Bab 28: Invited

4.1K 332 4
                                    

Lycra POV:

TOCK! TOCK! TOCK!

Rafael mengetuk pintu rumahnya untuk beberapa kali.Dia memperbetulkan sedikit dukungan Isav dibelakangnya sebelum dia mengeluh perlahan.

Si kecil itu nampaknya sudah tertidur.Mungkin kerana terlalu penat menangis agaknya.

"Mama! Rafael dah balik! Isav pun ada sekali!" Laung Rafael seraya mengetuk pintu.

Aku pula hanya memerhati gelagat Rafael itu dengan mulut yang terkunci rapat. Wajahnya aku tilik sedalam mungkin.Hmm...

Apa yang menghairankan aku kini adalah,mengapa rambutnya berwarna putih sedangkan anak matanya pula berwarna merah? Apakah dia ini bukan dari Puak Blues? Ke aku yang salah pandang?

"Mama! Cepatlah buka pintu! Orang penat ni. Dahlah orang lapar.." Rafael sudah mulai membebel di hadapan pintu kayu itu. Dia memuncungkan mulutnya dengan wajah cemberut.

"Sabar kejap! Mama datanglah ni!" Kedengaran satu suara merdu membalas dari dalam.

Kchackk!

Pintu akhirnya terbuka luas.

Kini terpacullah sesusuk tubuh seorang wanita cantik di sebalik muka pintu itu.Aku terkedu melihat wanita tersebut.Wajahnya putih berseri tanpa sebarang cela.Bibirnya terbentuk cantik.Lirikan matanya pula kelihatan agak mengoda.Rambut hitamnya ikal mayang.Sungguh aku tak percaya bahawa wanita itu adalah ibu Rafael! Dia nampak terlalu muda! Macam dalam lingkungan 20 tahun!

"Rafael sayang! Raf jumpa jugak Zera akhirnya! Puas mama cari adik kamu tu tapi tak jumpa-jumpa.Naik risau mama dibuatnya tau! Ingatkan dah diculik ke apa.Come here,my boy.. Come to mama." Ucap ibu Rafael bersama wajah risau.Terus saja dia mengambil Zera dari dukungan Rafael lalu mendukung si kecil itu dibahunya pula.

"Hah. Entahlah ma. Tadi Rafael pun dah merata tempat cari dia jugak.Tapi nasib baiklah Lycra terjumpa dengan Zera tadi.Mama... Dia nilah yang tolong Rafael carikan Zera.Nama dia,Lycra Elfrian." Ucap Rafael seraya memperkenalkan diriku kepada ibunya.

Aku dilanda janggal di saat ibu Rafael memandangku dengan mata yang tidak berkelip.Entah apalah yang aku harus cakapkan,aku sendiri pun tak tahu.Jadi aku ambil keputusan untuk mengukir senyuman hambar.

"Wah! Jadi nama kamu Lycra Elfrian ya? Sedapnya nama! Perkenalkan diri.Nama akak,Lady Autumn. Kamu boleh panggil saya,Kak Autumn." Bicara ibu Rafael di dalam nada gembira.Sebelah tapak tanganku dicapainya lalu digenggam,erat sekali.

Pakk!

Rafael terus saja menepuk dahi,mungkin sudah masak dengan perangai ibunya itu.Dia kemudiannya mengeluh perlahan.

Manakala aku pula,jujur aku cakap yang aku agak terpinga-pinga mendengar bicara wanita itu tadi. Aku hairan. Dia suruh aku memanggilnya dengan panggilan 'kakak'? Biar betik? Bukan ke aku patut panggil dia mak cik? Berapa umur wanita ni sebenarnya?

"Erm.. Baiklah,K-Kak Autumn." Tuturku dengan lidah yang terbelit-belit ketika ingin menyebut perkataan 'kak'.Sungguh aku rasa janggal sekarang. Namun begitu,senyuman hambar tadi masih lagi tak lekang di bibirku kini.

"Kyaaaa!" Tiba-tiba saja Lady Autumn menjerit suka.Dia terlompat-lompat keriangan di situ.

Hui! Tersentak aku dibuatnya! Err... Aku ada tercakap apa-apa yang salah ke? Kenapa tetiba aje dia menjerit?

"Ya Tuhan...! Cantiknya senyuman Lycra! Suara dia pun sedap! Mana kamu jumpa dia ni,Rafael?!" Sambung Lady Autumn dengan nada teruja. Dia kini memandang ke arah Rafael pula.

Mendengarkan pujian itu,aku jadi malu.Pipiku juga terasa panas. Mengapa orang di sini selalu mengatakan yang aku ni cantik sedangkan penduduk kampung Hazels pula cakap yang aku ni hodoh?

The Cursed ElvesWhere stories live. Discover now