MILIK

117 8 1
                                    


Suasana sekolah aku semakin hari semakin suram. Mungkin disebabkan kejadian itu para pelajar kelihatan agak ketakutan. Ada juga yang masih trauma. Tak kira sama ada yang kena histeria atau tak perasaan takut mesti ada di dalam diri mereka. Dalam kepala mesti mereka fikir "adakah aku mangsa seterusnya?"mungkin itu menyebabkan suasana yang dulu ceria di sekolah bertukar sepi. Kami masih lagi berlajar seperti biasa. Kalau dengar suara orang menjerit tu ibarat dah lali bagi kami. Belajar tetap belajar. Kami cuma ada peluang terakhir ini sahaja untuk tebus balik kesilapan SPM kami yang kurang memuaskan jadi kami tak boleh sia-siakan peluang terakhir ini. Sama juga seperti pelajar yang lain,kelas aku ada juga seorang yang menjadi mangsa histeria. Jadi kami lebih fokuskan pada dia sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Nama dia Siti. Kawan-kawan dia aku rasa mesti fobia nak dekat dengan si Siti maklumlah hari tu masa dia histeria,dia boleh tenang jaa cekik rakan sekelas dia. Tapi takpalah nama pun hilang kawalan kan. Yang kena cekik tu kena maafkan jelahh. Kringg kringg kringg!! Loceng rehat yang kedua berbunyi. Giliran kami untuk turun makan ke kantin. Sedang aku dalam perjalanan nak turun ke bawah (kelas tingkat satu) tiba-tiba....

"Qalisyaaaaaaa" Aku cari suara itu. Aku pandang ke bawah. Ada tiga orang pelajar perempuan. Yang sorang tu seolah seperti memanggil rakannya.

"Ahhhh Qalisyaa mana kau!!" Ok aku rasa aku dah agak siapa yang dia panggil. Tengok dengan cara dia terpekik tu memang sah dah kena budak ni.

2 orang rakannya memegang tangan pelajar perempuan itu. Aku cuma mampu tengok sahaja. Bukan taknak tolong tapi dah memang pantang kalau yang berisi bertembung dengan yang berisi. Mesti akan gaduh nanti. Aku biarkan dan jadi penonton. Cikgu disiplin datang setelah mendengar pelajar itu menjerit. Cikgu disiplin membawa dia ke bilik guru supaya diasingkan daripada pelajar yang lain. Aku tengok pelajar-pelajar dekat kantin tu selera macam dah mati disebabkan kejadian tu. Apa boleh buat aku pun pergi ke bilik guru tingkatan 6,hari ni mereka buat jamuan. Jimat sikit duit aku. Selesai makan aku pun mahu balik ke kelas. Dalam perjalanan balik ke kelas aku terserempak dengan Sakinah,budak kelas aku. Aku ingat dia sorang rupanya ada 2 orang cikgu dan sorang lagi pelajar perempuan yang menjerit tadi. Si Sakinah ni nak pergi tolong cikgu berubat budak ni lah kot teka aku. Aku tengok makin teruk pelajar yang kena histeria ni tadi. Makin teruk dia merapu. Aku cuma dapat tangkap ayat dia

"Kamu mahu lihat aku terbang?"
"Mahu tak lihat aku terbang?"

Haa lebih kurang macam tulah budak tu kata dekat Sakinah. Sakinah hanya mampu geleng. Aku tahan gelak dah. Aku terus naik ke kelas. Malas aku nak jumpa dengan benda tu. Masa aku dalam kelas,10 minit macam tu telinga aku berdesing. Pedih yang amat. Ishh takkan nak datang sini kot. Aku dengar suara bising di luar kelas. Aku bangun dari tempat duduk aku. Aku berdiri di luar kelas. Ada Marini. Muka dia pucat semacam. Aikk Fatin pon ada tapi kenapa macam takut jaa. Aku tengok rakan-rakan Siti membawa Siti ke kelas sebelah. Sah ni mesti dia kena lagi. Aku tengok Marini dengan Fatin macam trauma jaa aku malas nak kacau. Biar mereka tenang dulu. Fitri pon datang ke kelas aku.

"Haa wehh kenapa tu?" Aku cuba nak tahu
"Siti kata dia nampak benda. Tapi sekarang dia dah ok dah." Jawab Fitri
"Benda? Benda apa? Dia nampak apa?Aku tak puas hati
"Dia nampak ada badan berbulu berdiri dekat tepi tangga tu." Fitri menunding jari ke arah tangga yang dikata Siti
"Owh." Tu ja ayat yang terkeluar dari mulut aku.

Aku taknak tanya lebih. Aku rasa aku tahu benda apa yang dia nampak. Yang dia pon satu pergi duduk dekat situ siapa suruh.

"Takpa lah aku rasa kelas kau takda apa-apa yang pelik. Aku nak pergi tengok Siti." Fitri berlalu pergi ke kelas sebelah

Hm kalau lah kan...Kalaulah kau tahu yang benda tu milik aku,apa lah nasib aku nanti. Dan sememangnya dalam kelas aku ni memang laluan dia. Dalam sekelip mata makhluk berbulu itu hilang dari pandangan aku.

KASH-MIRWhere stories live. Discover now