Kelas bising macam biasa apabila tiada cikgu. Kira normal lah tu lain lah kalau senyap semua baca buku aku pun naik seram. Tapi masing-masing sibuk bercerita tentang isu-isu semasa yang aku rasa sangat penting kalau tak dengar memang menyesal. Di meja sebelah kanan bincang tentang cinta. Yang meja sebelah kiri pasal broken dengan bf. Aku berada di meja belakang. Sembang tentang hal dunia tak pun kutuk budak kelas sebelah. Memang macam ni lah hari-hari yang kami tempuhi apabila tiada cikgu masuk ke kelas. Angin sejuk menampar muka aku. Aku rasa ada benda tak elok yang dah jadi."Arrrrrrrrrrrrrrrrr!!!" Suara budak menjerit membuatkan kami berhenti sembang. Sahih histeria duga aku.
Budak-budak dalam kelas aku dah tak tahu nak buat apa. Aku cuba bertenang walaupun aku berasa ada makhluk yang memasuki kelas aku. Dia merangkak di lantai. Rakan-rakan aku menyambung semula bersembang. Yelah dah mereka semua tak nampak benda macam ni. Benda itu merangkak mendekati pelajar perempuan di meja hadapan. Di situ ada Wan. Wan perempuan yaa Wan Ismahanim nama panjang dia tapi kami panggil Wan ja. Di sebelah dia pula Sakinah. Aku pun konfius juga dengan Sakinah ni kadang-kadang berangan jauh sangat. Benda itu makin dekat menghampiri mereka. Aku pejamkan mata. Aku membaca ayat suci Al-Quran kemudian aku hembuskan ke arah dia. Blurpp!! Benda itu menjeling ke arah aku. Matanya yang warna merah semakin terang. Dia menuju ke arah aku. Aku terpaksa seru. Cuma ini saja pilihan terakhir aku.
KASHMIR
Lembaga hitam yang tinggi melindungi aku. Benda itu seperti mahu melawan tapi melihat dari saiz Kashmir yang lagi besar dari saiznya,dia berundur. Dia keluar dari kelas aku kemudian berubah menjadi nenek tua bongkok. Lenyap dari pandangan.
Suara budak-budak menjerit sambung menyambung. Yaa dia dah mula mengamuk.