PINTU BILIK tidur Adha diketuk bertalu-talu daripada luar. Adha yang tadi berniat hendak ke bilik air tidak meneruskan langkahnya sebaliknya dia membawa langkah kakinya itu ke pintu biliknya yang terkatup rapat.
Sebaik sahaja daun pintu bilik Adha terbuka, tersembul wajah separuh abad milik mamanya.
“Ada apa, Ma?” tanya Adha malas.
“Sampai bila Adha nak berkurung dalam bilik tu? Tak reti nak turun makan ke apa?” Puan Halima menggeleng-gelengkan kepalanya melihat wajah anak daranya yang serabai.
“Adha malaslah nak makan Ma. Mama pergilah makan dulu. Nanti Adha lapar Adha turun, okey.”
“Tak okey. Mama nak Adha turun sekarang. Xaff ada dekat bawah tu.”
Adha mencebik sebelum mendengus kasar.
Xaff lagi!? Apa lagi dia nak?!
“Adha tak nak jumpa dia Ma. Mama tolonglah faham Adha ni.” Rayu Adha pada mamanya. Buat masa ini, Adha memang tak nak bersemuka dengan Xafril kecuali lelaki itu menarik semula niatnya untuk memperisterikan Adha.
“Adha jumpalah Xaff tu sekejap. Dah macam orang hilang bini aje mama tengok Xaff tu.”
Amboi, mama aku ni! Xaff yang macam orang hilang bini dia kisah. Aku ni dah macam orang mati laki tak pula mama nak ambik kisah, desis hati Adha.
“Adha tak nak ma.”
“Adha, ada baiknya you turun sekarang atau you jangan salahkan I kalau I bertindak diluar kawalan.” Kedengaran suara garau milik Xafril bergema di dalam rumah teres dua tingkat itu.
Adha sempat menjengukkan kepalanya mengintai Xafril yang kini berada dihujung anak tangga di tingkat bawah.
“Awak juga jangan salahkan saya kalau saya telefon polis untuk bawa awak keluar daripada rumah saya.” Sembur Adha.
Xafril berdecit. “Polis, Dha. Ma, Xaff mintak maaf.” Habis saja ayat itu disusun pantas Xafril berlari naik ke tingkat atas. Kini, dia sudah berdiri di sebelah Puan Halima dan sedang berdepan dengan Adha.
“Nak keluar ke tak?” ugut Xafril. Matanya galak memandang Adha dari atas ke bawah. Comel. Walaupun Adha hanya mengenakan T-shirt bersaiz besar dan seluar pajama.
Tajam anak mata Adha mencerlung ke laman wajah milik Xafril. Nak-nak pula dia perasan Xafril menilik tubuhnya dari atas ke bawah.
Amboi, nak kena juga mamat ni dengan aku!
“Ma...” Adha seakan tidak percaya mamanya menyebelah Xafril dalam hal ini.
“Adha, dengar dulu apa Xaff nak cakap.” Nasihat Puan Halima.
“Dia nak cakap apa lagi. Adha dah cakap Adha tak terima cadangan bodoh dia tu.” Turun naik dada Adha menahan amarah. Tak pasal-pasal dia naikkan suaranya pada mamanya. Ini semua Xafril punya pasal lah.
“Tak malu ke main paksa-paksa orang?” Adha menyoal Xafril pula. Sakit hatinya dibuat Xafril. Perbuatan Xafril ini membolehkan mereka putus kawan tau. Xafril tak sedarkah akan hakikat itu?
“I nak kita bincang Adha.”
“Nak bincang apa lagi, Kyle Xafril?!” Hisy, geramnya Adha.
“You tak sakit. Kenapa you ambil MC hari ni? You ambik MC sebab you tahu hari ni I ada meeting dengan Ikhmal kan. Sebab tu you saja nak ambik MC, sebab you tak nak tengok muka I.” Xafril main serkap jarang.
“Thank God you knew.” ucap Adha dengan tawa kecil dihujung ayatnya.
“Kalau awak tahu kenapa awak munculkan diri awak di depan saya? Berambus jelah Xaff.”
Xafril menyusun nafas. Dia pujuk dirinya supaya tidak terasa dengan apa yang Adha katakan. Dia tidak akan sakiti Adha walaupun gadis itu berjaya menyakiti hatinya.
Xafril memandang wajah risau milik Puan Halima disisinya. Mana tak risau kalau dua-dua anak kesayangannya bergaduh sesama sendiri.
“Maaf, ma. Adha dan Xaff kena bincang juga.” tutur Xafril pelahan. Laman wajah merah padam milik Adha kembali dipandang sebelum dia meraih pergelangan tangan kanan milik Adha dengan sedikit kasar.
Terjerit Adha minta dilepaskan bila Xafril menarik tangannya turun ke tingkat bawah. Sampai di tingkat bawah, tidak pula Xafril berhenti sebaliknya tubuh Adha diseret bersamanya masuk ke dalam kereta mewah Xafril.
“Awak nak bawa saya kemana, Xafril?” soal Adha panik. Sehabis tenaga dia membuka pintu kereta mewah Xafril yang automatik terkunci itu.
“Bukalah pintu ni Xafril!!!!” jerit Adha kuat. Kalau kereta itu boleh bersuara pasti dia akan mengadu kesakitan. Habis pintu kereta Xafril itu dibantai Adha.
Xafril hanya memekakkan telinga di tempat duduk pemandu. Dia menghidupkan enjin kereta sebelum kereta itu meluncur meninggalkan perkarangan rumah Adha jauh di belakang.
Adha mendengus di sebelah sambil memeluk tubuh. Badannya disandar pada dada bangku penumpang.
“Awak nak jadi apa ni Xaff? Psycho?”
“Tak. I tak nak jadi psycho. I nak jadi suami you aje.”
“Kalau you dah kemaruk nak berbini baik you cari Dee. Bukan saya. Dee tu tunang awak.”
“EX. Crave that word in your mind, Nur Adha binti Ibrahim. EX!”
Awww, jadi seram sejuk pula Adha dengan nada suara Xafril yang seakan berbisik itu. Lagaknya macam orang tengah tahan baran.
“You sendiri tahu yang I takkan balik pada ex I. You know me, Adha.”
“Tak Xaff. Sekarang ni saya macam dah tak kenal dengan lelaki yang ada di sebelah saya ni. Saya dah tak kenal awak. Awak bukan Kyle Xafril yang saya kenal. Kembalikan bestfriend saya.”
“Just consider bestfriend you dah mati. Sebab lelaki yang ada di sebelah you sekarang ni adalah lelaki yang desperate nak jadi suami you.”
Bicara Xafril itu membuatkan Adha kehilangan suara. Sanggup Xafril buat dia macam ni? Sanggup Xafril 'bunuh' sahabat baiknya?
“Awak memang kejam kan Xaff?”
“Kalau nak bergelar suami kepada Nur Adha tu perlu menjadi kejam, I sanggup.”
ALLAH!!! Rasanya meleleh pula airmata Adha saat ini. Adha nak Xafril yang dulu. Xafril yang sentiasa memahami, Xafril yang caring. Adha tak nak Xafril yang ini. Xafril yang kejam, Xafril yang selfish. Adha tak nak.
_________
Cer angkat tangan siapa ship Xafril & Adha ??
Happy reading to all my readers . It's been a while huh 😂😂 . Well , I'm kinda busy living my life . It's hardly spend more time on Wattpad . But I try to finish my stories , don't you guys worry about that 😂😂
Please vote . Comments . Share . And follow me . TQ 😘😍
I love you all .
With love ,
🇸.🇭. 😘😍
YOU ARE READING
Mungkin CINTA ( SLOW UPDATES )
Romance"They never planned to fall in love... but they did." | Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta . _______ "Adha, do me a favor? Marry me."- Kyle Xafril Lamaran Kyle Xafril yang selamba membuatkan jantung Nur Adha hampir terhenti. Mereka memulakan hubungan de...