* Dah lama rasanya tak spend time dekat wattpad . Too busy 😪😪😪
FIRST DRAFT . ENJOY .
________“ATAS restu mummy, daddy, mama dan papa Xaf ingin mengambil Adha sebagai isteri Xaf.” kata Xafril dengan nada yang cukup tenang.
“Alhamdulilah. Mummy suka sangat, Xaf. Kenapa tak cakap dekat mummy awal-awal dulu? Kalau tak, dah bercucu dah kita kan, kak.” ujar Puan Yusrina mengusik.
Xafril membuang pandangan ke arah figura kaku di sebelahnya. Adha langsung tidak berkutik dari tempat duduknya. Dia hanya kaku bak patung cendana.
“It's not funny.” ujar Adha hampir berbisik sebelum kepalanya ditoleh ke arah kiri.
Dia memandang wajah Xafril dengan perasaan yang keliru. Inikah kejutan yang Ikhmal maksudkan itu? Well,.. kini Adha sedar bahawasanya dia tidak sukakan kejutan.
Adha berdehem beberapa kali. Cuba mengembalikan suaranya yang hilang sejurus selepas Xafril berkata sesuatu yang tidak patut.
“I need to talk to you. Outside.” kata Adha. Tanpa pamitan, Adha terus meninggalkan keluarganya serta keluarga Xafril yang sedang elok duduk di meja makan mereka.
Xafril hanya diam sambil membuntuti Adha daripada belakang. Xafril tahu Adha marah. Xafril tahu Adha tak rasa seperti apa yang dia rasa dan Xafril tahu dia tidak akan berputih mata. Sama Adha suka atau tidak, restu orang tua Adha sudah ada dalam tangannya.
“Why you did this?!” jerit Adha di hadapan Xafril sebaik sahaja dia yakin bahawa tiada siapa yang akan mendengar perbualan mereka memandangkan mereka sudah jauh dari ruang makan rumah teres dua tingkat itu.
“Because I love you.” selamba gila Xafril meluahkan perasaannya.
Sejak dua minggu menghilangkan diri, kini Xafril kembali dengan penuh ketekadan. Adha akan menjadi milik dalam masa yang terdekat. Hanya itu salah satu cara untuk dia halau Aiman daripada hidup, hati dan fikiran Adha. Cukup! Dia sudah tidak boleh hidup dengan keadaan cemburu yang membuak-buak terhadap Aiman. Adha miliknya. Bukan Aiman. Dia lelaki pertama yang wujud dalam kehidupan Adha, bukan Aiman.
“Alasan itu tak cukup kuat untuk awak lamar saya, Kyle Xafril. You need me to make it happen. But I'm so sorry, I can't.” ujar Adha. Hatinya terasa berat kerana dia terpaksa lukakan hati Xafril dengan kenyataannya itu. Tapi itu adalah perasaan Adha yang sebenar. Dia tak pernah menganggap Xafril lebih daripada seorang kawan.
Xafril diam. Walaupun dia sedia maklum bahawa ayat itu yang bakal keluar daripada mulut Adha namun mengapa hatinya masih terasa sesak bila Adha ucapan itu di hadapannya.
“You tak sayangkan I ke, Adha?” soalnya pelahan.
“Saya sayangkan awak, Xaf. Tapi sayang saya pada awak tak sama macam sayang awak pada saya.”
“Macam mana sayang I pada you?”
“You want me to be your wife and of course you love more than a friend. But to me, status awak akan kekal begitu dan status itu takkan pernah berubah. So please, tarik balik apa yang awak dah cakap depan keluarga kita.” rayu Adha. Air mata sudah mula bergenang ditubir matanya. Adha berharap Xafril mampu memahaminya.
“I takkan tarik balik apa yang I dah cakap Adha. You know me, I bukan lelaki pengecut.” tegang wajah Xafril memandang tepat ke wajah Adha. Kalau tadi wajah Adha dihiasi dengan senyuman manis namun kini wajah itu ibarat mendung menanti hujan.
“Saya tak pernah anggap awak macam tu, Xaf. Saya cuma nak awak tarik balik lamaran awak. Susah sangat ke? Perlukah saya melutut supaya hati awak terbuka untuk menarik balik kata-kata awak? If that so, I'll do it.”
Belum sempat Adha menjatuhkan kedua lututnya di atas lantai, tangan Xafril terlebih dahulu menghalang dia berbuat begitu. Cengkaman kuat Xafril dilengan kiri Adha membuktikan bahawa Xafril marah dengan Adha.
“You melutut sekalipun, I takkan tarik balik apa yang I dah cakap. Waste your time.”
“Aww...” Adha mengadu kesakitan bila terasa Xafril semakin menguatkan cengkamannya pada lengan Adha yang kecil.
Tersedar akan perlakuannya, Xafril terus melonggarkan cengkaman namun tidak sesekali dia melepaskan lengan Adha.
“Awak dah ada Diandra. Awak lupa ke awak masih tunang Dee?”
“She's my past. And I'm not anyone's fiance.”
“Tapi saya cintakan Aiman.” ucap Adha membuatkan Xafril terkedu lalu pelahan-lahan dia melepaskan lengan Adha dari cengkamannya.
“He doesn't love you, Adha.”
“Dari mana awak tahu?”
“Dia bukan lelaki yang baik untuk you. Kalau mama dan papa you tahu apa yang pernah dia cuba buat dekat you, you fikir dorang akan terima lelaki jahanam tu jadi menantu dorang ke?”
“Apa maksud awak?”
Xafril kembali kunci mulut. Menyesal kerana dia tidak mampu menahan amarah bila nama Aiman berbangkit.
“Apa maksud awak, Xaf? Apa yang Aiman pernah buat dekat saya?”
“I tak suka discuss pasal lelaki tak guna tu. Sekarang ni, I nak you bersedia. Minggu depan I akan hantar mummy ke sini. Bulan depan, kita kahwin.”
“What?! Are you crazy!??”
“Unfortunely, I'm not. I tahu you anak yang baik. You takkan hampakan parents you, kan.” sinis Xafril berkata. Langsung tidak menyangka bahawa kata-katanya itu sedikit sebanyak mampu melukakan hati Adha.
Airmata yang bertakung tadi sudah jatuh di pipi. Laju saja tangan Adha menyeka airmatanya sebelum dia tersenyum sinis.
“Sebab awak tahu saya takkan berani hampakan merekalah awak gunakan mereka untuk dapatkan saya. Kejam, Xafril. Awak memang kejam. Awak tahu kelemahan saya sebab itu awak berani gunakan mereka. I thought you were my friend.” tangis Adha. Kecewa benar dia dengan sikap Xafril. Dia seakan tidak mengenali Xafril di hadapannya ini.
Xafril mula diserbu rasa serba salah namun cepat saja perasaan itu diusirnya jauh-jauh. Kalau dia kasihankan Adha, dia akan kehilangan gadis itu pada Aiman. No! Melihat Adha menjadi milik Aiman merupakan mimpi buruk yang Xafril cuba untuk hapuskan. Adha milik dia. Bukan Aiman. Bukan sesiapa. Cuma dia.
“I'm sorry.”
“Selfish.”
“I'm sorry.” Hanya itu yang mampu Xafril ucapkan. Maaf.
“I hate you!!” jerkah Adha lantang sambil menolak dada sasa milik Xafril kuat sebelum dia berlari masuk ke dalam rumah teres milik keluarganya semula.
Xafril tunduk memandang lantai mozek itu. Dia serba salah namun dalam masa yang sama dia ingin teruskan niatnya untuk memperisterikan Adha. Dah alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Kali ini, Xafril tidak akan berundur lagi.
_____
* VOTE . COMMENT . FOLLOW .
* THANK YOU 😘😘
YOU ARE READING
Mungkin CINTA ( SLOW UPDATES )
Romance"They never planned to fall in love... but they did." | Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta . _______ "Adha, do me a favor? Marry me."- Kyle Xafril Lamaran Kyle Xafril yang selamba membuatkan jantung Nur Adha hampir terhenti. Mereka memulakan hubungan de...