BAB 11

3K 124 4
                                    

( FIRST DRAFT - UNEDITED )

★☆★

ADHA, kenapa dengan encik Xafril dan encik Aiman tu?” tanya Fatin pada Adha sebaik sahaja kaki Adha selamat terpasak di depannya.

Adha menoleh ke belakang. Dia memandang ke arah sekumpulan lelaki kacak yang ditinggalkannya tadi. Jika dilihat pada mata kasar Adha boleh mengagak sendiri bahawa kumpulan itu sedang ada berlaku ketegangan memandangkan Ikhmal kini berdiri di antara Xafril dan Aiman. Posisi tubuh Ikhmal sedang membelakangi Aiman sementara tangan kanannya melekap di dada Xafril. Dia seperti sedang menghalang Xafril dari berbuat sesuatu pada Aiman.

Maigad!! Xaf buat apa ni? Cerita dah lepas beberapa tahun kut takkan Xafril masih berdendam dengan Aiman. Inilah punca kenapa Adha enggan berterus terang pada Xafril tentang Aiman sebelum ini. Inilah jadinya.

Adha baru hendak mengelak daripada Aiman. Dia fikir Xafril dah tidak ambil pusing tentang masalahnya dan Aiman yang sudah tertinggal jauh dibelakang. Tapi sayang, Adha silap rupanya. Xafril masih lagi menyimpan marah terhadap Aiman.

“Xaf la ni. You tunggu sini, I nak check apa masalah dorang tu. Dah ramai sangat orang kut dekat sini, buat malu pula kalau dorang bertumbuk,” omel  Adha pelahan sambil menyusun langkah mendekati kumpulan tiga lelaki kacak ini.

“What in the world is going on here?” tanya Adha. Matanya memandang satu demi satu wajah kacak di hadapannya.

Xafril terus menepis tangan Ikhmal di dadanya sebelum membetulkan tuxedo yang dipakainya dengan kasar. Wajahnya ketat dan merah. Xaf marah Aiman ke? Kenapa? Fikir Adha dalam hati.

“Adha tolong bawa Xafril bersama awak. Nampaknya, mereka berdua tak boleh duduk semeja.” kata Ikhmal lalu berdiri disebelah Aiman.

Dahi Adha berkerut. “What's going on? Xaf?” Adha menagih jawapan Xafril.

“Kau dengar sini, ini adalah projek terakhir kau bersama Ikhmal & Co.. Lepas ni aku tak nak tengok muka kau berlegar-legar depan muka aku!” ujar Xafril keras dan kasar. Syukurlah nada suara yang dilontarkan oleh Xafril agak pelahan walaupun ianya cukup jelas pada pendengaran mereka bertiga.

“Xaf!? Dia klien Ikhmal & Co., okey. Tolong hormat dia. Tuan, please say something,” pinta Adha pada Ikhmal yang hanya diam ketika Xafril mengancam klien syarikatnya.

“You nak I hormat dia sebagai klien Ikhmal & Co.?”

Adha mengangguk.

“Then you should respect me as the owner of Ikhmal & Co.!”

Bebola mata Adha mengecil memandang Xafril dan Ikhmal silih berganti. Pertelingkahan yang kononya Adha nak selesai kini jadi masalahnya dan Xafril.

What?!”

Ikhmal membasahkan bibirnya sebelum bersuara. “Xafril adalah pemegang saham terbesar syarikat Ikhmal & Co. dan itu membolehkan Xafril diangkat sebagai bos kepada kita semua.”

Adha tergelak kecil sambil membuang pandangannya ke arah lain. Jadi selama ini Xafril bos dialah? Wow, so creepy!

“Boss? My boss?”

“Our boss.” tekan Ikhmal.

Adha angguk-anggukkan kepalanya. Dia dah tak tahu nak cakap apa. Dia kebuntuan idea untuk bertanyakan soalan kenapa Xafril harus merahsiakan hal ini dari dia. Why?

Adha menarik nafas panjang. Dia kalih memandang Aiman.

“I'm so sorry about this mess encik Aiman. It's not gonna happen next time.” ujar Adha lembut pada Aiman.

Mungkin CINTA ( SLOW UPDATES )Where stories live. Discover now