LENA Adha terganggu apabila telefon bimbitnya tidak henti-henti melalak minta diangkat. Dengan matanya tertutup, Adha meraba-raba meja kecil disisi katilnya. Bila tangannya mencapai benda yang diyakininya telefon, Adha membuka sedikit matanya lalu menekan punat berwarna hijau di skrin telefonnya.
"Hello," sapa Adha dengan suara yang serak.
"Adha," panggil suara itu lemah.
Adha mencelik matanya beberapa kali sebelum membawa telefon bimbitnya jauh dari telinganya. Nama si pemanggil dilihatnya. Xafril?
"Kenapa?" tanya Adha sebaik sahaja telefon bimbitnya dilekapkan semula ditelinga.
"I need someone right now. I need you." Katanya. Adha duduk dari pembaringannya. Jam dinding di dalam biliknya dipandang. Pukul 2.39 pagi. Apa masalah Xafril ni?
"What's wrong?" soal Adha.
"Dee...." Xafril tidak menghabiskan ayatnya. Tapi Adha yakin ada sesuatu yang berlaku di antara mereka.
"Kenapa dengan Dee?"
"She's gone."
"What?!" Gone? Apa yang Xafril maksudkan 'gone'?
"She left me." ujar Xafril dengan suara yang semakin serak dan lemah. Menangiskah lelaki itu?
"Awak silap kut. Esok kan korang dah nak nikah?"
"I am damn serious, Adha. She left me. I just got her texts." Marah Xafril dihujung talian.
Adha menyusun nafasnya. Okay. Wake up, Adha. He needs you. Adha menolak selimut yang menutup separuh tubuhnya ke sisi. Rasa mengantuk ditolaknya ke tepi.
"Where are you now?" soal Adha sambil dia mengeluarkan cardigan biru dari almari pakaiannya.
"At my parents' house."
"Okay. I'll be there in 30 minutes."
Adha menamatkan panggilan telefon sebelum membawa langkahnya ke bilik air. Dia membasuh mukanya dan memberus giginya sebelum dia merapikan rambutnya.
Selesai berdandan, Adha membetulkan cardigan bercorak bunga-bunga kecil yang menutup lengan yang terdedah. Dia tidak menyalin pakainannya. Dia hanya berpakaian pajama dan cardigan sahaja.
Adha mendekati bilik Mama dan Papanya lalu diketuk pelahan. Dia rasa serba salah mengganggu tidur mereka tetapi tidak manis rasanya jika Adha datang ke rumah keluarga Xafril pada jam sebegini.
"Mama..." panggil Adha apabila masih tiada sahutan dari dalam bilik.
"Kenapa, Adha?" tanya Puan Halima sebaik sahaja daun pintu biliknya dikuak luas.
"Adha nak minta Mama temankan Adha pergi ke rumah keluarga Xafril." Ujar Adha pelahan. Tidak mahu mengganggu tidur papanya.
Mata Puan Halima jadi segar tiba-tiba. "Something happened ke?"
Adha mengangguk. "Xafril's fiancee call off the wedding."
"What!?"
Adha mengangguk. "He needs me now."
"Mama bersiap kejap."
"Mama jangan lama tau. Adha tunggu dalam kereta."
Puan Halima mengangguk. Dia amat kagum dengan persahabatan yang terjalin diantara Adha dan Xafril. Persahabatan mereka lebih dari segalanya. Keluarga Xafril juga sudah menganggap Adha sebagai anak mereka. Persahabatan yang dibina di bangku sekolah berkekalan sehingga hari ini.
Keluarga Adha dan keluarga Xafril juga menjadi akrab disebabkan oleh mereka berdua. Tapi sayang, persahabatan itu hanya kekal begitu walaupun keluarga mereka mengharap yang lebih.
__________________
ADHA dan Puan Halima melangkah masuk ke dalam rumah agam milik Tuan Khairil sebaik sahaja memberikan salam. Adha mendekati Puan Yusrina lalu menyalami tangan wanita itu.
"I'm glad you came." Ujar Puan Yusrina sambil mendakap erat tubuh Adha yang kecil.
"Where is he?" tanya Adha sebaik sahaja Puan Yusrina merenggangkan pelukannya.
"Dekat rooftop. Tolong Mummy pujuk dia ya, Adha." ujar wanita itu penuh harapan.
"In shaa Allah, Mummy. Mama, Adha jumpa Xaf dulu."
Puan Halima hanya mengangguk. Adha mengatur langkah menuju ke arah pintu lif peribadi milik keluarga ini. Adha tidak boleh berbuat apa-apa melainkan menggunakan lif ini untuk naik ke rooftop, tempat kegemaran Xafril untuk bersendirian.
"Who's that girl?" Soal Tiffany pada Karla, adik Xafril. Ada perasaan cemburu dalam nada suaranya.
"Kak Adha. Abang Xaf punya bestfriend... forever," jawab Karla berseloroh namun langsung tidak menarik minat Tiffany. Dia cemburu pada gadis yang mampu mendekati Xafril. Sedangkan dia.... Tiffany mendengus kasar. Menyampah!!!
YOU ARE READING
Mungkin CINTA ( SLOW UPDATES )
Romance"They never planned to fall in love... but they did." | Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta . _______ "Adha, do me a favor? Marry me."- Kyle Xafril Lamaran Kyle Xafril yang selamba membuatkan jantung Nur Adha hampir terhenti. Mereka memulakan hubungan de...