"XAFF...." panggil Adha dari arah belakang Xafril namun lelaki itu langsung tidak menoleh.
Adha terus melangkah dan berhenti sejurus dia berdiri disebelah Xafril. Lelaki itu hanya berdiam sambil memandang pemandangan di subuh hari.
Adha bukan tidak berani bersuara cuma dia menghormati jika Xafril mahukan persekitaran yang sunyi. Dia boleh menemankan Xafril hanya dengan berdiri tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Dia tahu Xafril perlukan teman.
Sepanjang persahabatan mereka, Adha tidak pernah melihat Xafril menangis disebabkan oleh perempuan. Tetapi mungkin Diandra adalah wanita yang istimewa yang mendapat tempat dihati Xafril sehingga setiap perbuatan wanita itu mampu mematahkan hati lelaki Xafril.
"Do you need spend your time alone?" Soal Adha apabila hampir lima belas minit dia berdiri disisi Xafril tanpa bersuara.
Adha berpaling apabila tiada jawapan yang keluar dari bibir Xafril. Belum sempat Adha melangkah, tangannya diraih oleh Xafril daripada belakang.
"Don't." Hanya itu yang keluar dari bibir Xafril sebelum melepaskan tangan Adha pelahan.
Adha berpaling ke sisi. Menghadap Xafril yang tinggi lebih satu kaki darinya. "Okay. Saya duduk dekat sana. Come to me if you ready to talk about this." ujar Adha sambil menuju ke arah meja yang disediakan diatas rooftop ini. Dia menarik kerusi yang diperbuat daripada besi itu lalu melabuhkan punggungnya disitu.
Belakang tubuh Xafril dipandangnya. Dia sebenarnya tidak faham dengan sikap Diandra yang terlalu dramatik. Dia tahu Diandra cemburu akan dirinya kerana terlalu rapat dengan bakal suaminya tapi itu tidak membolehkan Diandra batalkan pernikahan mereka sesuka hati. Tidak cukupkah dengan Xafril mencintai dirinya? Apa yang Diandra mahukan sebenarnya?
"Termenung pula dia," tegur Xafril yang sudah duduk dihadapan Adha. Entah bila lelaki itu duduk disitu Adha pun tidak perasan.
"Dah ready?" Soal Adha.
Xafril mengangguk.
"Mesej apa yang dia hantar pada awak?" tanya Adha.
Xafril mengeluarkan Iphone 6nya dari kocek seluar yang dipakainya lalu menekan-nekan sesuatu pada skrin telefonnya sebelum menyerahkan telefonnya kepada Adha. Adha menyambutnya pelahan. Lalu membaca mesej yang dihantar oleh Diandra kepada Xafril.
Dear Xafril,
I tahu I tak sepatutnya bersikap dramatik dan pentingkan diri. I sayangkan you sangat-sangat. I can't believe we're going to marry but I tak boleh terima Adha diantara kita.
Adha menarik nafas dalam-dalam. This is because of me? Ya Allah. Perasaan serba salah mula bersarang dalam diri Adha. Adha memandang Xafril yang juga memandangnya.
"This is because of me?"
"Keep on reading." arah suara Xafril lembut. Kenapa dia tidak marah pada aku? Oh, Xaf....
I tahu you cintakan I dan I tahu diantara korang berdua tidak ada apa-apa hubungan melainkan persahabatan. Tapi kenapa I insecured? Pernikahan kita hanya akan diteruskan jika you lupakan Adha sebagai sahabat you. Keputusan ditangan you, Xaf. I atau Adha? Siapa yang awak pilih? Cinta atau sahabat?
Love, Dee.
"I pilih you. I pilih sahabat I." ujar Xafril membuatkan airmata Adha mula bergenang. Dia terharu.
Adha menggeleng. "You still have time, call her. Cakap awak pilih dia." arah Adha sambil menghulurkan telefon IPhone itu kepada Xafril semula.
"Adha, you know I love you, right. You know this friendship is my treasure. Kenapa you nak I tinggalkan orang yang dah tahu baik buruk I untuk someone yang tak insecure langsung." Marah Xafril.
"Because you love her passionately, you jerk. Call her now."
"You can't do this to me, Adha."
"Of course I can. Awak ingat saya boleh tenang ke bila saya dapat tahu perkahwinan korang batal sebab saya! Do it now before I forget you are my bestfriends." Ugut Adha. Matanya tajam mencerlung ke arah Xafril.
"Dia dah tak ada dekat Malaysia. Dia dah ke luar negara." jawab Xafril membuatkan Adha menghentak kakinya tanda protes. Dia bangun dari duduknya sebelum melempar Iphone 6 milik Xafril diatas meja.
"Itu yang awak panggil cinta, Xaf? Saya tak rasa awak faham erti 'cinta' yang sebenar." Kata Adha sambil mengetap giginya. Geram dan sakit hati benar dia dengan Xafril. Mahu saja dia hempuk kepala lelaki itu dengan kerusi besi dibelakangnya itu.
"Enlighten me, then."
Adha mengerutkan dahinya? Xafril ni mabuk ke? Apa yang dia maksudkan dengan ayatnya tadi? Gila. Merapuh.
"Dah, jom. Your mummy worried about you. Go downstairs and tell them, Dee perlukan masa sebulan." Adha menarik tangan Xafril. Namun lelaki itu masih berkeras.
"I made my decision, Adha."
"Are you crazy!?" jerit Adha. Sabarnya dengan sikap degil Xafril sudah mencapai tahap maximum.
Xafril gelak. Menambahkan lagi sakit dihati Adha. Aiii, siapa yang patah hati ini? Aku ke Adha? Xafril hanya mampu menggeleng. Nama saja dah berumur 27 tahun tapi kedua-duanya langsung tak matang. Lebih-lebih lagi Xafril.
"Suka hati awaklah. Saya nak balik." Adha meninggalkan Xafril sendirian di rooftop itu. Sebelum Adha melangkah masuk ke dalam lif dia bersuara. "Don't talk to me before you find Dee."
Xafril menoleh ke belakang namun sayang. Pintu lif sudah pun tertutup rapat. Adha serius ke ? She can't be serious. Adha sendiri tahu betapa degilnya Xafril. Tiada sesiapa yang boleh paksa dia ubah keputusannya. Tidak Adha mahupun Diandra.
'You love her passionately, you jerk!' makian Adha itu terus berputar dalam mindanya.
'I do love her, Adha. But our friendship comes after my family. After that, baru cinta. Sorry Adha. I kecewakan you. Dee akan menyesal buat I memilih.'
Xafril tersenyum sinis. Dia kenal siapa Diandra. Dia akan kembali juga pada Xafril nanti. Xafril berani bertaruh.
YOU ARE READING
Mungkin CINTA ( SLOW UPDATES )
Romance"They never planned to fall in love... but they did." | Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta . _______ "Adha, do me a favor? Marry me."- Kyle Xafril Lamaran Kyle Xafril yang selamba membuatkan jantung Nur Adha hampir terhenti. Mereka memulakan hubungan de...