BAB 16

2.2K 105 12
                                    

“GILA. GILA. GILA!!!” Jerit Adha sendirian di dalam biliknya. Geram.

Dia langsung tak faham kenapa Xafril mampu berfikir begitu. Dia nak kahwin dengan Xafril? Tak pernah langsung dia angankan.

Kalau Xafril nak ikat dia semata-mata tak nak dia dekat dengan Aiman, itu bermakna Xafril dah silap besar. Adha bukanlah jenis manusia yang mudah tunduk pada telunjuk orang lain. Walaupun Xafril pergunakan orang tuanya, itu tidak bermakna Adha akan mengalah. Tidak. Sekurang-kurangnya tidak pada Xafril.

Adha mendengus kasar. Telefon bimbit yang diletakkan di atas meja lampu dicapai kasar. Dia menekan-nekan nombor pada papan kekuncinya sebelum telefon jenama Samsung S7 itu dilekap pada telinga.

‘Kau sengaja kan, Xaf nak cetuskan kemarahan aku. Hello, ini Adha lah.’

“Ya, sayang.” sapa suara ceria Xafril dihujung talian membuatkan bulu roma Adha meremang.

“What a bullshit, Xafril. I'm not playing your game, can you just stop?!” marah Adha tidak tertahan-tahan.

Xafril memang sengaja nak tengok dia hilang sabar. Nak sangat agaknya lelaki itu dengar suara 'jantan' Adha keluar baru reti nak faham.

“I dah buat keputusan Adha. I takkan tarik balik keputusan I.”

“Wow!!!” sinis Adha tergelak.

“Kalau keputusan bodoh awak tu tak melibatkan saya, saya tak kisah. Tapi keputusan bodoh awak tu bersangkut paut dengan hidup dan mati saya. Awak nak saya diam dan berpeluh tubuh aje ke?”

“Kalau itu yang perlu you buat, apa salahnya. Stay silent sampai you jadi isteri I.”

“Yukkk!!!!” Nak muntah pula Adha dibuat Xafril.

“Beginilah, Xaf. Since awak dah nekad nak memperisterikan saya, saya pun nekad nak berhenti kerja.”

“Pandai you baca fikiran I.” kata Xafril dengan perasaan senang.

“Maksud awak?”

“You macam tahu je yang I tak nak you kerja selepas kita kahwin. You duduk rumah je jaga anak-anak kita nanti.”

Amboi! Makin galak nampaknya Xafril ni.

“Saya tak cakap pun saya nak berhenti kerja sebab nak jadi isteri awak. Saya nak resign sebab saya nak kerja dengan Aiman.”

Diam. Xafril senyap dihujung sana.

Seminit. Dua minit. Xafril masih diam.

“You buat kalau you berani Adha. Kalau I nampak surat peletakkan jawatan you ada di atas meja I, jangan salahkan I kalau I tak mampu nak jadi lelaki budiman untuk you.” Ugut Xafril sebelum dia meletakkan telefon.

Adha memandang skrin telefonnya yang gelap. Apa Xafril ni? Apa yang Aiman dah buat sampai Xafril tak mampu bersabar apabila mereka bertemu empat mata?

‘Don't push my limit Xaf. Please...’ Telefon bimbit Adha lempar di atas katil sebelum dia duduk di sisi katil sambil mencekak rambutnya kuat.

Adha binggung. Buntu. Semua ada.

‘Kenapa mesti paksa saya untuk terima awak, Xaff? Awak tahu pilihan saya bukan awak.’ 

☆★☆

“Mummy Xaff dah tanya apa keputusan Adha?” Suara Puan Halima menyapa telinga sebaik sahaja Adha memasakkan kakinya dilantai ruang tamu.

“Adha tak nak ma. Simple.”

Puan Halima tidak terkejut dengan penolakan anak daranya itu. Cuma dia ingin tahu kenapa.

“Adha dah ada orang lain ke?”

“Buat masa sekarang Adha tak ada sesiapa, but still Adha tak nak Xaff ma. Cukuplah dia jadi kawan Adha. Adha tak nak status tu bertukar.”

“Apa salahnya Dha. Xaff dah berkenan, kenapa Adha nak tolak pula?” Sampuk Encik Ibrahim di belakang.

“Pa, semua ni melibatkan hati dan perasaan. Adha tak ada hati pada Xaff.” Jujur Adha berkata.

“Cinta boleh dipupuk kemudian Dha. Mama dan papa dulu pun kahwin tanpa cinta, bahagia juga. Ada baiknya Adha kahwin dengan lelaki yang mencintai Adha berbanding dengan lelaki yang Adha cintai.” Tu dia nasihat Encik Ibrahim. Ayat makan dalam weiii!!!

"Adha tak boleh, pa." Kepala Adha gelengkan berkali-kali. Tidak semua itu.

Dulu ya lah, kahwin tanpa cinta boleh bahagia. Zaman sekarang, itu semua dah tak laku. Bagi Adha, untuk membina sebuah masjid dia perlukan seorang imam yang betul-betul baik untuknya. Yang sudi menerima apa adanya dia. Yang sanggup melengkapi ketidak sempurnaannya. Dan Adha ingin mengahwini lelaki yang dia cintai. Itu saja.

"Kita dah kenal keluarga Xaff. Orang tua Xaff pun suka Adha jadi menantu dorang. Apalagi yang kurang, cuba Adha beritahu mama?"

"Cinta. Kurangnya cinta, ma. Adha tak boleh. Adha minta maaf." Tanpa pamitan, Adha langsung bangkit dari sofa yang didudukinya lalu memanjat anak-anak tangga naik ke tingkat atas.

Encik Ibrahim hanya mampu menggeleng. Dalam hal ini, dia berikan kepercayaan kepada isterinya. Tapi jika Adha dah nekad tak nakkan Xafril dalam hidupnya, mereka harus buat apa. Kebahagian anaknya, biarlah anaknya tentukan sendiri.

Dia sentiasa merestui apa saja yang Adha lakukan asalkan tidak bertentangan dengan syariat islam, itu sudah cukup.

Mungkin CINTA ( SLOW UPDATES )Where stories live. Discover now