"ASSALAMUALAIKUM."
Xafril mengangkat wajahnya dan tersenyum. "Waalaikumsalam." Jawabnya sambil mempelawa Adha duduk.
"Nasi kandar, Xaf?" Soal Adha pelik sambil menarik kerusi bertentang dengan Xafril.
Xafril mengangguk. "Kenapa?"
"Bukan awak tak suka ke makanan 'pelik' macam tu?" Sindir Adha.
"Nak jugalah try. Bukan you suka makan nasi kandar ke?"
"Saya memang suka. Cuma awak tu. What happened to your Western Food?"
"Nothing's happened. Cuma hari nie nak pula cuba makan nasi kandar. I dah order untuk kita tau."
"Thank you. So, business apa yang kita nak bincangkan nie?"
"What business?" Soal Xafril seperti orang binggung.
"Hey, bukan kita jumpa ni nak bincang pasal business ke?" tanya Adha juga kebinggungan.
"Taklah. Sekarang ni kan you dah jadi orang yang busy, so kata PA you I patut buat appointment untuk jumpa you. So, I buat jelah."
Adha mencapai buku menu yang terletak diatas meja lalu mengetuk kepala Xafril dengan buku menu itu.
"Apa ni?" tanya Xafril pura-pura marah sambil membetulkan rambutnya yang konon-kononnya rosak dek ketukan menu tadi.
Adha menjeling tajam. "Lagi satu, macam mana awak boleh berkawan dengan Tuan Ikhmal? Kenapa saya tak tahu?"
"Oh, Ikhmal..."
"Oh, Ikhmal? That's it?"
"Kita kan orang business, so kenal gitu-gitu ajelah." ujar Xafril. Tapi entah mengapa Adha rasa ada sesuatu yang disembunyikan oleh Xafril daripadanya.
"Kenapa saya rasa awak tak beritahu saya perkara yang sebenar ya?"
Xafril mengangkat bahunya. "Terpulanglah Adha."
"I thought you were my friend, kenapa sekarang nak berahsia pula?"
"Sebab I dah beritahu you jawapan yang you nak."
"You dah banyak berubahlah, Xaf. Sejak Dee pergi dari hidup awak, awak dah jadi orang lain. Dah bukan Xaf yang saya kenal dulu." ujar Adha. Matanya tidak lepas dari memandang wajah kacak Xafril.
Xafril seorang lelaki yang dikira sempurna. Dia seorang lelaki yang good looking, berkerjaya dan mempunyai latar belakang keluarga yang berharta.
Adha bertuah kerana Xafril memilih dirinya untuk jadi sahabat terakrab Xafril. Xafril seorang sahabat yang bertanggungjawab, sentiasa melindunginya dan sentiasa ada dikala dia memerlukan seorang teman. Namun, semua yang ada pada lelaki itu belum cukup untuk membuatkan Adha jatuh hati kepadanya. Bagi Adha, Xafril tidak lebih dari seorang sahabat. Dia yakin Xafril rasa benda yang sama.
"Adha, stop. I nak makan nie kan?"
"Awak masih tak boleh lupakan Dee, Xaf. Kenapa awak tak nak cari dia? Kalau saya yang jadi masalah, saya akan pergi."
"If you dare to leave me, I'll kill you Adha." Kata Xafril. Nada suaranya ditahan.
Adha tersenyum lemah. Dia tahu Xafril marah. Dari mata lelaki itu saja sudah jelas api kemarahannya sedang membakar.
"I won't. I will never ever leave you, Xaf."
***
XAFRIL menghempas tubuhnya di sofa sebaik sahaja dia tiba di apartmennya. Xafril meletakkan lengan diatas dahinya. Entah apa yang membuatkan dia berani mengugut Adha sebegitu rupa. Dia tidak berniat hendak menakutkan Adha cuma entah mengapa ayat itu tergelincir keluar dari mulutnya.
Dari riak wajah Adha, Xafril yakin Adha tidak terkesan dengan ugutan itu. Sejak mereka mula berkawan mereka sudah biasa bergurau kasar. Separuh hati Xafril tidak memaksudkan ugutannya itu namun separuh hatinya nekad untuk berbuat demikian sekiranya Adha keluar daripada hidupnya.
"Arrghhhhh!!!!!" Jerit Xafril kuat. Dia duduk sebelum rambutnya diramas kasar.
Xafril keliru dan frust. Bila Diandra meninggalkan dia, dia langsung tidak terkesan walhal Diandra adalah wanita yang dicintainya. Tetapi bila Adha menyatakan untuk meninggalkannya, Xafril seakan tidak boleh terima. Bermakna sangatkah Adha dalam hidupnya? Adakah Adha lebih daripada seorang sahabat dalam hidupnya?
'Tidak, Xafril! Kau cuma marahkan dia sebab kerana dia kau tak pertahankan Dee.' Bisik separuh hati Xafril.
'Dee yang bersalah, Xaf sebab dia nak kau memilih dan kau pilih Adha. Adha adalah gadis yang tersangat mustahil untuk membiarkan kau terluka.'
"Diamlah!!!" Jerkah Xafril seakan-akan ada orang dihadapannya.
Ya. Adha tidak pernah membiarkan dirinya terluka. Malah Adhalah yang memberikan dia semangat dan dorongan ketika dia mengambil keputusan hendak mengahwini Diandra dulu. Gadis itu rela buat apa saja asalkan dia gembira.
Xafril mendengus. Dia meraba kocek seluar yang dipakainya lalu mengeluarkan telefon bimbitnya. Nombor telefon Ikhmal didailnya.
"Are you free tonight?" Soal Xafril sebaik sahaja Ikhmal menjawab panggilannya.
"Aku tengah meeting dengan staf-staf aku nie. I'll call you back."
"Adha still there?"
"Of course, she's my favourite staff."
"Okay. Call me later." Xafril menamatkan panggilan. Dia membaringkan tubuhnya kembali sebelum terlelap disitu.
****
"Okay, kita berhenti disini. Hari pun dah lewat." kata Ikhmal sambil mengerling jam tangan dilengan kanannya.
"Thank God. I'm so tired," rungut Salma namun hanya kedengaran ditelinga Adha. Adha hanya tersenyum.
"Adha," panggil Ikhmal apabila tangan kanan Adha sudah menarik tombol pintu. Adha berpaling.
"Ya, tuan?"
Ikhmal berkira-kira hendak membelanja Adha makan malam apabila Ikhmal teringat janjinya pada Xafril dia terus menggeleng.
"Tak ada apalah. Drive carefully," pesan Ikhmal prihatin.
Adha mengangguk. "Inshaa Allah, tuan. Tuan pun hati-hati drive nanti."
Ikhmal mengangguk. Matanya hanya mampu menghantar Adha keluar daripada bilik mesyuarat itu. Sebaik sahaja tersedar dari kelekaannya, dia terus mencapai telefonnya di atas meja mesyuarat lalu menghubungi Xafril.
"Jumpa tempat biasa." Katanya ringkas lalu menamatkan panggilan. Dia pun mengemas dokumen-dokumennya lalu keluar dari bilik mesyuarat itu.
YOU ARE READING
Mungkin CINTA ( SLOW UPDATES )
عاطفية"They never planned to fall in love... but they did." | Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta . _______ "Adha, do me a favor? Marry me."- Kyle Xafril Lamaran Kyle Xafril yang selamba membuatkan jantung Nur Adha hampir terhenti. Mereka memulakan hubungan de...