PATUNG

42 4 0
                                    



Dalam minggu ni saja macam-macam kejadian aneh yang berlaku dalam rumah aku ini. Kalau dulu aku saja yang rasa perkara pelik ini tapi kini tidak lagi. Mak aku juga sudah mula nampak benda yang merayau dalam rumah. Adik-adik aku sudah mula ketakutan sekiranya waktu malam menjelma. Jadi kami buat keputusan untuk memanggil seorang ustaz untuk datang ke rumah kami.

" Cuba kau tengok Mail. Kot ada benda yang sesat dalam rumah aku ni." Soal ayah pada rakannya yang bernama Mail. Ayah pernah memberitahu aku yang dia dan Mail dulu belajar silat sekali. Jadi dia yakin Mail dapat melakukan sesuatu.

" Dalam rumah kau ni macam-macam ada Halim oii. Yang baik, yang jahat, penjaga bermacam jenis aku boleh cerita." Dia pandang aku.
" Tapi takpalah aku buang benda yang tak patut ada ni dulu." Dia masuk ke dalam rumah.

Tangan dia meletakkan ke hadapan seperti sedang scan kawasan rumah aku. Kemudian dia keluar dari rumah aku. Dia berjalan ke arah pokok betul-betul di hadapan rumah aku.

" Hm..malam satgi aku datang lain rumah kau. Lagi senang kerja aku." Ayah mengangguk. Kami sepakat untuk bertemu malam ini.

                          ___***___

" Kau pergi ambil bekas berisi air." Arah Mail. Aku bergegas masuk ke dalam rumah tanpa tahu tujuan sebenar. Aku serahkan bekas air padanya.

Dia memegang bekas air. Air yang di dalam bekas pada mulanya warna jernih bertukar menjadi warna merah pekat seperti darah. Aku dan ayah terkejut.

" Benda ni dah mula hisap darah korang. Nasib baik tak jadi apa-apa lagi." Mail meletakkan bekas air itu ke tanah. Ada sesuatu yang tertanam di bawah pokok ini. Mail mengorek tanah menggunakan cangkul yang dibawanya. Dalam beberapa minit, terlihat 2 objek seperti patung yang berbalut. Mata patung tu berkelip-kelip seperti bernyawa. Aku mengundur ke belakang. Risau.

" Patung kau takut. Benda dekat kau, kau oke pulak." Suara Mail seperti separuh berbisik. Aku diam tidak menjawab.

Mail membaca ayat-ayat suci Al-Quran lalu memasukkan patung tersebut ke dalam beg sarung yang dibawanya.

" Kita kena buang ke sungai ni." Kata Mail kepada ayah. Mereka berdua menaiki motorsikal ke tempat yang sesuai untuk membuang benda itu.

Kami semua menunggu mereka pulang. Tepat pukul 2 pagi, mereka sampai ke rumah dengan selamat.

" Jangan risau. Kami dah buang benda tu jauh-jauh. Nasib baik kau panggil aku awal. Kalau tak, lagi parah." Serius nada Mail.

" Apa sebenarnya benda tu?" Soal mak. Mungkin takut dengan benda pelik tu.

" Biasalah manusia. Mana boleh lihat korang bahagia. Patung tu mereka tanam untuk hancurkan keluarga korang. Patung itu hanya hidup pada waktu malam. Dia akan masuk ke dalam rumah dan hisap darah. Ada kes sampai maut. Dah banyak aku jumpa kes ni. Korang bertuah sebab masih boleh dikawal." Kata Mail pada kami semua.

" Yang penting jangan lemah semangat. Aku yakin mereka tidak akan berputus asa. Selagi korang tak hancur, mereka tidak akan puas. Jangan lupa solat. Baca Al-Quran tiap-tiap hari biar rumah ini sentiasa tidak sunyi dengan bacaan ayat-ayat suci. In sha allah, tiada kuasa mampu menandingi kuasa Maha Esa." Mail memberi nasihat. Kami memandang sesama sendiri. Mail meminta diri untuk pulang. Ayah menemani Mail ke kereta.

Aku sedih melihat mak menangis. Mungkin tidak sangka manusia sanggup bertindak sedemikian rupa. Sampai bila perkara ini akan berakhir? Aku masih tidak mendapat jawapannya sehingga ke hari ini.

* untuk si penakut SyifaHusnaYaakob1 aka Una Llama Glama😂

KASH-MIRWhere stories live. Discover now