XAFRIL baru keluar dari kereta Audi A6 miliknya apabila dia terpandang Ikhmal sedang duduk membelakanginya di sebuah meja dihadapan restoran yang diberi nama Khadijah Katering. Pelahan dia mengatur langkah mendekati Ikhmal.
"Hey, bro. Dah lama kau sampai?" tanpa pelawaan Xafril terus menarik kerusi bertentangan dengan Ikhmal.
"Baru je."
Xafril mengangguk.
"Kau ada problem ke bro?" Soal Ikhmal.
"Tak adalah. Saja nak lepak dengan kau. Kita bukannya boleh berjumpa kerap sangat, aku takut Adha suspek hubungan aku dengan syarikat tu."
"Itu satu hal. Apa masalahnya kalau Adha tahu kau tu bos dia? Kenapa nak sorok?"
"Dia tu kawan aku, Ikhmal. Macam kau. Kami tak pernah berahsia tau tapi sejak kebelakangan ni, aku yang banyak berahsia dengan dia. Bila dia dapat tahu kau kawan aku pun aku dah boleh tahu dia terasa hati. Apalagi kalau dia tahu aku second boss dia."
Ikhmal menggaru kepalanya yang tiba-tiba seperti ada kelimumur bersarang disitu. Apalah Xafril ni. Benda senang pun nak dirumitkan. Apa salahnya kalau dia beritahu Adha bahawa dia adalah silent partner di syarikat Ikhmal & Co. . Lagipun Adha bukanlah orang yang susah diajak berbincang. Cuma Xafril saja yang tidak berani berterus terang.
"Kau nak aku beritahu dia ke?"
Pantas Xafril menggeleng. "Tak payah. Biar aku sendiri beritahu dia."
"Apasal kau takut sangat? Kau buat Adha tu macam kekasih kau tau. Hey bro, dia kawan kau ajelah. Aku yakin Adha tak kisah."
Xafril terkedu. Dia seakan disimbah dengan air sejuk dari kutub utara apabila Ikhmal berkata begitu. Yakah aku buat Adha macam kekasih aku? Fikir Xafril.
"Amboi, kasar gurauan kau bro," sinis Xafril berkata. Ikhmal hanya mampu ketawa.
"Yalah. Kau belum cuba beritahu Adha kau dah fikir bukan-bukan. Adha tu okeylah. Dia sedang diajak berbincang. Sebab tulah dia jadi staf favourite aku."
Xafril memandang Ikhmal dengan pandangan yang tajam. "Kau tak cuba tackle dia, kan?"
"Apa salahnya kalau aku tackle dia? Dia single aku pun single. Yang tak single kau aje."
"Aku single la."
"Ya. Secara teknikal kau memang single tapi hati kau dah ada Dee."
Wajah Xafril menjadi mendung tiba-tiba. Lepak dengan Ikhmal, nama Diandra disebut. Lepak dengan Adha, nama Diandra juga dipetik. Dorang tak bosan ke asyik sebut nama Diandra saja. Xafril rimas.
"Jangan petik nama Dee lagi boleh tak?"
"Why? Dah move on. Cepatnya bro. Baru dua bulan kot korang broke up."
Xafril menjeling. Dia tidak rasa dia mahu jawab soalan Ikhmal itu.
"Oh my God, do you love her?" Soal Ikhmal dengan nada suara sedikit meninggi membuatkan bahu Xafril tersentak sedikit.
"Dee?"
Ikhmal menggeleng. "Adha."
"Hell, no!" nafi Xafril sekeras-kerasnya.
"I know you longer than Adha know you, bro. You fall in love with her. How?" tanya Ikhmal tidak percaya. Patutlah senang saja dia buat keputusan bila Diandra nekad untuk membatalkan perkahwinan mereka. Rupanya...
Ikhmal ketawa terbahak-bahak hingga menyebabkan wajah Xafril berubah jadi merah padam. Malu barangkali. Sebab Ikhmal caught him red handed.
"Lower your voice."
Ikhmal memegang perutnya yang sakit dek terlalu ketawa. Dia cuba mengawal kegelian hatinya namun payah.
"Aku baru niat nak tackle Adha, bro. Serius cakap. Tapi dah hati kau sangkut, aku rela lepaskan Adha demi kau," ujar Ikhmal berpura-pura sedih.
"Aku tak suka dia macam yang kau fikirlah bro. Aku sayang dia macam kawan."
"Hey, listen here. Kau tak fikir ke kenapa kau pilih Adha over Dee? Kau cintakan Dee tapi kau sanggup cancelkan wedding korang sebab Adha. Walaupun hakikatnya Adha tak suka dengan keputusan kau, kan?"
Ya. Xafril bersetuju dengan kata-kata Ikhmal itu tetapi itu tidak semestinya dia buat semua itu sebab cintakan Adha. Mana mungkin.
"Let me tell you, bro. Cinta kau bertepuk sebelah tangan. Aku tak rasa Adha cintakan kau. Dia tak sayang kau lebih dari seorang sahabat. Berita buruk untuk kau." Ujar Ikhmal seakan mengejek Xafril.
Serta merta wajah Xafril berubah. Adha ada jumpa sesiapa ke tanpa pengetahuan dia? Ke Adha pun dah mula berahsia seperti dia?
"Adha ada jumpa orang lain ke?" Soal Xafril dengan nada suara tenggelam timbul.
"Adha dah mula berahsia dengan kau ke?" Soal Ikhmal pula. Saja mahu main tarik tali dengan Xafril.
Xafril menjeling sebelum diam seribu bahasa. Malas dia mahu main tarik tali dengan Ikhmal. Ikhmal nie bukan nak tolong leraikan kekusutan dikepalanya tetapi makin membuatkan kepalanya sakit.
"Masa korang di U dulu, Adha memang tak ada teman lelaki ke? Jangan cakap Adha tak laku."
Xafril tersenyum kecil. Mana mungkin Adha tak laku. Adha adalah seorang mahasiswa yang sangat dikehendaki oleh hampir semua mahasiswa di Universiti Putra Malaysia sehingga dia terpaksa menjadi bodyguard tidak berbayar untuk Adha.
Tapi ada seorang mahasiswa senior yang berjaya menarik minat Adha. Mengingati hal itu saja sudah cukup membuatkan Xafril kurang senang. Dia tidak suka mengingati kenangan itu. Dia tidak suka sebab Adha boleh dikira obses terhadap lelaki itu. Setelah lelaki itu menamatkan pengajian barulah Xafril berasa dia mendapat kembali sahabatnya.
Ikhmal menggoyangkan tapak tangannya ke kiri dan ke kanan apabila Xafril tidak menjawab soalannya dan lelaki itu seperti sedang termenung.
"What are you thinking?" tanya Ikhmal sebaik sahaja Xafril kembali ke alam nyata.
"Nothing. The past recalled. Adha ada banyak peminat masa dekat U dulu. Guess what."
"What?"
"Satu pun Adha tak layan."
"Seriously?"
Xafril menggangguk.
"Habis tu dia spent time dengan kau ajelah?"
"Yup!"
"Tapi kenapa Adha tak jatuh cinta pada kau?"
Ikhmal ketawa terbahak-bahak apabila Xafril menayangkan riak wajah yang tak berapa handsome. Xafril hanya mampu menggeleng. Dia lupa dia ada kawan kepala masuk air.
________
________Maaf buat anda tertunggu for the next chapters . Busy sangat minggu nie , tak dapat nak update chapter .
Nanti sis kongsi characters yang sis gambarkan untuk watak-watak dalam cerita . Sis tak jumpa lagi sebenarnya yang sesuai dengan cita rasa sis untuk watak Xafril dan Adha 😀😀😀
Do vote , comment and follow me .
YOU ARE READING
Mungkin CINTA ( SLOW UPDATES )
Romance"They never planned to fall in love... but they did." | Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta . _______ "Adha, do me a favor? Marry me."- Kyle Xafril Lamaran Kyle Xafril yang selamba membuatkan jantung Nur Adha hampir terhenti. Mereka memulakan hubungan de...