Song Playlist : Heart Attack [ Demi Lovato ]
♡♥♡♥♡
SEBAIK sahaja kaki Adha selamat menjejakkan kaki di Syarikat Ikhmal & Co. tingkat 17, dia terus disapa oleh Fatin, PAnya dan juga merangkap sebagai teman baiknya di pejabat.
"Lambat hari ni?" tegur Fatin.
"Jammed teruk, babe. Hari ni I ada apa?" tanya Adha merujuk kepada jadual kerjanya.
Fatin mencapai buku organisasi di meja kerjanya sebelum membuka muka surat bertarikh hari ini.
"Pukul 10.00 nanti you ada meeting dengan Encik Aiman wakil dari syarikat Quin & Co. berkenan dengan malam charity tu nanti. Selepas tu, you ada business lunch with Encik Xafril."
"Xafril? Kyle Xafril?" Bila masa pula Xafril buat temujanji? Bisnes apa pula yang bakal mereka bincangkan nanti.
Fatin mengangguk. "I forgot to tell you. He's our boss' friend. Dua bulan kita di JB, Asmah kata dia selalu datang sini." ujar Fatin.
"Dia friend dengan Tuan Ikhmal? Kenapa I tak tahu?"
Fatin menjungkit bahunya sebelum duduk di kerusi kerjanya dan meneruskan pekerjaannya yang tergendala. Memandangkan dia PA Adha, dia berkongsi bilik pejabat itu dengan Adha. Jadi Adha tidaklah penat menekan interkom bila khidmatnya diperlukan.
☆★☆
SEPERTI yang telah dijanjikan, Adha sudah berada ditempat dipersetujui olehnya dan Aiman. Sementara menunggu Aiman sampai, Adha memesan minumannya kerana terlalu dahaga dek cuaca yang panas.
"I'm sorry I'm late." ujar seorang lelaki tampan yang sedang berdiri dihadapan meja Adha.
Adha terkesima untuk sesaat. Lelaki ini macam dia pernah nampak cuma dia tidak tahu di mana?
Adha berdiri sebelum menghulurkan salam perkenalan. "It's okay. Have a seat," pelawa Adha lembut.
Aiman senyum. "Awak dah order?" Soal Aiman.
"Dah. Saya tak pasti selera awak so saya tak..."
"Never mind. Saya order sendiri." Ujar lelaki itu tenang.
Selepas selesai mereka menjamu selera. Mereka memulakan mesyuarat mereka dengan membincangkan pasal tempat untuk malam Charity itu nanti.
"Ini proposal yang telah syarikat saya siapkan. Dalam tu semua dah ada butiran pasal malam Charity itu nanti. Encik boleh baca dan kalau ada part yang Encik tak faham, Encik boleh tanya saya."
"Just call me Aiman," pinta lelaki itu sambil matanya tidak lari dari memandang proposal yang ada ditangannya.
"What?" Adha hilang fokus untuk seketika. Mungkin sebab dia terlalu mengagumi ciptaan Tuhan dihadapannya ini.
Aiman memandang ke hadapan tepat ke dalam mata Adha lalu menghadiahkan Adha segaris senyuman. "Aiman. Just Aiman." Ulangnya.
Adha cepat-cepat melarikan pandangan matanya apabila jantungnya dipalu bagai nak tercabut dari paksinya. Adha menundukkan kepalanya sedikit lalu memejamkan matanya sekejap. Dia cuba untuk bertenang. Anak mata kecokletan milik lelaki itu membuatkan Adha terkenang pada seseorang.
Adha menggeleng pelahan. Mustahil mereka orang yang sama? Adha cuma membuang benda yang menyerabutkan pemikirannya itu namun hampa.
"Are you okay? Are you sick?" tanya Aiman bertalu-talu. Kerisauan jelas terpancar diwajah lelaki itu.
"I'm good. Thank you."
"Boleh saya bawa proposal ni untuk saya nilai? Bila semua okay dan ada benda yang saya tak faham saya call awak."
"Sure."
"Are you stay?"
"Ya. I have another appointment."
"Well, see you again Miss...."
"Adha."
"Adha."
Adha mengangguk. Jantungnya makin tidak mahu duduk diam apabila suara gemersik lelaki itu menyeru namanya. Kedengaraan seperti lagu cinta beralun merdu di telinga Adha. Adakah lelaki lelaki yang sama dengan lelaki yang dia pernah sukakan dulu?
"I have to go."
Adha mengangguk sekali lagi. Hari ini dia macam jadi burung belatuk. Asyik mengangguk aje kerjanya.
"Have a nice day."
Aiman tersenyum sebelum meninggalkan Adha bersendirian di dalam restauran itu. Adha terduduk di kerusinya sebelum tangannya naik menyentuh dadanya. Lajunya degupan jantungnya dia rasakan.
'It's you. It was really you, Aiman Nazri. Only you can give me this kind of 'heart attack'.
Bunyi deringan telefon bimbit Adha menyentak dia kembali ke alam nyata. Adha menyelongkar beg tangan jenama Chanel miliknya lalu mengeluarkan telefon bimbitnya.
'Xaf?'
Adha slide punat berwarna hijau ke kanan sebelum melekapkan telefon itu di telinganya.
"You dekat mana?" tanya Xafril dihujung talian.
"Saya dekat Italian Food Restaurant."
"Come over here."
"Where?"
"Restauran Nasi Kandar Pak Halim. Selang beberapa buah kedai aje dari tempat you berada sekarang."
"Okay." Jawab Adha ringkas sebelum menamatkan panggilan.
Sejak bila pula Xafril tu minat nak makan benda-benda tu semua. Nasi kandar? Amboi, dah nak jadi Melayu tulen ke kawan aku seorang ni! Selalunya bukan main lagi nak Italian Foodlah, Chinese Foodlah, Western Foodlah. Sekarang ni, nasi kandar pula. Hmm, lantak kaulah Xaf.
YOU ARE READING
Mungkin CINTA ( SLOW UPDATES )
Romance"They never planned to fall in love... but they did." | Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta . _______ "Adha, do me a favor? Marry me."- Kyle Xafril Lamaran Kyle Xafril yang selamba membuatkan jantung Nur Adha hampir terhenti. Mereka memulakan hubungan de...