BAB 9

3.3K 150 17
                                    

ADHA? Nur Adha. Nama itu seakan biasa di dengarnya tapi dia kurang pasti di mana. Seingatnya, ada seorang mahasiswi di universiti tempatnya belajar bernama Nur Adha. Gadis itu merupakan juniornya. Dia masih ingat lagi gadis itu sentiasa ada dibelakangnya. Setiap persatuan yang disertai oleh Aiman, gadis itu pasti ada dalam persatuan itu juga.

Diakah? Soal Aiman dalam hati. Kalau benarlah Adha yang ditemuinya tadi adalah orang yang sama dengan gadis di universiti dulu, nampaknya gadis itu telah banyak berubah.

Adha yang tadi lebih tenang dalam berbicara sementara Adha yang dulu lebih clumsy bila berdepan dengannya.

Hisy, apasal pula aku fikir pasal dia! Tak semena-mena Aiman memarahi dirinya sendiri. Sepanjang perjalanan dari pejabat sampailah di aparmentnya, otaknya ligat memikirkan Adha.

Setiba di apartmentnya, Aiman mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluar suit yang dipakainya sebelum menghubungi nombor Kamelia. Kamelia merupakan kekasih sejak di universiti lagi dan kini Kamelia sudah selamat menjadi tunangannya.

“Buat apa tu?” soalnya sebaik saja Kamelia menyapa dari hujung sana.

“I tengah packing barang.” jawab Kamelia.

“You nak ke mana?”

“I terpaksa outstation ke Kedah. Nak visit site dekat sana.”

“Bila you bertolak ke Kedah?”

“Esok. I mungkin berada di sana selama seminggu. Sorry sayang, I baru berkesempatan beritahu you.”

Aiman mengeluh pelahan. “I baru nak ajak you ke majlis charity yang dianjurkan oleh syarikat I dengan kerjasama syarikat Ikhmal & Co.”

“Oh really? I'm so sorry, sayang.

“It's okay. I dah biasa dah datang ke majlis-majlis anjuran syarikat tanpa you.”

“I truly sorry,” ucap Kamelia dengan nada orang telah buat salah.

“Kenapa you tak resign then join my company?” tanya Aiman. Ini bukan sekali dia mengajak Kamelia bekerja di syarikatnya, dah beratus kali agaknya tapi sayang setiap pelawaannya ditolak dingin oleh Kamelia.

“I really don't like this topic, Aiman. Cut it out.

Aiman mendengus lagi. “I saja nak tahu kenapa you lebih minat bekerja dengan syarikat tu berbanding dengan kerja di syarikat I, dengan I.”

“I selesa kerja dekat sini. I ada ramai kawan dekat sini. Please understand me, sayang.

“I understand you, Lia. Tapi hubungan kita dah semakin renggang, you tak perasan ke?” soal Aiman dengan nada kekecewaan. Sampai bila dia boleh bertolak ansur dengan Kamelia? Dia pun tidak tahu.

“You tuduh I ada orang lain ke?” tanya Kamelia kasar dihujung talian.

Aiman meramas rambutnya kasar. “I tak cakap macam tu pun, Lia. What is wrong with you?”

“Cara you bercakap macam you nak salahkan I hubungan kita renggang. Kalau you nak rapatkan hubungan kita, you boleh aje datang jenguk I dekat sini. Tapi you tak buat pun. Dahlah, Aiman. I nak tidur.”

Mungkin CINTA ( SLOW UPDATES )Where stories live. Discover now