MASIH SAMA

14 1 0
                                    


Setelah 2 tahun, keadaan ayah masih sama. Makin menderita. Kami sekeluarga sudah puas berikhtiar. Semangat kami mula runtuh. Iman kami turun naik. Ada masa kami mencari di mana tuhan? Sungguh saat dan ketika itu, perkataan sabar bukan lagi memberi harapan kepada kami. Kami sudah hilang segala-galanya. Aku ingat lagi hari itu. Masih tergiang-giang lagi di telinga aku.
" Abang, bila ayah dah takde nanti jaga adik-adik dan mak." Pesan ayah sebelum masuk ke dalam wad. Aku menangis. Bagaimana aku mahu jaga keluarga aku kalau diri aku sendiri tak terjaga.

Sebelum semua itu berlaku, aku sedang leka bersama rakan-rakanku. Macam biasa lepak sembang kosong. Tiba-tiba muncul panggilan dari mak.
" Balik sekarang. Ayah sakit." Aku terus bergegas hidupkan enjin motor. Aku dah tak peduli lagi dengan orang sekeliling. Aku sampai rumah, ayah sudah terbaring, menggelupur. Aku pergi dekat ke arah ayah. Nyawa ayah seperti sudah dihujung pengakhiran. Dia memegang jantung.
" Sakit." Rayu dia memohon untuk pergi. Mak menangis. Adik dan kakak aku turut menangis. Aku masih tahan walaupun sudah berkaca.
Aku pegang dadanya. Cuba urut dadanya perlahan-lahan. Sedikit ilmu yang aku ada, digunakan. Ayah tenang seketika. Sebelah kaki ayah mula membengkak sehingga ke betis. Dia mengadu sakit terasa seperti dipanggang api. Keadaan itu berterusan sehingga ke maghrib. Aku mula membaca Al-Quran. Untuk tenangkan ayah dan diri aku sendiri. Seluruh rumah terbau sesuatu yang sangat kuat. Bau kemenyan yang dibakar. Aku tahu dalam keadaan ini dia sedang mencari peluang. Dan aku juga tahu hanya aku yang rasa perkara ini. Ambulan datang tak lama kemudian. Aku sukarela mahu menemani ayah. Walau kasih sayang aku dan ayah tidak seperti orang lain. Tidak seakrab orang lain. Mungkin ini masanya aku berbakti. Aku berpakaian jersi bola dan seluar jeans biru. Songkok dipakai untuk menutupi rambut yang panjang. Sambil dalam ambulan, aku peluk Al-Quran. Tasbih kayu diberi ayah sewaktu aku tamat tingkatan enam setia di tangan aku. Saat ini aku rasa aku memang perlukan tuhan.
Kami tiba di hospital pukul 8 malam. Ayah masuk wad kecemasan. Aku sabar menunggu. Doktor mahu check keputusan jantung dan sebagainya. 30 minit kemudian doktor keluar dari bilik.
" Pelik. Takde penyakit yang ayah kamu hidap. Semua normal." Kata doktor walaupun aku sudah tahu itu.

Ayah terpaksa tahan di wad untuk seketika. Aku teman ayah di hospital malam itu. Jururawat ulang alik ambil air dalam badan ayah. Aku hanya memandang dengan pandangan kosong. Pukul 2 pagi aku pandang ayah. Kerusi aku tarik duduk dekat dengan ayah. Dia sedang tidur sambil mengerang kesakitan. Aku pegang tangan ayah.

BUAT PERTAMA KALI AKU PEGANG TANGAN AYAH SEERAT ITU!!!

Kerana aku takut kehilangannya. Dia membesarkan aku dengan tegas. Sehingga aku membesar. Tangan ini lah yang mencari duit setiap hari untuk suap aku. Tapi aku jarang ada masa bersama dia. Aku genggam tangannya. Lama. Dan air mata jantan ini gugur satu demi satu. Akhirnya aku tak dapat kawal lagi. Ayah tersedar.
" Orang mintak maaf." Kata aku pada ayah.
" Tidurlah. Ayah okay." Dia cuba tidak memandang aku dalam keadaan begitu.

Saat itu terasa panjang. Aku biarkan ayah tidur semula. Aku berbaring di lantai. Aku buka Al-Quran untuk tenangkan jiwa aku. Sedang aku baca, ketika itu juga ketakutan aku datang semula. Bunyi nyaring di sebalik langsir. Seakan marah terhadap aku.
" Pergi. Jangan kacau ayah aku." Tempik aku. Aku tak peduli sama ada pesakit yang lain dengar.

Bau pelik menyucuk hidung aku. Bau kemenyan yang sama seperti di rumah aku. Bunyi gelak ketawa secara tiba-tiba seakan seronok permainkan aku. Aku cuba tidak terlalu ikutkan emosi. Aku perlu waras saat ini.

Ini lah impian mereka. Untuk keluarga aku hancur buat selama-lamanya..

KASH-MIRTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang