Lycra POV:
Terjaga.
Aku terjaga dari tidurku di saat bunyi kicauan burung menjengah deria pendengaran.Tidurku tadi tidaklah berapa lena kerana aku asyik termimpikan Asrian.
Barangkali aku rindukan dia...
..dan aku juga rindukan senyuman sinisnya..
Ah.. Lycra..
Apa yang kau mengarut pagi-pagi buta ni?
Aku meraup wajah.Pipi yang terasa sembab dikesat perlahan.Baru aku perasan,ianya adalah kesan air mata yang berbekas.Tapak tangan yang basah,direnungku.Emm... Aku menangis dalam tidur lagi ke? Di luar sedar?
Umm...
Perlahan-lahan,selimut yang membalut tubuhku ditolak ke tepi.Lantas aku mengubah posisiku kepada posisi duduk.Rambut biruku yang sedikit berserabai,digulung menjadi sanggul.
Belakang yang terasa sengal diurut perlahan.Berkerut-kerut wajahku menahan rasa ngilu.Aduh..! Belakang aku sakit gila sekarang ni..! Mungkin sebab kesan jatuh semalam kut? Ataupun sebab aku tak biasa tidur bergulungkan selimut?
Oh ya,lagi satu..
Astral.. Mana Astral? Dia masih tidur ke? Ke...dah lama bangun? Ataupun..!
Ataupun dia dah mati kerana sumpahanku itu?! Hah?!
Penuh gelabah,aku bingkas berdiri.Katil Astral lantas dipandangku.Ada sekujur tubuh yang sedang berbaring di situ.Fuh...! Mujurlah Astral ada di sini! Dan dia...sedang tidur? Ehh? Tidur ke?
Aku memandang wajah Astral dengan tanda tanya.Perlahan-lahan aku mendekatinya,ingin memastikan dia masih hidup atau tidak.Birai katil menjadi tempat punggungku berlabuh.Dengan jari yang terketar-ketar,aku mencucuk pipinya dengan hujung jari berulang kali.
"Urm..." Astral mengeliat kecil di saat jariku mengena pipinya.
Eh? Aku terpinga-pinga sendirian di situ.
Astral..
Dia tak mati seperti Elf yang pernah mendekati aku sebelum ini ke? Erk.. Peliknya..
Selalunya Elf yang cuba mendekatiku,akan mati pada keesokan harinya! Malah cara mereka mati juga sememangnya ngeri! Tetapi kali ini...agak berbeza pula..
Astral masih lagi bernyawa..malah,dia boleh lagi tidur nyenyak di sini.Aku berwajah blur.Pipi gebu Astral kemudiannya diusapku,perlahan.Ehehe..! Seronok pula aku memegangnya! Rasa macam pegang kapas!
Urm.. Dalam kesempatan ini,ingin pula aku melihatnya dengan lebih dekat..
Maklumlah,aku tak berkesempatan menghayati wajahnya semalam.Asyik-asyik tertangkap saja! Memang memalukanlah..!
Dengan dada yang berdebar-debar,aku mendekatkan wajahku ke wajah Astral.Mukanya ditilikku atas bawah.Alahai... Malangnya,aku cuma dapat lihat wajahnya dalam kesamaran saja.Tambahan lagi,mata aku ni bukannya berapa nak elok pun.Lagipun...bilik ni gelap sedikitlah..
Hmm...
Oleh kerana aku tidak puas hati melihat wajahnya,lantas aku menggunakan jari runcingku untuk meraba wajah Astral.Sentuhanku pada permukaan kulitnya,dilembutkan sebaik mungkin kerana tidak mahu tertangkap.
Perlahan-lahan aku menyentuh dahinya..
...lalu kelopak matanya...
Sebelum beralih ke hidungnya...
Kemudian beralih pula kepada lekuk-lekuk wajahnya..
Dan akhir sekali...
...jariku menyentuh permukaan bibirnya..?! Erk?!
YOU ARE READING
The Cursed Elves
FantasyAku puteri Elf yang terbuang. Berambut biru dan bermata biru. Tinggal di pinggir kota. Berseorangan. Kesunyian. Dipinggirkan. Kononnya aku ini disumpah dan sebab itulah rupa parasku begini.Berbeza benar dari Elf yang lain. Hari ini aku berumur 24 ta...