SAMBUNGAN BONUS 1...
2 hari kemudian...
Atavia merenung Elfrian yang sudah lengkap berpakaian kemas.Nampaknya,suaminya itu telah bersiap sedia untuk berangkat ke Dark Forrest hari ini. Atavia mengemam bibir. Wajahnya berkerut seribu. Hatinya gusar,risau seandainya Elfrian dapat mengetahui rahsianya nanti.
Perlahan-lahan Atavia datang merapati Elfrian.Kolar baju suaminya itu ditarik lalu dikemaskannya sedikit.Dia mendekatkan tubuhnya ke tubuh Elfrian.Lirikan matanya sengaja dibuat mengoda,membuatkan Elfrian cair untuk seketika.
"Sampainya hati kanda mahu tinggalkan dinda di sini. Nanti keseoranganlah dinda.Tidak bertemanlah dinda pada malam ini."Atavia bersuara rajuk dengan mulut yang memuncung.
Dia merapikan sedikit rambut serabai suaminya itu bersama wajah kelat. Sengaja dia membuat wajah begitu untuk membuatkan Elfrian rasa serba salah dan tak jadi pergi ke hutan Black Forrest itu.
Elfrian hanya tersenyum. Dia mengusap kasih sebelah pipi isteri kesayangannya itu.
"Maafkanlah kanda,sayang.Kanda ingin ke sana sekejap saja.Itu pun kerana ingin berjumpa penilik nasib terkemuka itu.Semua ini demi kebaikan anak kita juga nanti. Lagipun, kanda keluar bukannya untuk berfoya-foya dengan wanita lain.Dinda percayakan kanda sepenuh hati dinda,bukan? Ke...dinda cemburu? Takut suami dinda ini diculik orang?" Usik Elfrian bersama ketawa kecil.
Kini dia mengusap lembut perut Atavia pula.Dia cuba untuk memujuk isterinya yang berjauh hati itu...
Tetapi lain pula jadinya apabila wajah Atavia semakin memasam. Tangan Elfrian ditepis lembut.Dia lantas berpaling,membelakangi suaminya itu. Dirinya berpeluk tubuh.
"Mana ada dinda cemburu.Dinda memang betul-betul percayakan kanda,tahu tak? Tetapi apa yang dinda tak puas hatinya adalah,mengapa kanda mahu bawa Asrian bersama sekali? Nanti tak adelah teman untuk dinda berbual." Atavia mulai bersungut. Lebih tepat,dia cuba untuk mencari alasan lain untuk buatkan Elfrian tidak jadi ke sana.
"Haih..." Elfrian mengeluh perlahan. Dia terus saja datang merapati Atavia. Kedua-dua belah bahu isterinya itu dipegang.
"Atavia,dengar sini.Asrian dah makin besar. Anak kita tu cerdik orangnya.Dia dah tahu bezakan mana anak panah dan barang mainan. Apa salahnya kanda bawa dia ke sana? Alang-alang tu, bolehlah dia belajar teknik berburu.Boleh kan?"
Atavia masih memuncung.
"Tak boleh! Asrian tu kecil lagi.Umur dia baru aje 3 tahun.Asrian kena tinggal di sini, bersama dinda.Kalau kanda nak pergi, kanda pergilah.Tapi jangan bawa Asrian." Keputusan Atavia adalah muktamad.Sengaja dia bersuara rajuk.Sebenarnya dia tak ingin Elfrian mahupun Asrian pergi dari sini.
Dia tak mahu rahsianya terbongkar. Itu yang penting sekarang ni.
"Atavia... Janganlah macam ni.. Tolonglah.Sekali ni aje! Benarkanlah kanda dengan Asrian pergi. Please? Please? Please?" Rayu Elfrian seraya duduk berlutut dihadapan wanita itu.Kedua-dua belah tangan isterinya dicapai lalu dikucupnya bertalu-talu.
Atavia pula agak tersentak diperlakukan sedemikian rupa. Pipinya terus saja berona merah.Hatinya yang cuba dikeraskan tadi,perlahan-lahan mencair begitu sahaja.
"Haih..." Keluhan kecil kini terlepas dari bibir Atavia.Wajah Elfrian ditatapnya dengan mata yang berkaca-kaca.
"Baiklah...Dinda benarkan.Tapi kanda kena janji,jangan pergi lama-lama tau? Nanti dinda rindu..."
Mendengarkan persetujuan Atavia itu,Elfrian mulai tersenyum.
"Okey sayang! Kanda janji kanda akan pulang awal selepas semuanya selesai."
Elfrian dan Atavia berpelukan erat.Atavia terpaksa mengukir senyum - memeluk Elfrian seerat mungkin,seolah-olah itu kali terakhir dia akan dipeluk lelaki itu lagi.
Atavia pasrah.Biarlah rahsianya bocor kerana...
...dia sudah tidak mahu ambil peduli.
____________________________________
Author's note: Untuk info tambahan,Atavia adalah mak Lycra dan Elfrian adalah ayah Lycra. Setakat ni semua masih okey kan?😣 well.. Maaf kalau bab kali ni kurang menarik atau terlalu pendek. Author takde mood nak menulis.😁Bye bye!
YOU ARE READING
The Cursed Elves
FantasyAku puteri Elf yang terbuang. Berambut biru dan bermata biru. Tinggal di pinggir kota. Berseorangan. Kesunyian. Dipinggirkan. Kononnya aku ini disumpah dan sebab itulah rupa parasku begini.Berbeza benar dari Elf yang lain. Hari ini aku berumur 24 ta...