JANGAN

52 5 0
                                    



" Wehh best kan kalau boleh nampak hantu. Aku nak sangat jumpa." Aku hanya tersenyum. Sejak dari tadi Faiz dan Rizal membebel tentang hantu. Pocong, pontianak, hantu galah aahh bermacam-macam jenis hantu mereka berdua bualkan. Aku malas nak layan.

" Kau pahal dari tadi macam letih je aku tengok. Tak tido ke semalam." Rizal tiba-tiba sedar akan kewujudan aku.
" Aku tido lewat." Pendek jawab aku.
" Kau pernah jumpa hantu tak?" Faiz datang mendekati aku. Eh budak ni menguji kesabaran aku betul.
" Ada. Kau nak dengar?" Mereka berdua laju mengangguk. Kerusi ditarik lalu mereka melabuhkan punggung duduk bersebelahan aku. Aku menarik nafas panjang. Cuba mengingati detik-detik itu semula.

                 _____****_____

Aku melihat jam di dinding. Pukul 11.30 malam. Mak dan ayah aku masih belum pulang. Keadaan hujan lebat di luar menyebabkan aku tak dapat lepak bersama kawan aku yang lain akhirnya aku mereput sorang-sorang dekat rumah. Alat kawalan jauh ditekan berkali-kali mencari cerita yang mampu menghilangkan kebosanan aku. Syukur ada juga cerita yang best selepas puas aku cari. Cerita omputeh. Aku tak ingat tajuk dia tetapi yang pasti cerita hantu. Cerita ini tentang bagaimana satu keluarga terpaksa hidup di dalam rumah yang banyak menyimpan sejarah misteri tentang pembunuhan yang berlaku di dalam rumah ini. Agak menarik walaupun sebenarnya aku tidak percaya pada hantu.

" Assalammualaikum." Bunyi pintu diketuk dan suara orang memberi salam. Aku perlahankan suara tv.
" Assalammualaikum." Sah aku tak salah dengar. Aku bangun dari sofa dan bergerak ke arah pintu. Pintu aku buka. Aku memanjangkan leher melihat keadaan di luar. Kosong. Tiada orang. Pintu aku tutup semula.
" Assalammualaikum."  Sekali lagi dia memberi salam. Aku membuka pintu. Masih sama. Tiada orang. Aku geram (sebenarnya takut). Aku tutup semula. Aku berjalan ke arah sofa.
" Assalammualaikum."  Aku malas mahu membuka pintu kali ini. Aku kuatkan suara tv seperti tiada apa yang berlaku. Telinga aku mendengar seseorang menuruni tangga (bilik aku di tingkat atas) . Mungkin aku silap dengar. Mana ada orang dalam rumah aku ni selain aku. Jiran sebelah, mungkin. Bunyi itu masih lagi aku dengar tapi aku biarkan. Hujung ekor mata aku ternampak satu kelibat hitam yang merangkak menuruni tangga. Aku terus menoleh ke depan semula. Aku silap tengok ni bisik aku di dalam hati. Aku dapat dengar dengan jelas seperti ada orang bernafas dengan kuat dibelakang aku. Aku teguhkan pendirian aku. JANGAN TOLEH BELAKANG walau apa pon yang jadi.
" Kenapa tak bukak pintu?" Suara itu seakan berbisik. Aku kaku. Lidah aku kelu. Prinsip aku tentang hantu tak wujud hilang begitu saja.
" Kau takut dengan aku?" Sekali lagi soalan yang dia berikan aku biar tidak dijawab. Aku fokus pada cerita yang sedang ditayangkan. Nasib aku tak baik. Tiba-tiba tv terpadam. Waktu itu juga lah bayangan dia terpantul pada skrin tv. Rambut panjang menutupi muka dengan keadaan duduk bercangkung memerhati aku. Aku menjerit. Aku melarikan diri keluar dari rumah. Pintu aku biarkan terbuka. Aku rela berdiri di luar rumah. Aku tak sedar yang aku tertinggal fon. Fon aku berdering beberapa kali tanda ada orang menghubungi aku. Aku fikir adakah aku mahu masuk ke dalam untuk mengangkat panggilan atau aku kekal berdiri di luar rumah. Yes, sudah tentu pilihan kedua. Aku biarkan fon aku berbunyi.

Lama aku berdiri di luar mungkin sekarang sudah pukul 2 pagi. Kereta ayah memasuki ruang parking rumah. Ayah dan mak pelik melihat aku berdiri di depan rumah dengan pintu dibiarkan terbuka.

" Kenapa berdiri kat luar?" Soal mak pada aku.
" Saja. Ambik angin." Hati aku lega. Aku masuk ke dalam rumah bersama mereka. Mereka berdua terus masuk ke dalam bilik. Letih agaknya. Aku duduk di atas sofa. Aku mencari fon aku. Aku melihat 10 panggilan tidak dijawab. 9 dari mak dan 1 dari ayah. Telefon aku berdering. Nama ayah terpapar pada skrin telefon. Aku segera menjawab panggilan.
" Hello. Kenapa tadi mak call tak angkat? Takpalah, ayah nak bagitau yang ayah dan mak tido di sini. Mak pesan jangan lupa kunci pintu." Talian diputuskan. Aku dengar suara mak dan ayah berbual di dalam bilik. Aku mengeluh panjang. Aku segera keluar dari rumah bersama fon aku. Mungkin aku perlu berdiri di luar sehingga mak dan ayah pulang.

KASH-MIRWhere stories live. Discover now