BAB 17

1.3K 96 4
                                    

“ADHA tak nak.” Itu ayat yang keluar daripada mulut Puan Yusrina sewaktu Xafril melabuhkan punggungnya di sofa tunggal yang ada diruang tamu.

Xafril mendengus kecil. Dia dah agak benda ini akan terjadi. Dia dah agak Adha akan menolaknya. Dia dah agak sebarang kemungkinan dari Adha. Layakkah Xafril berkecil hati? Tidak.

“Adha dah bagitahu Xaff dia tak nak terima lamaran Xaff, kenapa Xaff memaksa? Mummy tak nak Mummy hilang Adha hanya sebab ni tau Xaff.”

“Xaff ikhlas nak ambil Adha sebagai isteri Xaff Mummy. Apa pun alasan Adha untuk menolak, Xaff tak peduli. Adha hanya akan jadi isteri Xaff, menantu Mummy. That is it!” tegas suara garau itu menegakkan pendiriannya.

Puan Yusrina sudah sedia maklum akan perangai anak lelakinya yang satu ini. Bila Xafril nakkan sesuatu, dia pasti akan dapatkan juga. Walau apa cara sekalipun. Tapi bila keinginan Xafril itu bersangkut paut dengan Adha, Puan Yusrina jadi tidak yakin. Xafril dan Adha tidak kurang degil mereka. Pantang beralah.

Memang Puan Yusrina nakkan Adha menjadi menantunya memandangkan dia sudah terlanjur sayang pada Adha tapi dalam masa yang sama dia takkan Adha hidup dalam keadaan berdukacita jika dia menerima lamaran anaknya itu nanti.

“Xaff, mummy rasa elok Xaff bincang dengan Adha baik-baik. Tapi kalau Adha dah tak nak Xaff tak boleh paksa dia...”

“Xaff boleh mummy!” Keras suara Xafril memintas cakap Puan Yusrina sambil melemparkan pandangan tajam Xafril ke arah mummynya itu.

“Xaff boleh.” Sedar akan ketelanjurannya, Xafril cepat-cepat membuang pandangan ke arah lain.

Bukan niat hatinya hendak berkurang ajar dengan mummynya tapi buat masa ini Xafril tidak berminat mendengar nasihat berunsurkan negatif. Dia tidak boleh terima jika ada orang nasihatkan dia untuk tidak terus memaksa Adha. Walau apapun terjadi, Adha tetap akan jadi miliknya.

“Xaff nak Mummy bincang dengan mama dan papa Adha. Kalau Xaff tak dapat Adha, Xaff tak berminat nak tamatkan zaman bujang Xaff dengan perempuan lain. Just so you know, mummy.”

Puan Yusrina hanya mampu menggelengkan kepala. Melihat Xafril bangkit dari sofa yang didudukinya tadi tak ada pun niat Puan Yusrina hendak menghalang.

Benak Puan Yusrina jadi binggung. Apa yang membuatkan Xafril nekad nak memperisterikan Adha? Xafril ada buat benda tak baik ke pada Adha? Hati tua miliknya mula dipagut rasa tak senang.

Xaff,.. Xaff...

♡•♡•♡

“ADHA mana?” soal Xafril pada Ikhmal.

“Adha tak turun hari ni. MC katanya.”

Xafril mengeluh lagi. Dia melabuhkam punggungnya di sofa yang tersedia khas dalam bilik pejabat Ikhmal itu.

“Kau kenapa Xaff? Ingatkan dah menghilang hampir dua minggu, balik sini dah tenang. Nampak teruk adalah aku tengok.”

Xafril memandang lurus kearah Ikhmal yang sedang berdiri sambil bersandar dimeja kerjanya.

“Apa kurangnya aku dan apa lebihnya Aiman tu, Mal?” Kecil suara Xafril menyoal. Sayu suara garau itu kedengaran pada halwa telinga Ikhmal.

“Soalan kau tu hanya Adha yang ada jawapannya.”

“Kau langsung tak membantulah Mal.”

Ikhmal hanya tergelak kecil.

“Apa kurangnya kau? Kau tak kurang apa Xaff. Kau kacak, kau baik, kau berharta dan yang penting kau lahir dari keluarga yang baik-baik. Aku kenal parents kau. Aku kenal kau.

Apa lebihnya Aiman? Well, itu aku tak tahu. Aku tak kenal dia sebagaimana Adha mengenali dia.  Bro, soal hati ni tak boleh nak dipaksa-paksa. Dah jelas-jelas Adha tak nak, kau tak boleh teruskan hasrat kau lagi. Nanti haru jadinya.”

“Aku tak nak pisang berbuah dua kali Mal.”

“Pisang apa pula ni? Cuba kau cerita dekat aku apa yang si Aiman Nazri tu dah buat pada Adha sampai kau musuhi dia macam ni sekali.”

Xafril menarik nafasnya pelahan sebelum kepalanya digeleng. Hal itu biarlah kekal menjadi rahsia diantara dia dan Aiman. Tapi Xafril tidak boleh janji sampai bila dia harus menutup aib lelaki yang hampir memusnahkan hidup Adha.

Hatinya sakit setiap kali Adha mengangkat Aiman sebagai lelaki terbaik dimatanya. Jika Xafril memberitahu Adha perkara sebenar masih mahukah Adha mengaku Aiman itu lelaki terbaik yang pernah hadir dalam hidupnya?

Xafril tahu kehadiran Aiman hanya sekadar untuk menguji. Menguji sedalam mana cinta yang pernah wujud dalam hati Adha. Xafril benci mengaku bahawa cinta dalam hati Adha untuk Aiman itu masih wujud.

Tidak! Sebagai orang yang bersahabat baik dengan Adha tidak mungkin dia membiarkan Adha dimiliki oleh lelaki yang busuk hatinya. Adha perlukan restunya sebagai sahabat jika Adha hendak teruskan perasaannya pada Aiman.

“Xaff...” panggil Ikhmal sedikit kuat hingga menyentak Xafril dari khayalannya.

“Amboi, kau! Jauh melamun.” Ujar Ikhmal menyindir.

“Aku tak melamunlah. Aku just fikir apa yang harus aku buat untuk dapatkan Adha. Aku sayang dia, bro.”

“Aku hanya mampu bagi kau nasihat, bro. Sama ada kau nak teruskan atau stop itu terpulang pada kau. Sebagai kawan yang rapat dengan kau dan Adha, aku hanya mampu mendoakan kebahagian korang berdua.”

“If I proceed, she's gonna hate me for the rest of her life, Mal.”

“Then stop.”

“I can't!”

“Beginilah. Cuba kau jumpa Adha. Bincang secara bersemuka. Kau kenal Adha lebih dari aku kenal dia. Kau tahu dia macam mana. Kau dah tahu macam mana nak handle marah dia. Nak takut apa, bro?”

“Kau rasa dia masih ada hati nak jumpa aku ke bro? Dah sah-sahlah dia tak nak jumpa aku sampai sanggup ambil MC. Sebab dia tahu, hari ini aku ada disini.”

Ikhmal menggeleng. “Tak baik fikir bukan-bukan tau. Siapa tahu Adha memang tak sihat? Alah, kau tak payahlah marah dia. Kau juga yang buat dia tak sihat, kan.” Sindir Ikhmal lagi.

Xafril rasa nak marah pada rakannya itu tetapi dia dah tak larat. Kekusutan kepalanya masih belum juga terlerai.

Adha. Adha. Adha.

Hanya nama Adha yang berlegar di dalam kepala Xafril saat ini. Hanya Adha saja yang mampu mengucar-kacirkan ketenangan mindanya.

Nur Adha! Hanya dia.

-------------

New entry setelah sekian lama 😝😝

Please vote , share with your friends and follow me 😘😍

Mungkin CINTA ( SLOW UPDATES )Where stories live. Discover now