RAMAI

112 11 2
                                    


Hari isnin kami diminta berkumpul di dewan. Semua pelajar islam lelaki dan perempuan berada di dewan manakala yang bukan islam pula bergerak ke kantin. Aku ingatkan ada ceramah daripada ustaz jemputan ke rupa-rupanya tak. Cikgu-cikgu menyuruh kami duduk dalam satu tempat bukan berbaris ikut kelas seperti selalu. Selepas itu cikgu-cikgu duduk mengelilingi kami.

"Mal ada ceramah ke?" Aku tanya pada pengawas yang berulang alik sekejap ke sana sekejap ke sini.

"Eh taklah. Ada bacaan yasin." Mal memberi buku yasin kepada aku.

"Untuk budak-budak nak ambik SPM ek?" Mal geleng.

"Minggu lepas ada budak kena histeria. Ni nak buat bagi tenang balik lah." Bisik Mal kepada aku. Kemudian dia beredar pergi ke arah rakan-rakan yang lain pula.

Ustaz Samad memulakan bacaan yasin. Kami mengikuti bacaannya.

"Yasinnnn....

Keadaan yang bising tadi kini hanya didengari alunan suara para pelajar dan cikgu-cikgu membaca yasin. Mengharapkan bantuan Allah supaya keadaan akan menjadi tenang semula.

"Fasubhaanalladzii biyadihi malakuutu kulli syayin wailayhi turja'uun...

Aahhhhhhhh!!!

Sakit telinga aku. Orang belakang ni pahal. Aku pusing belakang. Aku tengok seorang pelajar perempuan pengsan. Ustaz Samad meneruskan bacaan zikir. Keadaan sudah tidak terkawal. Jeritan pelajar perempuan sambung menyambung. Dari seorang kini sudah merebak ke 20 orang. Pelajar lelaki semua dah bangun mahu lari dari keadaan ini. Cikgu-cikgu halang kami. Mereka mahu kami duduk di sini. Aku yang duduk keseorangan tidak tahu nak berbual dengan siapa dah. Perasaan takut telah menghantui para pelajar. Aku tengok rakan aku bernama Fitri bertungkus lumus membantu ustaz merawat pelajar perempuan yang terkena histeria. Kagum aku. Aku tabik dekat si Fitri ni. Suka tolong orang. Pelajar perempuan masing-masing cuba membantu rakan mereka tetapi ada juga yang terkena tempias. Bilangan pelajar perempuan yang terkena histeria semakin bertambah. Ustaz Samad membuat keputusan untuk meminta pertolongan daripada sahabatnya. Dalam 10 minit,Ustaz Ameran datang ke sekolah aku.

Dulu pun aku dirawat oleh Ustaz Ameran. Kurang sikit sakit bila dah pergi berubat dengan dia. Ustaz Ameran mengeluarkan sebatang kayu. Owh aku ingat kayu ni. Bisa sampai ke sekarang masih tinggal kesan pada aku. Tujuan digunakan kayu ini adalah untuk menyeksa jin yang berada di dalam badan kita. Aku tengok pelajar perempuan menjerit apabila Ustaz Ameran menyucuk kayu itu pada belakang badan mereka. Rebah. Cikgu-cikgu membawa pelajar perempuan itu ke surau. Kemudian Ustaz Ameran beralih ke pelajar perempuan yang terkena histeria yang lain.

2 jam kami berada di dewan itu tapi keadaan masih tidak terkawal. Pelajar-pelajar perempuan telah diasingkan ke beberapa tempat seperti kelas,surau dan bilik pengawas. Aku dengan rakan yang lain terpaksa jaga pelajar menengah rendah. Tengah rancak bersembang tiba-tiba ada seorang pelajar perempuan lari melintasi kami menuju ke belakang bangunan sekolah. Bapak ah laju dia ni lari. Kami bangun dan terus mengejar dia. Takut jadi benda buruk nanti. Kawan aku terus memegang dia supaya budak perempuan itu tidak dapat lari lagi. Ustaz datang ke arah kami.

"Kenapa kau kacau budak ni?" Soal ustaz

"Aku dah lama duduk dekat sini. Ini tempat aku." Jawab benda itu

"Dekat mana tempat kau?" Ustaz menyuruh kami pegang dengan kemas takut dia lari lagi

"Pokok yang korang tebang tu tempat aku. Kampung aku." Benda yang berada di dalam badan itu semakin mengganas.

"Kau nak keluar dari badan budak ni ke tak?" Ustaz cuba berunding

"Aku taknak. Aku dah takda rumah." Jawab benda itu

"Kalau kau taknak keluar,aku bunuh kau." Ustaz membaca ayat-ayat al-quran.

Kami datang beramai,kalau aku mati masih ada yang akan menanti he he he he...

Budak itu rebah ke lantai. Ustaz menyuruh kami membawanya ke surau. Risau takut benda itu datang semula.

KASH-MIRTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang