PROLOG

8.4K 203 3
                                    

WARNING !!!

Karya Mungkin Cinta ini terhasil daripada imaginasi saya sendiri. Anda dilarang menyalin, menterjemahankan karya ini ke bahasa lain tanpa izin saya. Jika anda didapati 'mencuri' hasil kerja saya, tindakan akan diambil. Sekiranya nama watak, nama tempat dan lain-lain sama dengan nama karya orang lain itu adalah kebetulan semata-semata.

Selamat membaca. Jangan lupa komen dan vote 😊😊😊 . Terima kasih.

________________

ADHA menggigit bibirnya sedikit kuat. Bila dia merasa sakit dia yakin dia tidak bermimpi. Apa yang dialaminya ini nyata dan bukan ilusinasi semata.

Adha mundar mandir di dalam bilik air. Resah tiba-tiba. Sekali lagi pregnancy kit yang dipegangnya itu dipandang. Positive. Dia positif mengandung. Bagaimana dia hendak beritahu Xafril? Mungkin lelaki itu sedang bergembira bersama dengan Diandra. Lagipun, dia bukan lagi isteri kepada Xafril.

'Tapi itukan anak dia.' Bisik satu suara.

Adha mengangguk. Anak yang dikandungnya ini adalah anak Xafril. Tapi mahukah Xafril mempercayainya? Tidakkah lelaki itu menuduhnya macam-macam nanti.

Adha melemparkan stick itu masuk ke dalam sinki sebelum berdiri dihadapan cermin sinki itu. Dia merenung wajahnya dalam-dalam. Patutkah dia beritahu Xafril? Atau patutkah dia diamkan saja hal ini.

Adha mengeluh sedikit berat. Dia buntu. Kalau dia beritahu Xafril pasti lelaki itu tidak lari daripada tanggungjawabnya. Dia kenal Xafril dah lama. Cuma Adha takut Xafril tidak mempercayai anak ini miliknya. Lagipun mereka bercerai dah masuk tiga bulan.

'Ya Allah, apa yang harus aku lakukan?'

Adha membuka pili sinki sebelum dia mencurahkan air ke wajahnya. Tidak apa, Adha. Kita boleh lakukan ini tanpa Xafril. Biarkan dia bahagia, fikir Adha.

Ya. Sebagai seorang sahabat, dia akan biarkan Xafril bahagia. Lelaki itu harus bahagia.

Mungkin CINTA ( SLOW UPDATES )Where stories live. Discover now