(Keesokannya...)
Asrian POV:Sang suria mulai menyinari bumi.Bahangnya jelas terasa di pipi.Namun begitu,ia tetap tak mampu menganggu tidur lenaku.
Katil empuk yang sejuk...
Bilik yang diselindungi cahaya...
Dan suasana yang sunyi tanpa sebarang gangguan...
Ah! Semuanya buatkan aku senang hati untuk membuta walaupun hari sudah ingin menginjak ke petang.Aku ingin bermalas-malasan diatas katil.Well...tak selalunya kita dapat merasai saat seperti ini,bukan?
Ditambah lagi dengan ketiadaan Lycra di sini...
Dia takkan datang menyibuk ke istana ini lagi...
Malah,dengar suaranya pun aku sudah tak tak perlu!
Apatah lagi melihat mukanya!
Sebenarnya aku muak tengok Lycra.Aku benci! Betul-betul benci! Dia buatkan aku terkenangkan semula kesedihan lalu! Wajah Lycta betul-betul seiras bonda...cuma warna rambut dan mata saja yang membezakan mereka.Itu yang aku bencikan! Dia tak berhak mempunyai keirasan bonda!
Setiap kali Lycra berada di sisiku.
...aku akan teringat semula sejarah perit yang telah aku lalui..
...iaitu hari di mana hukuman bonda di jalankan.
Di saat kepala bonda dipancung....
...hatiku juga turut terpancung...!
Sedih.. Perit.. Hiba! Tiada yang mengerti perasanku! Ketika itu aku baru berumur 5 tahun! Malah apa yang paling melukai hatiku,hari itu adalah hari lahirku!
Hati aku terluka! Terlalu dalam untuk diukur! Terlalu parah hingga tiada penawarnya lagi!
Sejak hari kematian bonda itu,aku sudah hampa untuk tersenyum lagi.Hendak ketawa pun aku sudah tak mampu! Apatah lagi berbelas kasihan! Hati aku sudah mati! Mati bersama bonda!
Kerana itulah aku bencikan Lycra sejak kecil! Aku terlalu benci! Tersangatlah benci sehinggakan ia tak mampu diungkapkan dengan kata-kata!
Aku telah lama bersumpah..!
Aku akan buatkan hidup Lycra merana! Aku seronok melihat dia terseksa! Aku bahagia melihat kewarasan mentalnya terganggu! Aku gembira melihat dia merayu meminta simpati padaku!
Ya..aku mengaku yang aku ni sememangnya lelaki sadis.Aku memang kejam.Aku memang gila pun.So...what? Apa yang kau tak puas hati dengan aku,hah?
Krekkk...
Lamunan mindaku mati tatkala tiba-tiba saja katilku mengeluarkan bunyi berkeriut perlahan.Serentak dengan itu,aku juga dapat merasakan ada sesuatu yang berat sedang duduk di sebelahku.Aku sedar akan kehadirannya,namun aku langsung tak membuka mata.Hatiku tertanya-tanya, gerangan siapakah di sebelahku kini? Ayahanda? Zried? Ataupun...
..musuh?
Heh.Musuh?
Nak cuba bunuh aku masa aku tidur ke? Ceh. Lapuk betul.Tindakan yang sangat menyedihkan kerana aku sememangnya handal berlawan.Bila musuh bersemuka denganku,aku tak jamin mereka akan hidup..
Perlahan-lahan,tanganku menyelinap bawah bantal.Perbuatanku itu di senyapkan dan di perlahankan sebaik mungkin supaya 'makhluk' itu tidak sedar bahawa aku sudah terjaga.Pisau assassins yang terdapat di bawah bantal lantas digapaiku.Senyuman sinis mulai terukir di hati.
Ah.. Kini aku menunggu tindakan yang seterusnya.
Sekiranya 'makhluk' itu menyerangku terlebih dahulu,aku takkan teragak-agak untuk menikam badannya dengan pisau ini.Jikalau dia bukan musuh,aku akan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku.
YOU ARE READING
The Cursed Elves
FantasyAku puteri Elf yang terbuang. Berambut biru dan bermata biru. Tinggal di pinggir kota. Berseorangan. Kesunyian. Dipinggirkan. Kononnya aku ini disumpah dan sebab itulah rupa parasku begini.Berbeza benar dari Elf yang lain. Hari ini aku berumur 24 ta...