BAB 3

4K 140 1
                                    

DUA BULAN KEMUDIAN....

"Adha," panggil Puan Halima dari tingkat bawah. Adha yang baru selesai mandi terus mendekati pintu lalu dikuaknya sedikit.

"Kejap lagi Adha turun. Adha baru siap mandi nie," sahut Adha lalu menutup pintu biliknya semula.

Dia menuju ke arah almari pakaiannya lalu mengeluarkan seluar jean dan sehelai t-shirt longgar berwarna hitam. Hari ini dia bercadang hendak membawa mamanya membeli barangan dapur sementara dia masih bercuti.

Selesai berdandan ala kadar, Adha terus keluar dari biliknya dengan beg tangan sudah tersangkut dibahu kirinya.

"Mama, jom."

Langkah Adha terhenti di anak tangga terakhir apabila matanya menangkap batang tubuh yang sudah dua bulan tidak dilihatnya.

"What are you doing here?" Soal Adha. Bukan kurang senang cuma dia terkejut melihat Xafril tiba-tiba muncul di dalam rumahnya.

"Dah habis merajuk?" Soalan Adha dijawab dengan soalan oleh Xafril.

"Bila masa pula saya merajuk dengan awak?" nafi Adha.

"Merajuklah tu kalau I call you tak angkat, I mesej pun you tak balas, outstation dekat JB pun tak beritahu. Dua bulan tau you merajuk dengan I, sudah-sudahlah tu." ujar Xafril selamba.

Adha menjeling. Matanya melilau mencari kelibat mamanya namun tiada.

"Mama dekat dapur tu." Beritahu Xafril.

"Well, thanks." Adha menolak tubuh Xafril yang menghalang jalannya ke dapur.

"I missed you, bestfriend." Luah Xafril namun tidak dilayan oleh Adha.

"Mama, jomlah." ajak Adha. Entah apa yang mamanya sibukkan di dapur ini, Adha pun tak tahu.

"Kejaplah. Tu Xaf datang tu kan."

"Biarkanlah dia mama." Ujar Adha sedikit kuat. Sengaja dia mahu Xafril mendengarnya. Adha menjengukkan kepalanya sedikit di pintu dapur.

"You're not invited man." Kata Adha membuatkan Xafril ketawa. Puan Halima menampar bahu anaknya sedikit kuat.

"Tak baik tahu halau Xaf macam tu," marah Puan Halima sambil keluar dari ruang dapur lalu melangkah ke ruang tamu sambil mengangkat dulang berisi teko, cawan dan sepinggan kuih muih.

Adha berdiri dihadapan pintu dapur sambil memeluk tubuhnya. Dia perhatikan saja gelagat mamanya melayan Xafril. Memanglah Xafril pun dah diterima sebagai sebahagian daripada keluarga mereka sebagaimana dia diterima oleh keluarga lelaki itu. Tapi sekarang ini Adha sedang melancarkan perang, mana boleh mamanya melayan 'musuh' dengan sebaik itu.

"Mama tak payah ikutlah. Biar Adha keluar sendiri aje," ujar Adha sambil melangkah ke pintu hadapan.

"Adha, apasal buat perangai macam ni?" tegur Puan Halima lembut.

Adha buat muka. "Mamalah..."

"Kenapa dengan Mama?" Soal Puan Halima.

"Adha nak keluar sekarang. Kalau mama nak sembang dengan Xaf, mama sembanglah. Biar Adha shopping sendiri." Rajuk Adha.

"Mama pergilah. Nanti kang merajuk lagi, takut pula Xaf dia pindah ke luar negara." Ujar Xafril bersahaja membuatkan Puan Halima tergelak.

"La, jadi ini kes merajuklah ni?" tanya Puan Halima dengan gelak yang masih bersisa.

"Bingo!" Xafril memetik jarinya sambil ketawa berdehek-dehek.

Amboi, sukalah tu kenakan aku! Kau tunggu Xaf.

"Tak jadilah keluar." Kata Adha sambil melangkah masuk ke dalam rumah lalu naik ke tingkat atas sambil menghentakkan kakinya tanda protes.

"Maafkanlah Adha tu, Xaf. Budak tu memang macam tu."

"Tak apa mama. Xaf dah kenal dah siapa Adha tu."

Puan Halima senyum. Alangkah baiknya jika Xafril menjadi menantunya. Tapi hasrat itu dibiarkannya berkubur apabila dia menyedari hubungan Adha dan Xafril tidak lebih dari seorang kawan. Mereka hanya berkawan tapi mesra.

★☆★

XAFRIL tersenyum apabila dia melihat nama Adha di skrin telefonnya. Sengaja panggilan gadis itu dibiarkan. Setelah kali ketiga gadis itu mencuba, barulah Xafril menjawab panggilan Adha.

"Nak apa?"

"Nak apa? Awak lupa ke apa yang saya cakap dulu. Don't talk to me before you find Dee, kan? So, apa dah jadi? Awak dah jumpa Dee ke?"

"Adha, you nie overreact la. Kan I dah cakap antara I dan Dee dah over. We're finished. Understand?"

Adha mengeluh dihujung talian. "Saya masih tak tenang, Xaf."

"That's my decision, Adha. Bukan salah you pun. Dee kalau betul dia sayangkan I, dia takkan minta I untuk memilih."

"Awak lupa ke awak cintakan Dee sepenuh hati awak?"

"No. But Dee left me no choice. I sayangkan you dan I cintakan Dee tapi bila dia minta I untuk memilih, of course I pilih you. It's was you come after my family, Adha."

Adha menarik nafas sebelum menghembusnya pelahan. Dia tersentuh dengan kata-kata Xafril. Tapi dalam masa yang sama, Adha tidak rasa itu adil untuk Diandra.

"Awak tak rasa awak selfish ke Xaf?"

Xafril menggeleng. "Tak."

"Kalau saya kahwin dulu, awak boleh terima Dee ke? Saya yakin mungkin lepas saya berkahwin Dee dah tak insecure lagi."

Diam. Tiada jawapan dari Xafril dihujung talian.

"Xaf..."

"Oh, sorry. Apa you cakap?"

Adha mendengus. Ini mesti lelaki itu tidak dengar apa yang dia cakapkan tadi. Xaf, Xaf....

"Saya cakap, ada baiknya saya kahwin dulu dari awak. Mungkin lepas tu Dee dah tak insecure lagi."

"Dah ada calon ke?" Soal Xafril. Entah mengapa soalan itu kedengaran sedikit dingin pada halwa telinga Adha. Perasaan aku je kot, Adha cuba menyedapkan hatinya.

"Calon tu ada cuma dorang aje tak tahu dorang tu calon aku," jawab Adha berseloroh namun tiada balasan dari Xafril. Sebaliknya dia hanya berdiam. Selalunya bukan main lagi gelakkan orang.

"Siapa?"

Adha dah semakin pelik. Satu per satu persoalan Xafril membuatkan Adha jadi pelik. Dulu, Adha yang selalu beritahu Xafril tanpa satu pun soalan keluar daripada mulut lelaki itu. Tapi kini? Adha pelik. Apa kena dengan sahabatnya itu?

"Xaf, are you okay?" tanya Adha.

"I'm fine. Okaylah Adha, I dah ngantuklah. Nanti kita sambung lagi ya. Good night. Sweet dream." Ucap Xafril sebelum menamatkan panggilan.

Adha masih binggung dengan kelakuan Xafril. Sepanjang perkenalan mereka Xafril tidak pernah bersikap sedemikian rupa. Malah Xafril adalah seorang lelaki yang suka merahsiakan perasaannya. Tapi hari ini...

'What's wrong with him?'

Mungkin CINTA ( SLOW UPDATES )Where stories live. Discover now