BATU

106 10 2
                                    



"Betul ke nak pergi tempat tu." Soal aku yang masih tidak percaya.
" Ramai orang kata bomoh tu boleh berubat penyakit pelik yang doktor tak boleh ubatkan." Aku sekadar mengangguk apabila Pak Ngah aku nekad untuk membawa anaknya ke sana. Aku pada mulanya tak berminat sangat dengan bomoh ni semua tapi teringin jugak nak tengok cara bomoh ni berubat orang sampaikan kawan Pak Ngah aku beria sangat suruh pergi sana. Perjalanan yang makan masa 2 jam mencari rumah yang berada jauh di atas bukit. Kawasan yang gelap tanpa lampu menyukarkan kami mencari rumah yang hanya diberi petunjuk di puncak bukit. Cahaya bulan membantu kami sedikit sebanyak mencari rumah yang dimaksudkan itu.

JALAN SERI KEMBANG

" Ha tu. Nak sampai dah la ni. Kena naik bukit je sikit." Tunjuk Pak Ngah aku ke arah signboard. Aku tengok sekali imbas. Menarik. Bukan signboard tu yang menarik tapi benda yang berada di sebelah signboard itu yang menarik perhatian aku.

Sebaik sahaja kami lalui jalan itu,aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena tentang jalan ni.

" Pak Ngah. Memang semua signboard semua nama sama ke?" Aku pelik dari tadi masih jumpa "Jalan Seri Kembang."
" Tak lah. Bukan nama sama, kereta kita je yang tak bergerak. Tu cuba tengok kat cermin." Pak Ngah aku nyalakan rokok apabila sedar tentang jalan yang pelik ini. Aku tengok cermin sisi sebelah aku. Ada 3 ekor makhluk hitam bermata merah merenung ke dalam cermin. Aku pandang semula ke arah Pak Ngah. Dia senyum dan membiarkan makhluk itu beredar sendiri.

Akhirnya,15 minit kemudian kami sampai di rumah bomoh itu. Dia menunggu kami di depan rumah takut kami sesat atau pun sebab...

"Assalammualaikum.." Pak Ngah aku menghulur tangan untuk bersalam dengan bomoh itu.
" Jumpa jugak korang. Ingat tak sampai dah tadi." Aikk macam pelik je bunyinya.
" Biasalah malam malam kan. Mata saya ni pun tak clear sangat hahaha." Pak Ngah aku mendukung anaknya yang berusia 6 tahun.
" Dah jum masuk..." Aku mengikuti Pak Ngah dari belakang.
" Jangan bawak masuk benda tu sekali." Bomoh itu memandang aku. Aku pada mulanya tak faham sangat tapi selepas tengok cara dia renung aku,baru aku faham.
" Tunggu dekat luar. Kalau aku seru,baru kau masuk." Arah aku. Taknak lah jadi kelam kabut pulak nanti kat dalam tu.

" Panggil aku TokMan. Ni anak apa masalahnya?" Aku memandang sekeliling rumah bomoh itu. Semua perabot barang barang lama. Dia ni hidup masa zaman belum merdeka kot?
" Tak tahu lah saya TokMan oii. Seminggu ni kerap sangat meracau. Kawan saya yang bagi alamat suruh bawa anak datang sini." Jawab Pak Ngah.
"Nasib baik hang datang awai. Kalau lambat sikit lagi mampus ni anak hang." Bomoh itu mengeluarkan barang barangnya yang berada di dalam kotak kecil.
" Hang tak payah risau. Aku ni dah lama ubatkan orang. Cuma cara aku ni lain sikit." Kotak yang dibalut kain kuning itu dibuka.
" Satgi kalau hang dengar apa apa jangan bukak mulut naa. Lagi baguih kalau hang tutup mata. Lagi senang kerja aku." Daun sireh itu dikoyak lalu dikunyah oleh bomoh itu.
" Baik TokMan." Pak Ngah akur.
" Kita mula sekarang." Mulut bomoh itu terkumat kamit membaca mantera yang cuba aku dengar satu per satu.

Datangnya hang
tidak dijemput,
Selalu ada di kala malam,
Aku seru hang wahai mambang,
bantu aku sembuhkan penyakit
si anak manusia

Aku tengok wajah TokMan sedikit sebanyak berubah perlahan lahan. Kalau tadi muka manusia. Sekarang? Macam... macam monyet tak silap. Bomoh itu merangkak mengelilingi anak Pak Ngah. Gaya seperti seekor monyet tapi bertubuh manusia. Pak Ngah akur menutup mata mungkin untuk memudahkan kerja bomoh itu.
Patut lah dia tak bagi aku bawak masuk dalam rumah takut berperang nanti.

" Hang boleh bukak mata hang." Pak Ngah membuka mata.
" Ni hang ambik batu ni. Jaga batu ni elok elok. Selagi hang jaga batu ni baik baik,anak hang tak apa apa." Pak Ngah mengambil batu yang diserahkan bomoh itu.
" Terima kasih TokMan." Pak Ngah menghulur tangan sekali lagi ke arah bomoh itu tapi salam kali ini berisi sampul.
" Kami balik dulu TokMan. Assalammualaikum.." Kereta dihidupkan kemudian berlalu meninggalkan kediaman TokMan. Mata aku melihat di atas bumbung rumah TokMan. Makhluk yang sama menganggu kami ketika datang ke sini bertenggek di atas bumbung itu.
" Dah letuu tengok. Nanti dia perasan pulak." Pak Ngah menasihati aku. Aku angguk. Kereta dipandu Pak Ngah berhenti seketika di tepi jalan. Tingkap dibuka. Pak Ngah mengambil batu yang diberi tadi kemudian membuangnya ke luar. Kereta meluncur laju semula.
" Apa jadah lah suruh pergi jumpa bomoh centu. Cara pun songsang daripada Islam." Pak Ngah aku membebel.
" Macam mana Pak Ngah tahu. Pak Ngah pejam mata kan tadi?" Aku sendiri tengok Pak Ngah aku pejam mata.
" Masa sampai rumah tu tadi,2 kali Pak Ngah bagi salam tak menyahut pun. Tu yang dah rasa lain dah." Ahaa lah macam mana aku tak perasan.

KASH-MIRWhere stories live. Discover now