BAB 13

2.9K 184 11
                                    

“LAA...Adha, kenapa tak siap lagi?” tanya Puan Halima sambil menurun anak-anak tangga.

Adha yang tadi asyik memandang skrin televisyen di hadapan terus kalih kepala sambil memandang mamanya pelik.

“Nak siap nak pergi mana?” tanya Adha kembali. Adha tak ingat pula dia ada berjanji dengan mama dia yang mereka akan keluar pada hari ini.

Puan Halima menggelengkan kepala sebelum melabuhkan punggungnya disisi Adha.

“Hari ni kan mummy Xaf ada buat kenduri kesyukuran untuk Karla. Xaf tak beritahu ke?”

Adha tahan kepala daripada menggeleng. Tak ada pun Xafril beritahu dia. Macam mana nak beritahu sedangkan dia sendiri pun tidak nampak batang hidung lelaki itu sejak seminggu yang lepas. Jangan cakap batang hidung, telefon lelaki itu juga dimatikan sehingga Adha langsung tidak dapat menghubungi lelaki itu.

Entahlah Xafril tu. Adha pun pelik dengan perangai sahabatnya itu. Sejak malam charity hari tu, Adha dah pelik dah dengan perangai Xafril. Lebih-lebih lagi, bila ada Aiman pada malam tu. Dia tak sama macam Xafril yang Adha kenal.

“Xaf busy la tu sampai dia lupa beritahu Adha.”

“Dah tu, apa tunggu lagi? Pergilah siap.” arah Puan Halima.

“Laa... sekarang ke, ma?”

“Tak sayang. Mungkin lagi seminggu dua kut.” jawab Puan Halima sarkastik.

“Hisy, mama ni!” marah Adha sambil bangkit dari tempatnya duduk lalu berlari anak naik ke tingkat atas.

☆★☆

SUASANA rumah agam Tuan Khairil sudah mula riuh dengan kehadiran saudara mara, sahabat handai serta kenalan keluarga itu.

Selepas salam mereka sekeluarga bersambut, Puan Halima terus meninggalkan Adha sendirian di ruang tamu lalu menuju ke ruangan dapur. Adha terpinga-pinga berdiri ditengah-tengah ruang tamu banglo itu, seolah-olah ini kali pertama dia menjejakkan kakinya di rumah agam ini.

Lama Adha berdiri disitu sebelum matanya menangkap kelibat Karla yang baru keluar dari ruang dapur. Cepat saja Adha melangkah untuk mendapatkan Karla.

“Abang mana?” tanya Adha straight. Semasa masuk ke sini tadi, Adha perasan kereta Xafril tiada di hadapan.

Dahi Karla bertaut. “Abang? Dia tak beritahu akak ke?” soal Karla dengan nada kehairanan.

Adha hampir tepuk dahi sendiri. Alahai! Kenapalah semua orang expect Xafril beritahu aku segalanya ni? Dia sahabat Xafril je kut bukannya puncher. Takkanlah Xafril kena repot semua benda yang dia nak buat dekat aku.

“Karla, please... terus terang aje dengan akak.”

Abang will get angry for this.” Karla bermonolog sendiri. Suara dia hanya dia saja yang mampu mendengarnya.

“Karla,..” desak Adha. Tak betah dia dilayan sebegini. Semua orang nak berahsia dengan dia.

Silap apa yang dia dah buat? Takkan sebab malam charity tu Xafril nak ambil hati sampai sekarang. Lelaki itu okey aje kut masa dia menghantar Adha balik ke rumah malam itu.

Hisy, tak faham aku!

“Abang sekarang berada ditempat di mana orang tak boleh temui dia. He said he needs two weeks to come back.

What?” Biar betul dengan apa yang Adha dengar ini?

Karla mengangguk mengiyakan segala apa yang dia katakan tadi benar belaka.

So, kalau panggilan akak tak boleh reach his number itu bermakna dia tak nak diganggu buat masa sekarang. Jangan cakap akak tak boleh nak call, mummy pun sampai pening dengan sikap abang tu. Drastik sangat perubahan dia.” ujar Karla.

Adha diam. Kenapa dia rasa macam tak sedap hati? Xafril menjauh dari mereka semua disebabkan oleh dia ke?

“Sebelum abang Karla pergi, dia ada pesan apa-apa tak?”

Karla menggeleng. 

“Tak ada. Abang just cakap, dia tak nak diganggu untuk dua minggu. Lepas tu dia cakap lagi, bila dia balik dia akan balik dengan keputusan.”

“Keputusan?”

“Yup! Tapi, Karla nak tanya... akak dengan abang bergaduh ke? Sebab Karla nampak sejak malam charity tu mood abang selalu sangat swing sampailah dia ambil keputusan untuk menyendiri untuk seketika.”

“Akak tak adalah gaduh besar dengan abang cuma malam tu kita orang ada misunderstanding tapi rasanya benda tu dah settle dah. Akak tak sangka pula abang Karla masih terasa hati.”

Karla senyum kecil. “Akak tak payah risaulah. Kita semua kenal abang tu macam mana, kan. Pandai-pandai la dia bawa diri dia. Lagipun, abang tu lelaki. So, tak payah risaulah.” kata Karla cuba untuk menyedapkan hati Adha.

Adha menghela nafas. Xafril membawa diri sampai dua minggu itu disebabkan kelakuan dia lebihkan Aiman ke pada malam charity itu? Tapi Adha yakin Xafril dah okey selepas lelaki itu menghantarnya pulang. Kenapa tiba-tiba Xafril nak menjauh? Dan keputusan apa pula Xafril nak buat?

Hisy!!! Banyak sungguh persoalan bertindih di dalam otak Adha. Boleh sakit kepala jika dia terus memikirkan perangai kebudak-budakkan Xafril itu. Cerita dia dengan Aiman dah lama kut berlalu tapi Xafril masih tak mampu nak move on.

Siapa yang sebenarnya berhard feeling dengan Aiman ni? Aku ke Xafril?

☆★☆

“ADHA.” panggil Ikhmal ketika Adha baru hendak mengatur langkah ke pantri.

Adha toleh ke belakang. Melihat Ikhmal yang segak berpakaian pejabat sedang mendekati dirinya.

“Ada apa, Tuan?” tanya Adha.

“Awak dah tahu Xaf ke mana?”

Adha jadi pelik. “Aikk! Tuan kan partner dia. Bestfriend dia in addition. Takkan tuan tak tahu dia ke mana?”

Ikhmal tayang senyum segaris.

“Dia tak beritahu awak dia ke mana ke?”

Adha menggeleng. “I'm not that important tuan. Plus, dia tak perlu pun nak minta izin saya untuk dia buat sesuatu. I'm his friend not his wife.

Ikhmal hanya diam. “Saya nak berterus terang dengan awak. Sebenarnya, saya tahu Xaf ke mana. Dan saya tahu apa reason dia bila dia ambil keputusan untuk menyendiri buat seketika.” ujar Ikhmal serius.

“Apa pun reason Xafril, it has nothing to do with me.”

“It has. Saya nak warning awal-awal, bila Xaf dah balik nanti saya nak awak persiapkan diri awak. He's about to surprise you.” kata Ikhmal sambil tersenyum sebelum dia membawa langkahnya kembali masuk ke dalam bilik pejabatnya. Meninggalkan Adha sendirian untuk menghurai teka-tekinya tadi.

Adha binggung. Kenapa hampir setiap orang nak berahsia dengan dia? Apa yang Xafril nak buat kalau dia kembali? Dan kenapa pula Ikhmal cakap semua tindakan Xafril ada kena-mengena dengan dia?

Arghhh!!! Adha buntu.

_______

FUHHHH!!! FINALLY 😊😊

• PLEASE VOTE . COMMENT . SHARE . FOLLOW ME . 😍😘

♥ THANK YOU ♥

Mungkin CINTA ( SLOW UPDATES )Where stories live. Discover now