BAB 10

2.9K 125 5
                                    

( FIRST DRAFT - UNEDITED )

★☆★

SETIBA SAHAJA Adha dan Xafril di The Majestic Hotel, mereka terus menghayun langkah seiring masuk ke dalam ballroom yang disewa oleh syarikat Ikhmal & Co..

Berdiri saja di gerbang pintu masuk ke dalam ballroom, Adha terus disapa oleh Fatin. Buku catatan organisasi yang ada ditangan Fatin diserahkan kepada Adha.

“Hi, Encik Xafril.” sapa Fatin agak mesra menyebabkan kerutan timbul didahi Adha timbul.

“You kenal dia ke?” tanyanya hairan tanpa memandang Fatin. Dia fokus pada buku organisasi ditangannya.

“La... kan I dah cakap yang Encik Xafril ada datang ke syarikat kita hari tu. Lupalah tu.” ujar Fatin.

Adha tertawa kecil. Oh, ya. Baru Adha ingat. “Sorry, I lupa.”

“Cik you ni manalah reti nak ingat dekat I, Fatin.” kata Xafril seperti berjauh hati.

Adha disebelah hanya menjegilkan matanya. Merepeklah Xaf ni.

“Semua guest dah sampai?” tanya Adha beralih topik perbualan. Buku organisasi ditutup lalu diserahkan kepada Fatin semula.

“Dah. Tapi Encik Aiman tak sampai lagi.”

“Huh?” Alamak! Mana boleh encik Aiman tak ada di majlis ini. Diakan wakil syarikat Quin & Co dan juga merupakan rakan penganjur untuk majlis kebajian ini.

“You dah call dia tak?” tanya Adha dengan nada cemas. Matilah!

Fatin angguk sekali. “Dah tapi engaged.”

Lagi satu jawapan Fatin membuatkan Adha kecut perut. Dia melekapkan tangan kanan diatas perutnya yang kempis. Tiba-tiba pula perut dia nak memulas.

“Tuan Ikhmal mana? Kita perlukan backup kalau encik Aiman tak show up.

Fatin meluruskan jarinya ke arah Ikhmal kelihatan sedang berborak mesra dengan seorang ahli koprat. Adha menggelengkan kepala. No. Dia tidak boleh menganggu bila majikannya itu sedang beramah mesra dengan klien.

Adha membuka clutchnya lalu mengeluarkan telefon bimbitnya. Tingkah lakunya hanya diperhati oleh Xafril disebelahnya. Entah perasaan apa yang timbul dihati Xafril bila dia melihat Adha risaukan orang lain lebih dari dirinya. Sungguh Xafril tidak suka dengan rasa yang menyesakkan dada ini.

“Adha, I gerak jumpa Ikhmal dulu,” pamit Xafril. Adha tidak menjawab sebaliknya dia hanya anggukan kepala saja.

“Ini dia dah sampai,” ujar Ikhmal apabila dia melihat kelibat Xafril sedang mendekati dia dan Dato’ Aman.

Xafril tayang senyum pada Dato' Aman sambil menghulurkan tangannya.

“I, Kyle Xafril.”

“Kyle Xafril? Your business partner?” soal Dato' Aman pada Ikhmal.

Actually, he's my boss. Saya cuma jalankan kerja saja.” jawab Ikhmal merendah diri.

“Tak adalah Dato'. Ikhmal ni memang business partner I. I bukan bos dia pun.”

Dato Aman hanya tergelak kecil. Dua-dua pun enggan mengaku diri mereka bos. Bagus, puji Dato' Aman dalam hati.

“It is nice meeting you in person. Selama ni Ikhmal hanya bercakap tentang awak saja. Dia cakap awak lebih suka bekerja disebalik tabir.”

“Betul kata Ikhmal tu, Dato.”

Dato', this call is for you.” kata seorang wanita yang diyakini setiausaha kepada Dato' Aman. Telefon bimbit berwarna perak itu dihulurkan pada Dato' Aman.

Dato' Aman menyambut telefon bimbit itu dari tangan setiausahanya sebelum dia meminta diri. Wanita tadi juga turun melangkah dibelakang Dato' Aman.

“Mana Adha?” tanya Ikhmal. Matanya melilau mencari kelibat Adha di dalam hall itu namun tiada.

“Dia sibuk call lelaki nama Aiman tu. Kenapa kau biarkan lelaki tu berurusan dengan syarikat kita?” tanya Xafril dengan keras namun dengan nada suara yang terkawal.

Well, bro. Sila ketepikan masalah personal dan bisnes. Tolong jangan campur adukkan.”

“Aku profesional la.”

No, you're not. Peranan yang kau pegang sekarang ni sebagai Xafril yang sukakan Adha bukan Xafril pemilik sebahagian Ikhmal & Co..”

Lidah Xafril kelu. “Aku... aku tak suka Aiman Nazri tu sebab dia tak punctual. Dah tahu dia diperlukan dalam majlis ni, boleh pula dia buat derk je.” ujar Xafril memberi alasan. Dia tidak suka bila Adha berurusan lama sangat dengan Aiman tu.

“Jangan risaulah. Adha dah berjaya dapatkan dia.” kata Ikhmal sambil memandang ke arah pintu masuk hall. Xafril menyorot memandang ke arah yang sama.

Kini dia melihat Adha sedang tersenyum disebelah Aiman sambil mulutnya terkumat-kamit. Aiman menoleh memandang ke laman wajah Adha juga tersenyum. Tadi bukan main lagi muka macam timun jeruk. Kecut mencuka. Hat ni dah senyum pula.

Xafril membetulkan tuxedo yang mula dia rasakan ketat ditubuhnya bila dia melihat Adha dan Aiman mengorak langkah mendekati dia dan Ikhmal.

Sorry, saya lewat. Baru berpeluang jumpa awak, sebelum ni saya lebih kerap jumpa Adha.” kata Aiman lebih kepada Ikhmal. Huluran tangan kanannya dihulurkan ke arah Ikhmal.

It's okay. By the way, I'm Ikhmal.” Ikhmal menyambut huluran tangan Aiman lalu dijabatnya.

Aiman mengangguk sebelum huluran tangannya beralih pada Xafril yang Adha nampak seperti mahu tak mahu saja menyambut huluran tangan itu.

“Kyle Xafril.”

“Aiman Nazri.”

Tautan tangan mereka terlerai. Aiman Nazri? Benarlah telahan Xafril selamanya. Aiman Nazri ini adalah orang yang sama dengan Aiman Nazri yang mereka kenal cuma Adha saja yang beria menafikannya.

“You Aiman Nazri graduan UPM ke?” soal Xafril tiba-tiba. Dia bertanyakan soalan itu kepada Aiman tetapi entah mengapa matanya memandang Adha. Kenapa?

“Ya. Saya graduan UPM. Kalau tak silap awak pun graduan UPM, kan?”

Darah merah sudah mula tersebar di seluruh wajah Adha. Kalau Aiman bertanya begitu pasti dia sudah menangkap siapa Kyle Xafril yang sebenarnya. Dan soalan seterusnya pasti 'mana Nur Adha?' Sebelum soalan itu disoal ada baiknya Adha meninggalkan tiga lelaki kacak ini.

“Saya minta diri dulu. Nampaknya Fatin perlukan saya,” pamit Adha. Dia terus berlalu walaupun Ikhmal masih belum bersuara membenarkan dia pergi.

Aiman menghantar Adha dengan ekoran matanya. “So, kalau awak Kyle Xafril dia pasti Nur Adha, kan?” senyum Aiman. Senyuman lelaki itu buat Xafril jadi menyampah

“Iya. Dia Nur Adha. Nur Adha hari ini, esok Nur Adha dan selamanya Nur Adha. Dia tidak pernah tukar nama pun.” kata Xafril seperti orang yang tengah panas hati.

Aiman tersenyum. “Korang masih bersama sampai sekarang? Akrab sungguh persahabatan korang.”

Xafril senyum segaris. “Tugas I untuk lindungi gadis senaif Adha.”

Aiman ketawa kecil. Masih tak berubah Xafril. Masih macam dulu, terlalu possessive terhadap persahabatan yang dibinanya bersama Adha.

“You're acting like her scary boyfriend. Are you her boyfriend now?”

Xafril diam. Dia tidak pasti sama ada soalan itu Aiman tujukan padanya tanpa niat menyindir ataupun sebaliknya. Tapi apa yang Xafril tahu, soalan itu kedengaran panas pada halwa telinganya.

Xafril mengepal penumbuk disisi pahanya. Matanya memandang tajam ke dalam anak mata Aiman. Mereka bertentang mata antara satu sama lain sementara Ikhmal sudah mula berdiri di antara mereka berdua. Ikhmal tahu Xafril sedang marah. Mana tidaknya dah soalan 'boyfriend' berbangkit. Panaslah Xafril jadinya.

‘Oh, please! Jangan korang rosakkan majlis charity ni kalau korang tak nak tengok aku naik hantu, detik Ikhmal dalam hati.

Mungkin CINTA ( SLOW UPDATES )Where stories live. Discover now