"LAMBAT Adha balik?" Tegur Puan Halima sebaik sahaja Adha membuka pintu daripada luar.
"Assalamualaikum. Mama tak tidur lagi?" Soal Adha. Matanya memandang jam dinding yang sudah menunjukkan angka 10.
"Waalaikumsalam. Macam mana mama nak tidur kalau anak dara tunggal mama ni tak balik lagi. Kenapa balik lewat sangat ni?" tanya Puan Halima bimbang. Dia bukan apa. Dia cuma risaukan keselamatan anaknya saja. Mak mana yang tidak risau jika anak dia tak balik-balik lagi. Tambah-tambah pula anaknya itu perempuan. Lagilah dia risau.
"Adha ada meeting lewat petang tadi dengan bos dan beberapa orang staf lain. Mama janganlah risau. Adha tahu jaga diri." ujar Adha sambil mendekati Puan Halima selesai dia mengunci gril dan pintu hadapan.
"Dah makan?" tanya Puan Halima lembut.
Adha menggeleng. "Adha lapar tapi Adha ngantuklah Ma."
"Dah, Adha naik mandi. Mama panaskan lauk. Adha tu ada gastrik, mana boleh skip meal," bebel Puan Halima lalu menghilang dari ruang tamu.
Adha hanya mengangguk lemah sebelum membawa langkah kakinya ke arah anak tangga. Dia masuk ke dalam biliknya sebelum membersihkan dirinya.
Setelah selesai, Adha turun ke ruang tamu. Namun kelibat mamanya todak kelihatan disitu lalu Adha bergerak menuju ke ruang dapur. Puan Halima tersenyum sebaik sahaja terpandang kelibat anaknya.
"Duduk sini," pelawa Puan Halima. Adha hanya menurut. Matanya memandang lauk pauk yang terhidang diatas meja.
"Banyaknya, ma. Gemuklah Adha kalau macam nie," komplain Adha sambil mengeruhkan sedikit wajahnya.
"Tak apalah gemuk. Adha tu pun bukannya cukup vitamin sangat. Kurus kering. Makan banyak sikit," ujar Puan Halima sambil mencedok nasi dan lauk ke dalam pinggan Adha.
Adha tarik muka empat belas. "Kurus kering? Mama, ini macam body Miranda Kerr tau. Kalau wanita-wanita diluar sana kalau tengok body Adha nie, mesti dorang jealous." kata Adha tidak mahu beralah.
"Alah, tak ada maknanya kurus tapi tak sihat. Apa susah. Kalau Adha gemuk Adha kahwin jelah dengan Xaf."
Tersedak nasi Adha apabila mendengar kata-kata mamanya itu. Cepat-cepat Puan Halima menghulurkan segelas air kepada anaknya.
"Apa pula sampai ke situ, ma?" Marah Adha dengan suara yang pelahan.
"Yalah. Kalau lelaki diluar sana tu dah tak nak dekat Adha sebab Adha gemuk, Adha kahwin je dengan Xaf."
Adha kembali menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Entah bagaimanalah mamanya boleh terfikir benda tu semua sedangkan dia langsung tak terfikir nak berkahwin dengan Xafril, kawan baik dia sendiri. Lagipun, Adha tu sedar dia bukanlah taste Xafril. Dia kenal Xafril dah lama, mestilah dia tahu.
"Mama, Xaf dan Dee hanya terpisah untuk sementara je tau. Tak ada maknanya Adha nak menyelit diantara mereka."
Puan Halima merenung wajah anaknya tanpa secalit mekap itu dalam-dalam. "Apa maksud Adha?" tanya Puan Halima ingin tahu.
"Dorang berpisah sebab dua-dua pun ego tak bertempat. Xaf masih sayangkan Dee cuma dia nak berusaha nak dapatkan kembali cinta dia. Bodoh budak tu," marah Adha. Dia memang marah betul dengan Xafril. Puas dia memujuk agar lelaki itu mendapatkan cintanya kembali namun hampa. Berbuih mulut Adha bercakap dengan Xafril tetapi hasil tak ada.
Puan Halima menampar lengan anaknya pelahan. "Apa pula cakap Xaf macam tu? Kalau dia dengar kecil hati dia."
"Biarkanlah dia, ma. Adha dah penat nasihat lelaki tu."
"Buat apa Xaf nak cari Dee sedangkan Dee yang batalkan pernikahan mereka?"
"Sebab Xaf pilih...." Sebab Xaf pilih Adha, ma. Ingin saja dia memberitahu mamanya hal yang sebenar. Tetapi dia masih ingat amanah Xafril. Rahsia itu tidak boleh sesiapa yang tahu melainkan mereka bertiga.
"Xaf pilih siapa?" tanya Puan Halima. Makin excited pula dia mendengar cerita perkahwinan Xafril yang terbatal.
Dia pun nak juga tahu apa yang menjadi punca Diandra menarik diri dari mengahwini Xafril. Dia berpendapat Diandra terlalu terburu-buru membuat keputusan.
Pada pandangan matanya, Xafril langsung tiada cacat celahnya. Handsome, kaya , berkerjaya dan berbudi bahasa. Tapi kenapa Diandra berbuat keputusan sedemikian rupa hingga sanggup mematahkan hati Xafril, lelaki yang mencintainya.
"Adha dah kenyanglah, ma." ujar Adha sambil bangun dari kerusi meja makan. Dia mengangkat pinggannya ke sinki lalu dibasuhnya.
"Xaf pilih siapa?" Soal Puan Halima. Adha dah mengelabah. Apasal la mulut ni gatal sangat nak buka cerita.
Adha menguap tiba-tiba. "Adha ngantuklah ma. Adha naik dulu ya. Selamat malam." Cepat-cepat Adha meninggalkan mamanya terkulat-kulat di ruang dapur.
Adha mengurut dada sebaik sahaja dia menutup pintu biliknya. "Selamat." katanya lalu menuju ke arah katil dan membaringkan tubuhnya yang keletihan disitu. Tidak sampai lima minit, dia pun terlena.
YOU ARE READING
Mungkin CINTA ( SLOW UPDATES )
Romance"They never planned to fall in love... but they did." | Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta . _______ "Adha, do me a favor? Marry me."- Kyle Xafril Lamaran Kyle Xafril yang selamba membuatkan jantung Nur Adha hampir terhenti. Mereka memulakan hubungan de...