"Astral..saya tak nak... Takut... Tolonglah...saya tak nak..." Rayuku,perlahan.Hujung baju Astral ditarikku berulang kali.Puas aku mendongak melihat wajahnya,namun Astral hanya mempamerkan muka toya.Malah dia langsung tak memandang wajahku.
Aku masih tidak berputus asa.Hujung baju Astral ditarikku sekuat mungkin.Serta-merta perbuatanku ini membuatkan langkah kami berdua mati di tengah-tengah jalan.
Diam.Astral membatu untuk seketika sebelum anak mata biru Violetnya melirik tajam kearahku.Tepat-tepat menikam anak mata biruku.Aku yang baru saja ingin bersuara lagi,terus saja tak jadi.
Renungannya itu memanah tepat ke hatiku.Terasa jantungku kini berdegup kencang.Perasaan aneh ini...sememangnya menakutkan diriku. Cinta? Hish! Karutlah! Aku dan Astral baru saja bertemu.Tak sampai sekerat hari pun.
"Ikut saja.Beta tahu nak uruskan macam mana..." Astral bersuara kelam.Tanpa kusangka,dia terus saja merangkul kemas pinggangku.
Pipiku terasa membahang apabila Astral menarik tubuhku dekat dengan dirinya.Jari jemariku digenggamnya dengan menggunakan sebelah lagi tangannya.Sejuk.Tangan Astral sejuk...sama seperti ais.
Hal ini mulai menimbulkan pelbagai soalan cepumas di dalam mindaku.Astral sakit...atau takut? Takut untuk membawa aku berjumpa dengan kaum kerabatnya?
Aku mendongak kembali,memandang Astral dengan tanda tanya. Tiada suara yang keluar dari anak tekakku.Namun Astral tetap menghadiahkan senyuman manis,seolah-olah mengerti apa yang bermain di mindaku kini.
"Beta terlalu lama bersiar-siar di luar tadi... Sebab itulah tapak tangan beta sejuk.. Marilah kita ke sana... Kasihan mereka... Sudah lama menunggu kita.." Ajaknya lagi seraya menarikku mengikuti langkahnya.
Aku dipaksa menaiki tangga untuk ke aras atas,bersama-sama Astral.Sungguh aku benar-benar tidak merelakan semuanya.Terasa begitu dikongkong.
Dari sudut pandanganku,Astral ni sememangnya kuat memaksa.Sebiji benar macam Asrian.Tetapi tidaklah sekejam abangku itu.Cuma dia benar-benar kuat memaksa.Itu saja.
Aduhai.. Entah kenapa sedari tadi saja aku asyik terkenangkan Asrian.. Apakah aku merinduinya? Rindu untuk mendengar suaranya walaupun hanya sekadar jeritan marah?
Pedihnya hati ini.Mengapa dalam banyak-banyak makhluk, dia juga yang aku ingat?
Haih...
Aku mengeluh duka.
____________________________________
Senyap.Perbualan di antara kaum kerabat Astral tiba-tiba mati di saat kami berdua menjejakkan kaki di ruang makan aras teratas.Perhatian mereka tertumpu kepada kami yang baru sahaja tiba di situ.Wajah mereka serius.Sukar untuk aku jelaskan bagaimana.
Mengikut jangkaan mata kasarku,meja makan yang melintang panjang di situ mampu memuatkan kira-kira 20 orang.Entahlah.Mungkin lebih lagi dari itu lagi.Namun yang terconggok ketika ini hanyalah beberapa orang sahaja,tak sampai 10 orang pun.
Astral hanya mengukir senyum manakala aku sudah mengelabah bagai nak mati.Semua perasaanku bercampur baur ketika ini.Entah kenapa tiba-tiba rasa seram sejuk.Berdiri tegak bulu romaku dibuatnya.Jantungku pula berdegup kencang.Rasa kekok dan janggal datang menyerang tanpa dipinta.Ruang makan bagi keluarga Astral tampak begitu mengerunkan di mataku.Banyak mata yang memandang,membuatkan aku rasa nak pengsan sekarang ni jugak!
Lantas aku menyorok di belakang Astral,menjadikan dirinya sebagai tempat berlindung.Keselamatanku terasa bagai diancam.Sungguh...aku tak selesa.Rasa macam nak larikan diri saja ketika ini.
YOU ARE READING
The Cursed Elves
FantasiAku puteri Elf yang terbuang. Berambut biru dan bermata biru. Tinggal di pinggir kota. Berseorangan. Kesunyian. Dipinggirkan. Kononnya aku ini disumpah dan sebab itulah rupa parasku begini.Berbeza benar dari Elf yang lain. Hari ini aku berumur 24 ta...