"TAK NAK! TAK NAK! SAYA TAK NAK IKUT AWAK! LEPASKAN SAYA! LEPASKAN SAYA!" Aku menjerit-jerit bagai nak gila.Rotaanku kasar namun Astral Divi-..er err apa kejadah namanya tadi hanya berwajah selamba memeluk erat pinggangku.
"Syhh... Jangan bising.. Nanti ada yang salah faham.. Beta hanya ingin tolong kamu.. Kamu cedera teruk.." Ucapnya sambil memegang tanganku,cuba menghentikan rontaan kasarku.
"Tak nak! Saya kata tak nak,tak naklah! Awak tak takut mati ke hah?! Saya ni ada sumpahan! Saya ni bawa malang! Saya ni hodoh! Awak boleh mati kalau awak cuba dekat dengan saya! Lepaskan saya!" Balasku sambil meronta.Dadanya aku pukul berulang kali tetapi Astral masih tak mahu melepaskan aku.
Ish! Kuat betul mamat ni memeluk! Ke dia ni ada agenda yang tersendiri? Dan..sebab tulah dia cuba nak buat baik dekat aku? Arghh! Si miang!
"Hahaha!" Astral tiba-tiba ketawa lucu.
"Kamu? Sumpahan? Hodoh? Hahaha! Mengarutlah.Bagi beta,kamulah Elf tercantik yang pernah beta lihat.Rambut biru kamu yang menawan apabila disinari cahaya bulan... Bibir kamu yang berwarna merah jambu tanpa sebarang olesan gincu.. Dan kulit kamu yang putih gebu.. Sempurna! Kamu sememangnya sempurna!"
Pujiannya membuatkan pipiku berbahang.Adakah jejaka ini...si gatal? Mengapa dia berkata seekan-ekan dia menaruh minat yang mendalam terhadapku?! Tidak takutkah dia akan kisah sumpahanku?
"Lelaki gatal! Lelaki jahat! Pengambil kesempatan! Lepaskan saya! Saya bukan barang mainan untuk awak permainkan! Le-pas-kan!" Jeritku lagi,berang.
Astral hanya membuat muka bodoh.Tiba-tiba dia merentap kasar kain gaunku yang terkoyak dan mengambil sedikit cebisan kainku daripada gaun tersebut.
Argh! Terkejut aku dibuatnya! Berani betul dia koyak kain gaun aku yang dah tersedia koyak ni?! Dia..nak buat apa?!
"Maafkan beta.Beta terpaksa culik kamu walaupun tanpa kerelaan kamu."
Astral lantas mengilas perlahan kedua-dua belah tanganku ke belakang.Kata-katanya membuatkan dahiku berkerut seribu.Hah? Culik?!
"Apa?! Awak nak culik saya?!" Suara aku dah naik satu oktaf.Astral hanya mengangguk dengan senyuman nakal.Dia lantas mengikat tanganku dengan mengunakan cebisan kain tersebut.
"Ya.. Beta mahu culik kamu." Bisiknya di tepi telingaku.Romantis saja bunyinya.Geli pulak aku mendengarnya.
"Arghhhh! Saya tak nak! Saya tak nak! Saya nak balik! Saya nak balik!" Aku masih berkeras untuk meronta.Dah gila ke apa nak ikut orang asing ni?!
"Tak boleh! Beta takkan benarkan!" Dia mengakhiri kata-katanya dengan mengendong aku di bahu persis seorang penculik.Eh tak! Bukan persis tetapi dia benar-benar seorang penculik!
Mataku membuntang tatkala dia mendudukkan aku di dalam kereta kudanya.Kini giliran dia pula untuk duduk di sebelahku.Pintu kereta kuda ditarik lalu ditutup rapat.Senyuman jahat menghiasi bibirnya.
"Bertenang... Beta tidak akan apa-apakan kamu.Beta seorang yang baik.Percayalah."
Aku serta-merta mempamerkan muka tak percaya dan tak puas hati.Iya ke baik? Penipu! Kalau kau baik,kenapa kau ikat aku macam ni?! Hatiku berbisik marah.
Astral hanya ketawa kecil.
"Beta ikat kamu sebab beta takut kamu akan larikan diri.. Maafkan beta kalau terlalu berkasar.. Beta takkan semudah-mudahnya melepaskan..cinta pandang pertama beta..." Ucapnya tanpa segan silu.Pipiku diusap-usapnya bersama senyuman.
Ya Tuhan! Dia benar-benar menakutkan aku! Mana pernah ada orang yang sebegini baik pada aku!
Astral tiba-tiba melingkarkan kembali tangan sasanya di pinggangku.Dia membuatkan kepalaku tersandar pada dada bidangnya.Untuk kesekian kalinya,aku terkedu.Jarak antara kami...terlalu dekat..
Sampaikan aku...
..boleh merasakan degupan jantungnya.Ianya berdetak laju.. Sama seperti jantungku...
Apakah Astral juga sedang merasakan apa yang aku rasakan kini? Perlahan-lahan aku mendongak memandang wajah lelaki itu.
"Ruven.Cepat jalan." Arah Astral kepada pemandu kereta kuda tersebut.Dia langsung tidak memandang wajahku.Pipinya berona merah.
Adakah dia malu? Malu denganku? Arh! Tak mungkin! Tadi selamba sahaja dia menyatakan cinta padaku! Lelaki gatal ni..mana mungkin tahu apa itu malu!
Maka dengan itu...kereta kuda tersebut mulai bergerak perlahan.
"Kerajaan beta agak jauh sedikit dari sini.. Tidurlah.. Kamu pasti penat,bukan?" Soalnya sebelum menyelimutkan aku dengan selimut kecil yang ada di situ.
Dia kemudiannya memelukku erat dengan mata yang tertutup rapat.Tidur,mungkin?
Aku tergamam untuk seketika.Air mataku hampir jatuh menitis.Ini kali pertama ada orang yang berbuat sebegini baik padaku.. Selalunya aku akan di caci,di hina dan dipukul tetapi dia..?
Oh Tuhan...
Mengapa aku rasa begitu selamat apabila bersama dengannya? Apakah dia...lelaki idaman yang selama ini aku impikan? Lelaki idaman yang bakal membawaku pergi dari Perkampungan Puak Hazels itu?
Tetapi,bagaimana jikalau sumpahanku bakal membunuh dirinya nanti?
~to be continued..
YOU ARE READING
The Cursed Elves
FantasyAku puteri Elf yang terbuang. Berambut biru dan bermata biru. Tinggal di pinggir kota. Berseorangan. Kesunyian. Dipinggirkan. Kononnya aku ini disumpah dan sebab itulah rupa parasku begini.Berbeza benar dari Elf yang lain. Hari ini aku berumur 24 ta...