Bab 32: Tracked By Someone

4K 322 47
                                    

Lycra POV:

Dating? Apa itu dating?

    Oh my goodness...

I have no idea right now! Ini kali pertama aku mendengarnya.

  Aku ada tanya Astral,apa itu maksud dating.Tetapi malang sekali,dia enggan untuk menjawab soalanku itu.Malah,boleh pulak dia mengajakku bersiar-siar di sekeliling kota :- dengan niat ingin menyuruh aku mencari jawapannya sendiri? Argh! Sakit otak aku.

Dan apabila aku cakap yang aku malas nak ikut dia,boleh pulak dia ugut aku?

    'Awak malas nak ikut? Okey.Maknanya,awak duduklah kat sini sorang-sorang tau? Biar awak sesat tak jumpa jalan balik.'

Astral kejam! Kejam! Kejam!

   Apa lagi yang aku boleh buat selain mengikutnya kehendaknya itu?

Walaupun rasa terpaksa,tetapi di saat Astral berjalan berpegangan tangan denganku...entah mengapa ada perasaan suka yang datang bertamu di hati.

   Adakah ini rasa bahagia?

"Lycra? Awak okey?" Soalan Astral itu,serta-merta menyentakkan aku dari lamunan yang memanjang.

   Terus saja aku menoleh ke arah sang jejaka di sisi.Kulihat,dia kini sedang berwajah hairan di sebalik hud yang di pakainya.Mungkin pelik mengapa aku asyik mengelamun sedari tadi.

"Nothing.Saya okey je."

   Mendengarkan balasanku itu,Astral mulai tersenyum.Kepalaku diusapnya lembut.

   "Baguslah kalau macam tu." Bicaranya,perlahan.

Gedebuk!

   "Aduh!"

Tanpa disangka,tiba-tiba bunyi sesuatu terjatuh menyapa cuping telinga kami berdua.

Perhatian Astral serta-merta terpancing ke arah bunyi tersebut.Wajahnya bertukar serius.Dia kemudiannya memanjangkan leher,memerhati sekeliling.Seolah-olah dirinya rasa terancam dengan sesuatu.

   "Kenapa Astral?" Aku yang tertanya-tanya,turut meliarkan pandangan.Tetapi tiada apa yang kelihatan mencurigakan di mataku.Yang hanya ada di situ hanyalah penduduk kampung yang lalu-lalang.

Dan..oh ya! Tak jauh dari tempatku berdiri kini,kelihatan ada beberapa kotak sayur yang terjatuh akibat pekerja-pekerjanya yang cuai.Habis bersepah sayur-sayur hijau itu di jalanan.

   "Haha! Ingatkan apa tadi,bunyi kotak rupanya." Ucapku,sedikit lucu.

"Tak.Bunyi yang kita terdengar tadi,bukannya bunyi kotak.Tapi tu bunyi sesuatu jatuh dan bunyi orang mengaduh sakit." Pintas Astral,serius.Dia kemudiannya memandangku dengan renungan tajam.

   "Hah? Jadi,apa maksudnya?" Aku agak tercengang.Peliknya.Apa kaitannya dengan bunyi sesuatu jatuh dan bunyi orang mengaduh sakit? Otak aku blank seketika.

   Diam.Astral langsung tidak menjawab soalanku itu.Wajahnya tampak sedikit gelisah.

"Nothing.Mari kita ke tempat lain." Dalihnya,pantas.

     Tanpa sepatah kata lagi,dia terus saja menarik tanganku ke destinasi yang lain.Aku yang terpinga-pinga,hanya mampu menuruti saja langkahnya itu.

  Adakah kami sedang di ekori seseorang? Tetapi siapa? Dan apa tujuannya?

   Namun begitu,persoalan demi persoalan yang datang membelenggu diriku kini,hanya dibiarkan sepi.

________________👑_________________

Bagaikan Deja Vu, Astral membawaku ke sebuah taman yang agak lapang.Tetapi kali ini ianya bukanlah taman bunga seperti tadi.Ia hanyalah sekadar taman biasa yang boleh dijadikan tempat sekeluarga meluangkan masa dan bersantai bersama-sama.

   "Astral.Awak memang sukakan taman ke?" Dugaku setelah kami duduk di bawah salah satu pokok rendang yang ada di situ.

"Yup! Saya betul-betul sukakan taman berbanding tempat yang lain.That's why saya bawak awak ke sini." Jawabnya berserta secangkir senyuman.Dia kemudiannya membaringkan diri diatas rumput yang menghijau itu dengan gaya selamba.

   "Oh.." Aku hanya terangguk-angguk mendengar jawapannya itu.

Suasana mulai bertukar sepi.. Masing-masing nampaknya sibuk melayani perasaan sendiri.

   "Lycra.Boleh pinjamkan riba awak sebentar?" Pinta Astral secara tiba-tiba.

   "Eh?!" Aku sedikit tersentak.Belum sempat aku berbuat apa-apa,dia sudahpun meletakkan kepalanya di atas ribaanku sebagai bantalnya.Mujurlah aku sedang bersimpuh.Kalau tak.. Aku sendiri pun tak tahu nak cakap apa.

   "Astral.. Apa awak ni? Janganlah tidur atas riba saya.." Ucapku,segan.Jantungku berdetak laju bagai nak mati.Nervous!

   Aku cuba untuk menolak kepalanya ke tepi.Namun begitu,Astral nampaknya tidak mahu berganjak sedikitpun.Degil.

  "Five minute please.. Just five minute.." Pintanya dengan mata yang terkatup rapat.Beberapa detik kemudian,dengkuran halusnya kedengaran.Tertidur,mungkin?

   Melihatkan wajah lena Astral kini,aku akhirnya tersenyum.Hah? Tersenyum? Ya.Aku tersenyum kerana dirinya.

  Walaupun aku masih tak dapat mengerti apa itu 'dating',tetapi aku agak suka apabila Astral meluangkan masa denganku seperti hari ini.Terasa bagaikan dunia hanyalah milik kami berdua.

Lama..

    Aku menatap lama wajah Astral.Saat berganti saat.Minit berganti minit.Di saat rambutnya yang berwarna biru gelap itu beralun dibuai angin,entah mengapa aku terasa seperti ingin membelainya.

Tapi...boleh ke?

    'Agak-agaknya,Astral marah tak kalau aku usap rambut dia?' Hatiku berkira-kira sendiri.

Maybe tak kut?

    Setelah berfikir masak-masak,aku akhirnya mengambil keputusan yang muktamad.Apa salahnya kalau aku usap rambutnya walau untuk sesaat? Bukan luak pun. Hehe..

   Baru saja aku ingin mengusap rambut Astral,di kala itu juga,tiba-tiba..

"Jangan bergerak!"

   ..beberapa orang pengawal yang berpakaian besi,datang mengepung aku dan Astral di dalam sebuah bulatan.Pedang mereka semua di hunuskan ke arahku,bagaikan aku ini seorang penjenayah.

  Aku hanya mampu terkaku di situ lantaran terlalu terkejut.

   What the heck?!

  Aku ada buat apa-apa yang salah ke sampai di perlakukan sebegini rupa? Nak sentuh rambut Astral pun salah ke? Dan siapa dorang semua ni?!

→to be continued...

____________________________________


Author words: Maaf kalau hambar ataupun terlalu byk merapu.Maaf sbb berbulan saya tak update.Dan maaf jugak kalau saya tak reply komen korang😭.(Saya takde idea nak balas apa.😱)Harap korang tak ambil hati. Gomennasai!

Apa-apa pun,saya nak cakap yang saya perlukan bantuan korang! SOS!

Untuk membantu saya update dgn lebih cepat,saya perlukan inspirasi.Dan bekalan inspirasi tu datang dari muzik!

Kalau korang tahu lagu Inggeris yang best-best dan rancak,boleh tak korang share tajuk lagu tu pada saya? Jasa baik anda sangatlah diperlukan! Thanks!

The Cursed ElvesWhere stories live. Discover now