak macam tak ikhlas pun ada.

    "Huh! Minta maaf apa macam ni? Tak ikhlas langsung!" Marah Ruven lagi.Walaupun begitu,kolar Astral tetap dilepaskannya semula.

   Astral tersengih.Kolarnya lantas diperbetulkan semula.

   "So..kaulah yang ekori kami berdua sedari tadi,kan?" Duga Astral dengan sebelah kening yang dijungkit tinggi.

  Ruven hanya menyengih sambil mengusap pangkal leher.Dia kemudiannya berdehem kecil.

   "Ehem! That's right.." Ucapnya,perlahan.Segan agaknya.

    "Okay.By the way,kau dah habis dah cakap? Kalau dah tak ada apa-apa,aku nak blah sekarang.Bye." Balas Astral,acuh tak acuh.Tanpa sepatah kata,dia terus saja mencapai tanganku lalu digenggam erat.

  Baru saja dia ingin membawaku pergi dari situ,tiba-tiba saja para pengawal tadi menghunuskan pedang mereka ke arah kami berdua semula.Langkah kami berdua serta-merta mati.

  Aku agak terpinga-pinga.Begitu juga dengan Astral.

   "Kenapa korang halakan senjata korang dekat aku?" Soal Astral,sedikit bingung.Dia kemudiannya menoleh ke arah Ruven,seakan-akan meminta penjelasan.

   "Astral... Astral.. Aku lupa nak cakap yang sebenarnya kehadiran aku ke sini adalah untuk menangkap kau dan bawa kau pulang ke istana." Tutur Ruven,berserta sengihan sinis.

   Serentak itu,para pengawal tadi tiba-tiba bertindak kasar dengan mengilas tangan Astral ke belakang.Belum sempat aku berbuat apa-apa,tanganku juga turut dikilas ke belakang! Aku tersentak! Semuanya berlaku terlalu pantas!

   "Aku tak nak balik ke istanalah! Ruven tak guna! Lepaskan aku!" Ronta Astral,ganas.Dia cuba melawan,namun begitu pergerakannya telah dikunci.Tiada apa yang mampu dia lakukan selain meronta.

   "Shut up,Astral..! Kau tau tak,istana jadi kecoh sebab kau tak ada dekat situ? Kau sedar tak?" Marah Ruven pula.Dia nampaknya serius mengatakannya.

   Manakala aku pula,hanya mampu membatu di situ.Tiada sebarang suara yang dapat keluar dari anak tekakku.Hanya mampu memerhati dan memerhati,itulah yang aku lakukan sedari tadi.

   "Argh! Baik korang lepaskan kami berdua sebelum aku mengamuk!" Jerit Astral seperti sudah tidak mampu bersabar lagi.

   "Cubalah.Aku nak tengok sejauh mana kau boleh mengamuk." Provok Ruven bersama ketawa sadis.Dia memerhati Astral,seakan-akan bergembira melihat sahabatnya berkeadaan seperti itu.

  Apalah diorang berdua ni.. Perangai macam budak-budak.Aku yang melihat pun,rasa jengkel dibuatnya.

    "Aku janji,kau akan menyesal cakap macam tu." Ucap Astral,serius.Tanpa disangka,tiba-tiba saja dia bertindak menghantuk belakang kepalanya ke dahi pengawal yang sedang mengilas tangannya kini.

   DUKK!

  "Aduh!" Pengawal itu teraduh kesakitan.

   Astral yang sudah terlepas,terus saja menyerang kesemua pengawal itu.Ada yang dihantuk kepala ke batang pokok.Ada yang ditumbuk dan tak kurangnya juga yang disepak terajang Astral.Pengawal yang memegangku juga turut dibelasah tanpa ihsan.

   Aku yang melihat,rasa tak sanggup pula untuk menyaksikan kekejaman itu.Argh.Gila! Semua ni gila!

   "Nahaslah kau,Ruven!"

  Kulihat,Astral kini sedang menyerang Ruven pula.Dia nampaknya sedang mencekik rakannya pada pokok.Wajahnya kejam,persis pembunuh bersiri.

   "Astral..! Tolong berhenti!" Jeritku akhirnya.Tak sanggup lagi melihat Astral membuat begitu pada sahabatnya sendiri.

   "Never!" Balas Astral,berang.Malah,dia semakin menguatkan cengkamannya di leher Ruven! Bagaikan dia kini bukannya dirinya lagi.

    Bukk!

  Tiba-tiba Ruven bertindak menyiku pipi Astral,membuatkan Astral terundur sedikit ke belakang.Cengkamannya tadi serta-merta terlepas.

   "Behave Astral. Behave! Aku berlawak je tadi..!" Ucap Ruven,seraya menerpa ke arah Astral.Dia menolak Astral ke arah pokok,mungkin berniat untuk menenangkan Astral yang makin mengila.

   "Argh!" Namun entah mengapa,di saat badan Astral terhentak pada pokok,tiba-tiba saja dia mengerang kesakitan.Tubuhnya bertukar longlai lalu rebah ke tanah!

  Mataku membuntang melihat keadaan Astral kini.

  "Astral..!"
  

    →to be continued..


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 07 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Cursed ElvesWhere stories live. Discover now