FIRST DRAFT . PLEASE UNDERSTAND THE ERRORS .
______XAFRIL mendengus hebat. Semua kerja yang dilakukannya semua tidak menjadi. Kepalanya serabut. Dia fikir jika dia berada jauh dari kesibukkan kota raya bolehlah dia berfikir dengan betul tapi malangnya tak.
Kotak hitam kepalanya penuh dengan imej Adha. Dimana saja dia pergi pasti dia melihat Adha dimana-mana.
Xafril berasa serba salah terhadap Adha. Dia langsung tidak menghubungi Adha selepas malam charity hari itu berakhir. Dia binggung. Betulkah dia cintakan Adha seperti mana yang Ikhmal katakan pada dia? Tapi bolehkah Adha terima cinta dia jika benar rasa yang ada dalam dirinya untuk Adha lebih daripada rasa seorang sahabat?
Xafril menutup komputer ribanya sebelum dia bangkit dari kerusi kerjanya. Kakinya pantas dibawa ke arah balkoni hotel yang telah menjadi kediamannya selama hampir sepuluh hari itu. Dia tidak boleh fokus pada kerjanya jika otaknya masih dalam keadaan serabut.
Xafril teringat kembali perbualannya bersama mummynya minggu lepas. Minggu sebelum dia mengambil keputusan untuk membawa diri ke Genting Highland, jauh dari Nur Adha.
♡•♡•♡
“APA pendapat mummy kalau Xaf dan Adha berkahwin?” cetus Xafril tiba-tiba setelah lama dia berdiam diri di ruang tamu rumah agam itu.
Puan Yusrina memandang anaknya dengan riak wajah yang serius. “Are you serious?”
Xafril mengangguk.
Puan Yusrina tergelak suka. “Of course mummy setuju lima ratus peratus. You know what Xaf, masa Xaf ambil keputusan nak kahwin dengan Dee mummy langsung tak suka.” kata Puan Yusrina jujur.
Xafril diam tidak menjawab. Dia tahu mummynya tidak suka Diandra menjadi menantu dalam keluarga mereka tetapi kerana terlalu sayangkan anak, Puan Yusrina turutkan saja kemahuan Xafril.
Xafril fikir jika dia berkahwin dengan Diandra dia mampu menafikan perasaan sayangnya terhadap Adha tapi tidak. Malah perasaan itu semakin hari semakin kuat hingga membuatkan Xafril tidak betah jika Adha menyebut nama Aiman di depannya.
“Hoi!” sergah Puan Yusrina seraya menepuk paha anaknya kuat. Xafril tersentak. Wajah awet muda milik mummynya dipandang dengan riak tidak puas hati.
“Apa? Mummy bercakap langsung tak dengar ya?” marah Puan Yusrina.
“Mummy cakap apa?”
“Bila Xaf nak mummy pinangkan Adha untuk Xaf? Sekarang ni pun kalau Xaf nak mummy boleh bincang dengan mama Adha.” ujar Puan Yusrina teruja.
Mana tidak teruja. Inilah saat yang dia dan mama Adha nantikan. Bila Xafril dah buka mulut tambahlah dia teruja tak sabar untuk menerima Adha sebagai menantu perempuannya.
“Tunggu dululah mummy. Xaf just tanya je. Nak tahu apa pandangan mummy. Bukan nak kahwin terus.”
“Alah... Xaf dah tahu mummy berkenan sangat nak Adha tu jadi isteri Xaf, buat apa tanya lagi. Oh, Xaf cintakan Adha ke!?”
Xafril menjungkit kedua bahunya. “Tak tahu.”
Ya. Xafril masih tidak tahu jika ini sebenarnya cinta. Xafril keliru. Dan dalam masanya sama Xafril tidak mahu Adha rasa terbeban dengan perasaannya.
Bagi Adha, cintanya masih untuk Diandra walaupun hanya Xafril dan Tuhan saja yang tahu bahawa rasa yang Xafril pernah ada untuk Diandra itu tidak lebih daripada kasih sayang seorang rakan.
Sebab itulah bila Diandra memaksa dia untuk memilih dan tanpa keraguan Xafril memilih Adha. Bukan Xafril sengaja hendak mempermainkan perasaan Diandra. Xafril langsung tiada niat berbuat demikian.
YOU ARE READING
Mungkin CINTA ( SLOW UPDATES )
Romance"They never planned to fall in love... but they did." | Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta . _______ "Adha, do me a favor? Marry me."- Kyle Xafril Lamaran Kyle Xafril yang selamba membuatkan jantung Nur Adha hampir terhenti. Mereka memulakan hubungan de...