Aku masuk ke dalam dewan. Aduh kena tanda nama satu hal. Aku selak borang satu per satu. Ok takda nama aku. Jangan lah tambah bala aku lagi. Sekali lagi aku teliti borang senarai nama. Akhirnya jumpa juga. Setelah selesai tanda nama,aku berjalan mencari tempat duduk. Tempat kegemaran aku selalunya bawah kipas tak pon paling belakang sekali. Tapi sebab dalam dewan ni pasang aircon aku pilih tempat duduk paling belakang sekali. Memang pendirian aku tetap sebab selalunya orang yang duduk di hadapan akan kena jawab soalan oleh pengacara majlis. Aku tak rajin nak jadi femes atau pon wira menjawab soalan. Aku memerhati sekeliling. Kumpulan perempuan masing-masing duduk dalam sekolah sendiri. Takda pon yang duduk bercampur dengan sekolah lain. Wahh rasis betul ni. Semua lawa. Kadang-kadang bosan ah juga tengok muka budak perempuan yang sama tiap hari. Sekarang bila dah dapat peluang macam ini takkan aku nak lepaskan. Paling buat aku terpesona bila tengok budak sekolah agama perempuan. Tengok muka mereka hati aku jadi tenang setenangnya. Entah lah ini jodoh atau pon aku memang ada masalah tengok perempuan cantik."Assalammualaikum dan selamat sejahtera." Pandangan aku beralih ke hadapan apabila jurulatih mula berucap.
"Saya akan perkenalkan diri. Saya Encik Amran tapi kamu semua boleh panggil saya Pak Meran. Saya sebagai ketua jurulatih untuk Program Latihan Transformasi Negara Pra U ini mengucapkan terima kasih kerana anda semua menghadirkan diri di dalam program ini. Penyelaras program ini Encik Mohd. Shaiful akan hadir pada esok hari untuk memberikan taklimat." Aku dah mula mengantuk.
"Saya akan melantik penghulu lelaki dan perempuan. Penghulu ini sebagai ketua yang akan mengawasi anda semua. Ada siapa yang sukarela nak tawarkan diri?" Aku terus tunduk ke bawah. Aku pandang kanan kemudian ke kiri. Tiada seorang pun yang nak jadi hahahaha...
"Nampaknya saya terpaksa gunakan kuasa vito saya. Orang yang saya tunjuk automatik akan jadi penghulu." Aku dah tak tentu arah. Zappp!! Jari telunjuk jurulatih itu seolah menghala ke arah aku. Pembantu jurulatih itu berjalan ke arah aku. Aku kaku. Nak lari ramai saksi dalam dewan ni. Takkan aku nak terima gelaran "pengecut" oleh pelajar perempuan. Aku menarik nafas lega apabila orang dihadapan aku yang terpaksa terima gelaran penghulu itu. Fuhh..
Selepas selesai memilih penghulu lelaki dan perempuan,kami semua diminta perkenalkan diri. Tapi aku pelik ada seorang pelajar perempuan yang berdiri di luar memerhati kami dari jauh. Budak sekolah mana tu?