Aku dah kenal Jin dah lama. Dari zaman bangku sekolah lagi. Tapi, aku dan jin bukannya sebaya. Aku start kenal Jin bila aku 14 tahun, and time tu Jin 16 tahun. Pada mulanya, aku dan Jin kenal hanya sebagai kenalan sahaja. Tapi makin lama aku dan Jin makin rapat sampailah boleh jadi bestfriend. Time aku dan jin dah jadi bestfriend, mulalah timbul satu perasaan yang pelik timbul di hati aku. Boleh dikatakan yang perasaan tu ialah perasaan suka atau lebih lagi iaitu jatuh cinta terhadap Jin. Pada mulanya aku cuba lupakan perasaan tu dan pura pura tak hiraukan perasaan tu, maklumlah aku hanya menganggap bahawa perasaan itu hanyalah mainan hati. Tapi, aku tak mampu. Makin lama persahabatan aku dan jin makin kukuh, makinlah rasa cinta aku terhadap Jin makin kuat. Ada juga aku rasa nak bagitahu je isi hati aku tu kepada jin tapi aku malu. Aku malu dan takut yang Jin akan gelakkan aku atau memberi maksud yang dia menolak aku. Jadi aku buat keputusan untuk hanya berdiam diri. Dalam keresahan aku tu, aku tak perasan yang Jin juga mempunyai perasaan yang sama.
Jin juga mempunyai perasaan cinta terhadap aku tapi dia juga menyimpan isi hatinya itu di dalam dirinya kerana risaukan perkara yang sama difikirkan oleh aku.
Setelah tamat sahaja waktu sekolah pada hari tu, seperti biasa, aku akan menunggu omma aku di dewan yang mana merupakan tempat yang sering dikunjungi oleh pelajar lain untuk menunggu parents masing masing jemput.
Aku hanya duduk bersendirian sambil bermain phone aku. Tiba tiba Jin datang ke arah aku.
"Yah! Y/n.. what are you doing?" Tanya jin
"Cuci kereta" kata aku dengan main main
"Ahahaha.. you got no jams! Sape ajar? Jimin eyh?" Kata Jin lagi
"Ahaha.. ye. Oppa tak balik lagi ke?" Tanya aku. Kali ni serius
"Tak. Y/n esok pagi, dalam pukul 11, tengok wayang nak? Oppa jemput" kata jin
"H-hah? Ahh.. nae. Jangan lewat!"
Skip~~
Keesokan pagi~~Honn!! Hon!!
Kedengaran bunyi hon kereta Jin
"Omo!! Matilah aku! Tak siap lagi nih! Oppa!!! Tunggu kejap!!" Monolog aku sendiri lalu jerit kepada Jin yang ada di luar keretanya.
Skip~~
Aku dan Jin dah tengok wayang, lepastu Jin bawa aku ke sebuah restoran couple.
Aku sendiri pun tak faham kenapa Jin bawa aku ke situ.
Waiter di kedai tu bawa kami berdua ke meja yang ditempah khas. Dan meja tu kat luar, outdoor la kira. Pemandangan kat luar memang cantik, pemandangan yang sangat aku suka iaitu taman taman bunga yang penuh dengan bunga bunga mekar yang pelbagai warna.
Aku hanya mendiamkan diri sampailah aku dan Jin habis makan. Tiba tiba Jin bersuara.
"Y/n, kejap ye" kata jin lalu pergi ke sesuatu tempat.
1 minit kemudian, Jin kembali ke arah meja aku dan Jin makan sebentar tadi sambil membawa sejambak bunga ros di tangannya.
"Y/n nah." Kata Jin lalu menyerahkan sejambak bunga ros yang cantik tu kepada aku.
"Oppa gomawo!" Kata aku teruja tapi muka aku tiba tiba berubah bila aku nampak satu bunga ros putih diantara bunga bunga ros merah yang lain.
"Wae? Tak suka ke?" Tanya jin
"H-hah? Tak, bukan apa, y/n suka bunga ni. Tapi oppa.."
"Tapi apa? Ah.. biar oppa jelaskan. Y/n pelik kan, kenapa ada ros putih diantara ros merah kan? Bagi oppa, ros putih tu adalah y/n. Maksudnya, dalam banyak banyak perempuan yang cantik dalam dunia ni, oppa pilih y/n sebagai peneman hati oppa. Y/n dah curi hati oppa! " terang Jin
YOU ARE READING
BTS IMAGINES
FanfictionNo description..^.^ Just..This is malay fanfic. N...DONE! ^.^ Achievement: 07/01/2017 #24 in Random 10/03/2017 #15 in Random THANKS 4 DE NICE COVER! Cover by : B'S GRAPHIC 2.0