BAB 8

3.5K 155 14
                                    

HANYA berbaki dua hari saja lagi sebelum majlis charity bersama dengan anak-anak yatim diadakan. Adha sudah mula sibuk turun padang memandangkan syarikat mereka yang menganjurkan majlis kebajikan itu.

Adha selaku orang kepercayaan Ikhmal diberi tugas untuk mengatur segalanya agar majlis pada malam itu nanti berjalan dengan lancar.

Ballroom yang disewa oleh syarikat Ikhmal & Co. di hotel bertaraf lima bintang itu sudah mula penuh dengan bangku dan meja. Team perancangan parti yang diupahnya sudah mula sibuk menghiasi pentas dan meja.

Adha tunduk memandang buku catatannya. Hiasan, check. VIP seats, check. Catering pun check. Adha menarik nafas lega. Tugasannya sudah hampir selesai. Hanya tinggal menunggu team yang diupahnya menampakkan hasil hiasan mereka.

Adha meraba poket seluar jeans yang dipakainya apabila terasa getaran. Telefon bimbitnya dikeluarkan dari kocek seluar. Xaf?

"Busy ke?" tanya Xafril.

"Boleh tahan. Kawan awak tu la dera saya." ujar Adha dengan niat bergurau.

"Nanti I settlekan Ikhmal. Boleh dia dera bestfriend I."

Adha ketawa kecil. "Tak adalah. Gurau aje. Dah ini tugas saya. Kejap lagi Ikhmal pun bakal turun padang."

"Good. Bolehlah kita lunch sama-sama."

"Boleh. Tunggu Ikhmal sampai baru kita lunch sama-sama ya."

"Sure."

"Adha," panggil Ikhmal yang baru saja melangkah masuk ke dalam ballroom itu.

Adha menoleh. "Panjang umur Ikhmal. Dah sampai pun dia. Kita jumpa tempat biasalah, okay. Bye."

Adha sedang menamatkan panggilan apabila Ikhmal sudah berdiri disebelahnya sambil matanya memandang ruang ballroom yang sudah hampir siap sepenuhnya.

"Siapa call?" tanyanya.

"Our friend yang control freak." Ujar Adha selamba berseloroh.

Ikhmal senyum. Sah-sahlah kawannya itu sedang angau. Sehari tak dengar suara Adha boleh gila agaknya.

"Dia rindu awak kut." kata Ikhmal dengan maksud yang tersirat.

"Hisy, tak adalah. Dia ajak kita lunch. Lagpun hari nie hari sabtu dia tak ada buat apa mesti dia tengah bosan tu."

"Awak tahu semua aktiviti Xaf?"

"Tak adalah semua. Tapi saya tahulah apa yang dia biasa buat di hujung minggu macam nie. Orang macam Xaf tu manalah reti nak duduk diam."

"Kalau awak dengan Xaf pun okey juga." Ikhmal cuba cucuk jarum. Siapa tahu kot-kot Adha pun ada hati pada Xafril.

Adha ketawa hampir pecah perut. Hat nie lagi sorang duk kenankan aku dengan Xaf. Hisy, apalah yang aku dah buat sampai dorang fikir aku nak dekat Xaf tu. Once aku cakap kawan then kawanlah sampai bila-bila.

"Awak pun sama macam mama saya, tau. Suka sangat recommend Xaf tu dekat saya." Ujar Adha dengan ketawa yang masih bersisa.

"Korang kan dah lama berkawan. Takkan tak ada feeling langsung."

"Kalau Xaf saya tak tahu tapi kalau saya... nope." Jujur Adha berkata.

Ikhmal hanya senyum. Nampaknya jika benar Xafril menginginkan Adha dia kenalah berusaha lebih gigih. Pendirian Adha susah untuk dirobohkan.

*****

XAFRIL sudah tiba di restoran yang dijanjikan oleh Adha. Tidak sampai sepuluh minit dia menunggu, kelihatan Adha dan Ikhmal sedang keluar dari perut kereta. Adha dan Ikhmal datang dengan kereta yang sama. Adha tak bawa kereta ke? Desis hati Xafril sedikit kurang senang. Hisy, takkan dengan Ikhmal, kawan kau sendiri pun kau nak cemburu, bisik satu suara. Pantas Xafril mengusir suara-suara yang seakan menghasutnya.

"Dah lama sampai?" Soal Adha sambil menarik kerusi disebelah Xafril. Ikhmal pula duduk dibangku bertentangan dengan Adha.

"Tak lama. About ten minutes." Jawab Xafril.

Ikhmal tersenyum memandang dua orang manusia dihadapannya itu. Satu dah kata 'Ya' dan satu lagi jawapan dia tetap 'Tidak'. Walaupun begitu persahabatan mereka tetap akrab kerana belum ada isi hati yang diluah.

"Huh, yang kau tersengih macam orang sewel tu dah kenapa!?" Sergah Xafril membuat Ikhmal menyembunyikan senyumannya. Adha yang tadi leka membelek telefonnya terus mengangkat kepala memandang Ikhmal.

"Are you okay?" tanya Adha dengan nada suara kerisauan.

"He's totally fine, Adha." Jawab Xafril sedikit kasar bagi pihak Ikhmal. Dia langsung tidak memandang Adha disebelahnya.

Adha menoleh ke arah Xafril. "Why you upset?" Soal Adha pelik.

"He's jealous."

Adha ketawa. "Jealous? Over whom?"

"Over you." Kata Ikhmal sambil matanya sengaja memanah ke arah Xafril yang sudah tidak senang duduk.

Adha menggelengkan kepalanya sambil ketawa berdehek. "Silly." ujar Adha lalu memandang telefon bimbitnya semula sementara menunggu makanan yang dipesan oleh mereka sampai.

"Busy ke Adha?" tanya Xafril. Matanya masih memandang ke hadapan.

"Tak. Ni Aiman tanya pasal malam charity tu."

Xafril memandang ke arah Ikhmal sebelum menoleh ke arah Adha disebelahnya. "Aiman?" Soalnya. Aiman mana?

"Ha'ah. Aiman, klien Ikhmal & Co."

"Aiman Nazri ke Adha? Kenapa dia contact awak?" Soal Ikhmal pula.

Adha memandang dua orang lelaki yang semakin pelik dia rasakan. "Korang nie dah kenapa? Kena strok haba ke?" Sinis Adha berkata. Adha tidak selesa dengan keadaan yang tegang sebegini.

"He should deal with me." kata Ikhmal.

"Aiman yang tu ke?" tanya Xafril. Nada suaranya kedengaran dingin.

"Tak tahu." Jawab Adha. Mustahil dia tidak kenal cinta pertamanya. Of course lelaki itu adalah Aiman Nazri yang membuatkan Adha tergila satu ketika dahulu.

Mereka makan tanpa bersuara. Masing-masing buat hal sendiri. Selepas Xafril menghabiskan makanannya dia bersuara. "Kau tak nak ajak aku ke majlis tu ke bro?"

"Kau nak datang ke? Itu majlis charity bukan parti, nak ke datang? Kalau kau nak I save VVIP seat just for you."

"Okay. Save one for me."

"Okay."

Adha hanya menggelengkan kepalanya. Dia cuba adapt dengan persahabatan yang dikongsi oleh Ikhmal dan Xafril. Jika orang tidak kenal mereka mesti mereka sangka dua sahabat ini adalah rival.

'Nasib baiklah aku kenal dorang ni.'

_________
_________

Diupdate tanpa diedit , so read by your own risks. Kesalahan ejaan mungkin merata. Enjoy reading.

Do vote , comment and follow me 😂😳😳😀

Don't be a slient reader . Let me know what you think .

Mungkin CINTA ( SLOW UPDATES )Where stories live. Discover now